"Bangun la! Dah pagi! Kau nak tunggu sampai tengahari ke baru nak bangun?! Dasar budak pemalas!" Suara nyaring pemuda yang sedang berusaha membangunkan sahabat tercinta ni terasa seperti hampir terputus anak tekaknya.
Mana taknya, sekarang dah pukul 7.30, sekolah masuk pukul 8.45 pagi. Nampak gayanya panjat pagar lagila jawabnya.
"Yubinnnnn!!!! Bangunla setannnn!!!!" Wang zhuocheng dah hilang sabar, entah datang dari mana agaknya kekuatan super human dia dengan sekali tenaga sahaja dia melambungkan tilam yubin sehingga pemiliknya terlontar ke bawah lantai.
Dam!!!
Aras bawah, ruang makan.
Yu ziyuan melihat ke aras atas sambil menggelengkan kepalanya.'Diorang dah mula dah...'
Tiap-tiap pagi mesti macam ni.
Mana taknya, kalau tak bergegar seluruh rumah ni memang tak sah. Jiran-jiran kat sini semua dah lali, dah macam telinga batu dah. Kalau tak bergegar kediaman Wang waktu pagi tu la sepatutnya yang diorang kena risaukan.
"Ibu, dah pukul berapa ni. Memekak je kerja diorang ni. Bilalah nak aman."
Xuan lu dah merungut dengan wajahnya yang masam. Untung cantik, buat apa pun cantik (eah, tiber)
"Kau nak aman, pindah la. Takyah bising."
Xiao zhan, si anak sulung tak terima adik yang paling kecilnya diremehkan. Walaupun dia juga bersetuju dengan rungutan xuan lu, satu-satunya adik perempuan dia ni.
Yu ziyuan dah terbiasa dengan permandangan seperti ini. Dia tahu yang anak-anaknya suka bergurau kasar jadi dia ambil tak endah saja. Baginya ini je saat-saat yang ada untuk dia menikmati sebagai seorang ibu sebelum semuanya membesar dan meninggalkan rumah ini untuk hidup berdikari.
Kecuali Xiao zhan. Walaupun dah bekerja sebagai seorang doktor, dia masih mahu menetap di rumah orang tuanya bersama adik-adik yang lain. Alasannya adalah untuk menjaga keluarga, walaupun pada dasarnya dia hanyalah tak mahu berpisah dengan adiknya yang paling bongsu.
Wang zhuo cheng.
Jangan salah sangka, xiao zhan nampak sahaja pada luarannya dingin dan kasar pada orang lain. Tapi kalau ada adik bongsunya itu, secara automatik dia jadi mr. Marshmallow.
Dia sayang juga pada Xuan lu, tapi tak perlu ditunjukkan sifat overprotectivenya kerana Xuan lu lebih tahu bagaimana xiao zhan menjaganya dalam diam-diam.
"Korang berdua!!! Cepatlah turun nanti tak sempat nak bersarapan karang!!! Baru tahu!" Yu ziyuan dah menjerit dari birai bawah tangga. Dia dengan tenang menyusun kasut-kasut budak berdua tu.
Tahu keduanya ceroboh silap-silap disarungnya kasut orang lain kalau dah kelam kabut. Bukannya tak pernah terjadi.
Xiao zhan dah mengerling pada Xuan lu. "Ingatkan aku kenapa Yubin tidur sini?"
Xuan lu mengangkat bahunya. Ingatkan dia sorang je yang tertanya benda ni. "Tak tahu. Tanyalah ibu. Dia tu kan anak kesayangan ibu. Aku surprise ibu tak register lagi nama Yubin dalam family kita."
"Eah! Jangan bagi idea mengarut kat ibu la!"
"Eah! Bagus idea Xuan lu tu! Nanti ibu boleh bincang dengan papa kamu nanti."
Bletakk!
"Auw!!!! Ibu!!!! Tengok ni!!!! Ge sepak kaki lulu!"
"Diamlah budak tomboy! Tahu nak ngadu kat ibu je kerja kau eah!" Tangan Xiao zhan selamba menarik rambut xuan lu sampai kusut.
Kesian budak perempuan tu, punyalah cantik dia braided rambut dia. Jadi terbukak semua. Dasar abang gila.
Tak! Tak tak! Bunyi derapan kaki dari tingkat atas menuju ke tingkat bawah. Dua sosok manusia yang kelam kabut ke meja makan dan dengan biadapnya menyambar dua keping roti bakar yang disediakan oleh xiao zhan (untuk dirinya sendiri) dan meninggalkan tuan empunya diri terpinga-pinga melihat kepingan roti bakarnya diculik oleh dua manusia tak bertamadun ni.
KAMU SEDANG MEMBACA
In the past or the future (The Untamed)
ФанфикSummary; Kisah hidup wang zhuocheng yang ditemani oleh kedua sahabat baiknya, Yubin dan Yibo. Mereka bertiga dikenali sebagai the three musketeers di sekolah mereka kerana terkenal menimbulkan masalah di sekolah. Dia juga mempunyai abang yang sangat...