Chapter 5: Zewujun & Haikuan

170 7 6
                                    

Ketika aku cuba menilai antara yang nyata dan ilusi... aku malah jadi tenggelam dalam tanggapanku sendiri.

Deraian hujan langsung tak membuatkan sang pemilik tubuh yang sengaja membiarkan air dari langit yang menangis itu membasahi tubuhnya. Bagi sesetengah orang hujan itu membawa satu rahmat.... dan juga bagi sesetengah orang lagi ia juga boleh ditafsirkan sebagai hari buruk- atau setepatnya sebagai petanda tak baik.

Namun bagi pemilik tubuh ini juga...

Hujan itu memberikan ia peluang untuk mengimbas semula sebuah perasaan nostalgia.

Wang zhuo cheng melihat hujan derai yang halus membasahi kolam teratai ini. Wang zhuo cheng tak pasti sejak bila dia berada di sini, macam mana dia boleh berakhir di sini...

Ah... orang tu lagi...

Lelaki berjubah ungu tu...

Kali ini tampaknya lebih baik. Tiada lagi luka-luka berdarah. Tiada juga kesan ekspresi beliau yang menunjukkan kebanggaan kerana tak mengaku kalah pada pihak musuh. Satu kesan yang angkuh tapi sangat dikagumi. Wang zhuo cheng mengaguminya. Selepas mimpi itu... dia mengaguminya... mengagumi dengan apa yang dinamakan permainan tidur....

Ah wang zhuo cheng. Sekarang kamu mimpikan dia lagi. Adakah ini tandanya bahawa kamu sedang terobsesi?

Lelaki berjubah ungu itu... sedang menatap langit. Dia tertanya ekspresi apakah yang sedang terpampang pada wajah lelaki itu... adakah kesedihan? Atau adakah dia juga sedang mengagumi rahmat tuhan yang sedang menurunkan hujan? Atau apakah dia turut bersedih kerana hujan?

Ah! Lelaki itu! Lelaki itu melihatnya! Dia melihat dirinya!

Wang zhuo cheng terpana apabila melihat wajah lelaki itu. Kali terakhir dia bangun dari mimpi dia melupakan bagaimana rupanya wajah lelaki itu, kali ini dia berpeluang untuk mengamati dan- menambah pada kekagumannya. Wa- wait-

"Eah?! Ke- kenapa?" Kenapa wajah lelaki berjubah ungu tu kelihatan seperti dirinya?! Kenapa?!

Belum sempat wang zhuo cheng hilang rasa terkejutnya, dia dihampiri oleh lelaki tadi. Dan sekarang mereka sangat dekat. Mulut lelaki itu terkumat kamit mengatakan sesuatu namun suaranya langsung tidak keluar. Wang zhuo cheng cuba membaca dari gerak bibirnya namun gagal! Mungkin lepas ni dia patut ambil kelas sign language.

Lelaki itu menyedari wang zhuo cheng tidak dapat mendengarinya. Dia menggeleng kepalanya dengan kecewa.

Lelaki itu berusaha lagi, tapi kali ini dia menarik tangan wang zhuo cheng ke suatu tempat dan tiba-tiba persekitarannya berubah, dari kolam teratai ke sebuah tempat yang sangat terpencil.

"Kejap! Kejap! Jangan tarik-tarik! Haish dia buat aku macam anak kucing main tarik-tarik" zhuo cheng merungut, lelaki itu berhenti sebelum dia mahu tarik lagi zhuo cheng. Memangnya dia peduli apa? Akhirnya zhuo cheng pasrah ditarik.

Mereka begitu, selama beberapa jam. Sehingga sampai ke sebuah rumah yang sederhana besarnya. Di perkarangan rumah laluannya diluasi dengan padang lavender. Wang zhuo cheng tersenyum dengan permandangan yang indah itu. Sangat nyaman. Dia suka sekali dengan bunga lavender. Walaupun abang dan kakaknya selalu cakap yang bunga matahari sesuai dengan dirinya namun dia rasa yang berbeza.

Entahlah kenapa... mungkin kerana warnanya?

Pandangan matanya meliar lagi, kali ini melihat reka bentuk rumahnya. Nampak lama sangat! Macam rumah kayu lama, macam dalam tv yang dia selalu tengok kalau drama-drama wuxia camtu. Tapi tengok dari segi bentuknya dan hiasan luarannya nampak exotic dan mungkin pemiliknya merupakan orang golongan bangsawan?

In the past or the future (The Untamed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang