Chapter 3: The Dream of Sandu Senshou

155 13 0
                                    

"Pergilah! Lan Xichen! pergilah... selamatkan diri awak." Jiang cheng sedaya upaya menahan pintu masuk library cloud recesses. Berdoa di dalam hati supaya mereka diberikan masa yang cukup untuk melarikan diri... ah tidak... bukan mereka tapi untuk Zewu-jun.

"Jingyi! Tahan pintu lagi satu tu!" Lan Jingyi mengabaikan rasa sakit pada kakinya akibat terkena panahan dari tentera klan Seiryuu. Dia menyeret sebahagian tubuhnya untuk menjadi penghadang di sebalik pintu. Tak peduli kalau bahang panas mula memenuhi ruangan library.

"Jiang wanyin! Lan Jingyi! Mari ikut bersama!" Lam Xichen berusaha untuk menolak almari untuk menolong menjadi penghadang namun almarinya terlalu besar dan berat untuk diangkat berseorangan. Tiba-tiba satu sosok berjubah ungu yang turut menolak almari tersebut dan mereka berjaya menutup salah satu pintu library.

Lan Xichen dan Jiang cheng tersenyum puas. Namun rasa gembira mereka tak bertahan lama apabila mereka mendengar suara jeritan Lan Jingyi yang sedang menahan pintu satu lagi. Pintu itu seperti hendak pecah apabila tentera seiryuu dari luar memaksa masuk.

"Zewu-jun! Awak kena pergi sekarang! Kalau tak awak akan ditangkap!"

Sang ketua sekte Lan menggelengkan kepalanya tanda tak mahu. Dia memaksa Jiang Cheng untuk mengikutinya. Dia menarik tangan Jiang Cheng hingga ke laluan rahsia yang terdapat di bawah tanah Cloud recesses. Namun Jiang Cheng hanya tersenyum pahit.

Sedar akan hakikat, ada di antara mereka yang harus berkorban untuk masa depan sekte mereka. Sedar akan masa yang makin singkat buat mereka semua.

Saat itu, Jiang Cheng terbayang akan kedamaian yang dia sendiri rasakan apabila dirinya sudah bersedia memaafkan masa lalu.

"Maafkanlah apa yang terjadi di masa lalu kerana tak ada apa yang boleh diubah. Maka tetap teruskanlah hidup agar kita boleh sentiasa terus belajar dari kesilapan."

"Wanyin... apa maksud awak? Ini bukan masanya! Kita sepatutnya kena pergi dari sini dengan segera!" Lan Xichen dah tak peduli, kalau dia perlu menjatuhkan maruah ketua sekte Jiang itu dengan menyeret Jiang Cheng sekali pun dia akan buat! Yang penting Jiang Cheng harus tetap bersamanya!

Namun apa yang dilakukannya hanyalah sia-sia.Apabila JiangCheng sikit pun tak bergerak di tempatnya.Namun kedua tangan mereka masih bertaut. Lan Xichen baru sahaja mahu memaki Jiang Cheng kerana tahap kesabarannya sudah memuncak,tetapi niatnya terhenti apabila melihat air mata jernih yang mengalir dan sedikit bercampur dengan darah apabila melalui luka yang berada pada wajah tegas Jiang Cheng.

"Dengan ini... saya Jiang Wanying, Jiang Cheng...ketua sekte Jiang of Lotus Pier menyerahkan hak pemilikan Zidian pada Zewu-jun,Lan Xichen Lan Huan....."

Kedua mata Lan xichen mula membesar, dia lebih tergamam lagi apabila melihat kilatan ungu yang melingkar pada tangannya yang masih berpaut pada tangan Jiang Cheng.Lelaki berjubah ungu itu masih tersenyum dengan tenang, kesedihan yang keluar dari pelupuk matanya masih lagi tak mampu untuk berhenti.

Menyerahkan hak pemilikan Zidian pada orang lain bermaksud mengucapkan selamat tinggal. Deja Vu. Ini adalah hadiah perpisahan antara mereka berdua.

Terdengar bunyi pecahan pintu dari luar dan jeritan Jingyi. Kedua ketua sekte menutup mata mereka berdua serapat yang mungkin. Cuba menulikan telinga mendengar suara Jingyi yang merintih akibat diseksa.

"Pergilah Zewu-jun. Cari Hanguan-jun dan Wei Wuxian dengan segera. Kemudian berkumpul dengan yang lain. Selamat berjaya." Kemudian tanpa memberikan waktu untuk Lan Xichen protes Jiang Cheng menolak tubuh kekar itu masuk ke laluan rahsia tersebut lalu menutup pintunya secepat yang mungkin.

"Jiang wanyin! Wanyin! Bukak pintu ni! Bukak! Jiang Cheng!" Lelaki berjubah ungu itu hanya mampu mendegar suara merayu dan dia terus bingkas bangun dari tempatnya dan menolak almari menghadang pintu tersebut agar pihak musuh tak menjumpai laluan rahsia cloud recesses.

In the past or the future (The Untamed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang