20

11 2 0
                                    

~Petang itu~

"Mr.Han!!! Kami dah cuba cari Hyerim di semua tempat tapi tak jumpa langsung dekat mana-mana." termegah-megah Jung Ki Tae memberitahu mr.Han di hadapannya.

Setiap pelajar telah ditugaskan dalam beberapa kumpulan untuk mencari kehilangan Hyerim sejak tengah hari tadi. Namun, mereka tidak menyedari bahawa Taeyong dan Jinhee juga tiada ketika itu.

"Aduh..Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Kamu semua boleh pergi berehat dahulu di bilik masing-masing. Hari dah mula gelap ni. Nanti saya  akan maklumkan keluarga Hyerim dan esok baru saya laporkan kehilangan Hyerim pada pihak polis. Jangan lupa nanti malam turun ke restoran untuk makan malam" kata mr.Han.

Mereka semua mula beredar menuju kearah pintu lif untuk masuk ke bilik hotel mereka dalam keaadan keletihan.


~Keesokan pagi~

Pintu bilik dibuka sekaligus membangunkan Hyerim yang sedang tidur. Matanya yang kuyu dibuka untuk melihat gerangan yang masuk kedalam bilik tersebut. Sungguh dia takut membayangkan apa yang akan terjadi padanya selepas ini.

"Woii! Cepat bangun. Aku nak kena suap kau makan. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena marah dengan Taeyong kalau kau lapar." Jinhee membuka ikatan di mulut Hyerim dengan kasar lalu mencapai bangku bersebelahan pintu tandas.

"Jin~ kenapa kau buat macam ini? Apa yang sebenarnya dah berlaku sekarang?" tanya Hyerim. Air matanya ditahan dari mengalir untuk menutupi ketakutan yang sedang dihadapinya ini.

"Ini semua salah kau!!" bentak Jinhee.

"Kalau kau tak rampas Doyoung dari aku semua benda ini tak akan pernah jadi. Kalau kau dari awal tak terima Doyoung jadi boyfriend kau mesti sekarang dia bahagia dengan aku. Mesti dia selamat ada di sisi aku. Tapi kauuuu..!! Kau yang buat dia dalam bahaya. Sampai sekarang aku tak tahu dekat mana dia berada. Apa nasib dia di tangan Taeyong. Kalaulah dari awal kau bercinta saja dengan Taeyong semua benda ini tak akan pernah berlaku." tengking Jinhee. Geram. Dia sungguh marah terhadap Hyerim yang menjadi punca dia begitu.

Kalaulah Hyerim tak pernah wujud, dia sendiri takkan jadi hamba kepada monster macam Taeyong. Dia perlu bertahan demi keselamatan Doyoung. Tanpa pengetahuan Taeyong, Jinhee sendiri telah mengupah orang untuk menjejaki keberadaan Doyoung.

Setelah Doyoung berjaya ditemukan, dia akan menamatkan semuanya dengan membunuh Hyerim dan juga si durjana Taeyong itu.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu pun macam mana benda ni boleh jadi. Tolong lepaskan aku Jin~ kau kan sahabat aku. Kita sama-sama keluar dari sini dan cari Doyoung. Aku merayu!" tangisan Hyerim tak dapat lagi ditahan. Air matanya laju membasahi pipinya.

"Hei perempuan! Kau dengar cakap aku baik-baik. Walau apa pun yang jadi aku akan pastikan kau tak dapat keluar dari sini hidup-hidup. Hidup kau akan jadi jauh lebih terseksa dari sekarang. Kau dengan Taeyong tu dua-dua akan aku hapuskan." tamparan kuat mengenai pipi Hyerim. Kesabaran Jinhee mula hilang melihat Hyerim yang pura-pura suci.

"YOO JINHEE! Apa yang buat ni hah!!"

Satu tumbukan tepat mengenai pipi Jinhee.

"Aku dah kata jangan sentuh dia! Berani kau tampar dia sedangkan aku sangat mencintai dia. Kau memang tak tahu takut kan!" tengking Taeyong. Meluap-luap api kemarahan diwajahnya melihat lebam di pipi dan darah di bibir Hyerim. Perempuan yang paling dicintainya.

"Tak Taeyong..Aku sama sekali tak sengaja. Dia yang cabar aku untuk lepaskan dia dan lari dari sini." jelas Jinhee

"Walau apa pun yang jadi kau tak ada hak untuk sentuh dia walaupun hujung rambut. Kau memang cari nahas. Sini kau!" Rambut Jinhee ditarik kasar oleh Taeyong keluar dari bilik.

"Lee Taeyong kau jangan apa-apakan Jinhee. Jangan sentuh dia." jeritan dan esak tangisan Hyerim.

"Sayang jangan risau. Biar aku yang uruskan perempuan sial ni. Sayang jangan takut nanti aku datang temankan kau ye. Makan dulu." kata Taeyong

"Lepaskan ikatan dia." arah Taeyong kepada salah seorang anak buahnya.

Pintu bilik dihempas kuat. Kedengaran pintu bilik dikunci oleh anak buah Taeyong dari luar.

Hyerim perlu memikirkan cara untuk keluar dari sini. Dia yakin Jungwoo Oppa dan keluarganya sedang mencarinya.


Who Are You? Lee TaeYongWhere stories live. Discover now