PRESENT DAY;
SHANGHAI OFFICE - LAN-LIU OFFICE:DIA berdiri di tepi tingkap ruangan kerjanya yang luas itu, menikmati permandangan dari aras yang paling tinggi di bangunan Lan-Liu ini. Melihat kesibukkan manusia yang tiada penghujungnya sambil meneguk minum keras dari gelas kacanya walaupun ini masih di siang hari untuk memabukkan diri sendiri. Heh, DIA terkekeh akan tanggapan dirinya mabuk. Tak mungkin.... walaupun dia cuba untuk membunuh dirinya sendiri dengan cara alcohol poisoning pun, itu agak mustahil kerana kalau boleh sepatutnya dia dah berkurun lama terkubur bersama orang yang dicintainya.... berbanding terus hidup menderita berseorangan seperti ini.
Baginya, jarum sudah berhenti berdetik untuknya... tetapi orang di sekelilingnya tidak.
Dia rasakan semuanya... sampaikan dia merasa muak dengan kesunyian yang membuat hatinya semakin membeku.
Tapi dia sedar...
Alasan dia dihukum sebegini adalah kerana kesalahannya di masa lalu. Kesalahan pada orang yang dia sangat cintai. Namun, kerana keegoisannya dan ketidak perduliannya, orang yang dia cintai itu pergi meninggalkannya dan seolah-olah untuk mengeaskan hukumannya tidak akan berakhir begitu sahaja, dia disumpah untuk kekal abadi tanpa berjumpa lagi dengan kelahiran semula Jiang Wanyin.
Dia memulakan perjalanan sebagai seorang pengembara, mengelilingi dunia dan terus berharap untuk berjumpa dengan reinkarnasi Wanyin, Hasilnya, sia-sia. Walaupun kakinya melecet, hampir pecah dia terus berjalan di atas dunia yang baginya sudah tandus tanpa kehadiran Wanyin di sisinya.
Dia berjumpa dengan ramai orang dan bertanya, bermain dengan guqinnya memainkan nada inquiry bertanya pada roh-roh...."adakah Wanyin berada di sana? Adakah itu adalah Wanyin? Bolehkah kalau kamu mencari di mana Wanyin saya"
Mencari sosok itu, bagaikan orang gila. Bahkan walaupun selepas kematian Jin Guangyao, dia tak pernah merasakan perasan terdesak seperti ini.sekarang baru dia faham perasaan Lan Wangji apabila kehilangan Wei Wuxian dahulu.
Bermain inquiry setiap hari siang dan malam. Menantikan jawapan...
Hampa... setiap jawapan yang diberikan selalu mengecewakan... seolah-olah Wanyin tak mahu lagi berjumpa dengannya. Atau mungkinkah rohnya sudah aman dan tenang di alam sana... akan tetapi kenapa semakin susah untuk Lan Xichen melepaskannya?
Dia terus berjalan lagi... tanpa henti. Tanpa berputus asa...
Sehingga suatu hari ada seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna merah dan penutup mata. Dia membawa sebuah payung yang juga berwarna merah menutup separuh wajahnya. Walaupun Lan Xichen tidak melihat wajahnya namun dia dapat merasakan riaksi tidak suka pada wajah lelaki berpayung merah tersebut.
"Apa yang awak cari tiada di sini."
Lan Xichen tersenyum lembut "tak mengapa... dia pasti berada di tempt lain... maaf kerana sudah mengganggu." Lan Xichen tahu bahawa lelaki ini bukan manusia biasa.
"Gege tak suka awak berada di sini. Dia cakap awak adalah seorang yang paling rugi kerana telah melepaskan orang yang paling berharga buat diri awak. Gege cakap, dia takkan kembali lagi pada awak... takdir hidupnya selepas ini akan lebih bahagia tanpa awak."
Tak peduli dengan sindiran sinis datang dari ucapan lelaki itu, Lan Xichen terus bersemangat blla mendengar takdirr Wanyin.
"Awak tahu Wanyin di mana sekarang?! Dia baik-baik sahaja kan- boleh bawak saya berjumpa dengan dia?!"
Lelaki itu mendesis tidak suka. Makhluk abadi di hadapannya ini benar-benar mencabar kesabarannya.
"Dia tak mahu berjumpa dengan awak. Kami pun fikir ada baiknya begitu...supaya dia tidak lagi menderita dengan ikatan dia di masa lalu. Pada kelahiran seterusnya nanti dia akan lebih bahagia. Gege akan pastikannya begitu." Lelaki ini memutarkan payungnya dan melihat Lan Xichen dengan pandangan mengejek.
KAMU SEDANG MEMBACA
In the past or the future (The Untamed)
Fiksi PenggemarSummary; Kisah hidup wang zhuocheng yang ditemani oleh kedua sahabat baiknya, Yubin dan Yibo. Mereka bertiga dikenali sebagai the three musketeers di sekolah mereka kerana terkenal menimbulkan masalah di sekolah. Dia juga mempunyai abang yang sangat...