~Next day~
9.00 a.m.
"Aduhh!! Mana oppa ni? Dah pukul berapa tak sampai-sampai ni." rungut Hyerim sambil mendail semula nombor Doyoung.
"Kau tunggu siapa?"
Hyerim menoleh kearah suara tersebut. Dilihat Taeyong sedang menghampirinya.
'Wahh! Handsome pula Taeyong harini.' bisik hati Hyerim.
"Taeyong, awak nampak Doyoung oppa tak? Dari tadi saya call dia tak angkat-angkat. Risau pula saya dibuatnya." kata Hyerim sebaik sahaja Taeyong menghampiri.
"Takkan kau tak tahu yang semalam Doyoung dah balik Sydney. Ada hal kecemasan dengan parents dia kat sana. Dia tak bagi tahu kau?" kata Taeyong lalu melihat semula skrin telefon bimbitnya.
"Kenapa dia tak bagitahu saya. Kalau macam tu tak mengapalah. Nanti saya cuba call dia semula." balas Hyerim.
Mereka semua diminta berkumpul dia hadapan bas. Taeyong hanya mengikuti dan memerhati Hyerim dari belakang. Dia merasakan tindakan yang dilakukannya tidak sia-sia.
Sebelum bertolak, mereka diminta berkumpul untuk mendengar taklimat dari Mr.Han.
"Baik semua, sebelum saya mulakan taklimat..saya ada edarkan kertas yang menunjukkan senarai pasangan yang ada. Setiap pelajar perlu ada pasangan sepanjang trip kita 5 hari ke jeju-do. Jangan ada yang membantah atau sesuka hati menukar pasangan. Selain itu, saya telah melantik Park Hyerim dan Lee Taeyong sebagai leader kepada setiap 30 pasangan. Kalau ada apa-apa masalah boleh merujuk kepada mereka." ucap Mr.Han
Taklimat diteruskan selama 10 minit. Mr.Han mengingatkan mereka tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di jeju-do. Mereka bernasib baik kerana trip kali lebih bebas dan mereka boleh kemana-mana sahaja bersama pasangan mereka sambil menyelesaikan tugasan-tugasan sampingan yang diberikan.
Akhirnya, tepat jam 10.30 pagi bas pun bertolak menuju ke Incheon Airport. Taeyong dan Hyerim duduk bersebelahan di dalam bas dan di dalam pesawat. Ini semua merupakan rancangan Taeyong untuk lebih rapat bersama Hyerim.
~Di pedalaman hutan~
"Woiii!! cepat bangun. Bos suruh kau makan." jerkah seorang lelaki berbadan tegap.
"Maaf! Boleh encik tolong lepaskan saya. Saya perlu keluar dari sini." rayu Doyoung. Dia tidak tahan berada di tempat asing sambil diikat. Dia risaukan keselamatan Hyerim kerana Taeyong mampu lakukan apa sahaja sehingga hatinya puas.
"Kau jangan nak banyak cakap."
Serta-merta Doyoung ditumbuk di bahagian perut lalu makanan disumbat ke dalam mulutnya dengan kasar. Dia perlu keluar dari tempat itu secepat mungkin.
YOU ARE READING
Who Are You? Lee TaeYong
RomanceKau milik aku selamanya.. ~your love TY Start : 12 /2018 End : ??