19

189 19 3
                                    

~[THROWBACK]~

Ketika dalam perjalanan pulang dari kedai buku Hyerim terserempak seorang lelaki mabuk yang sedang berjalan terhuyung-hayang. Lelaki tersebut kemudian menoleh lalu melangkah kearah Hyerim sambil tersenyum-senyum sambil meneguk botol arak di tangannya.

"Haii..Awak nak pergi mana tu? Nak oppa temankan tak? Oppa boleh hantar sayang balik rumah." kata lelaki mabuk tersebut.Dia mula memegang tangan Hyerim.

"Tolong lepaskan saya." rayu Hyerim

"Takkanlah oppa nak lepaskan sayang. Tak bestlah nanti." lelaki tersebut mula menarik tangan Hyerim.

"TOLONG..!!TOLONG..!!TOLONG..!!" jerit Hyerim sekuat hatinya sambil meronta-ronta agar pergelangan tangannya dilepaskan.

"Tak guna minta tolong, tiada siapa akan lalu dekat sini." lelaki tersebut mula tertawa seperti orang gila.

BUKK..!'

"Pergi cepat!" arah seseorang lelaki yang berpakaian hoodie dan penutup mulut.

Dalam keadaan kelam kabut dan ketakutan Hyerim berlari selaju yang mungkin.

"Kenapa kau berani kacau dia? Kenapa kau sentuh dia? Kenapa kau takutkan dia?" dia tanpa sedar telah memukul lelaki mabuk tersebut sehingga pengsan.

Setelah itu, kedua-dua tangan lelaki dikelar dengan pisau lipat yang sering dibawanya kemana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut memotong kesemua jari lelaki mabuk tersebut.

"Hahh..Hahh.. berani kau kacau dia. Aku Lee Taeyong. Tak ada siapa boleh terlepas dari aku kalau sesiapa cuba apa-apakan Park Hyerim. Kau kena ingat itu!" jerkah Taeyong. Dia tahu walaupun lelaki itu telah mati dan tidak akan dapat mendengar ugutannya itu, dia tetap melepaskan kemarahannya.

Dia kemudiannya, memotong bibir mayat lelaki tersebut. Setelah berpuas hati, dia berlalu pergi sambil membawa kesemua jari-jari mayat lelaki itu. Mayat lelaki mabuk itu dibiarkan dalam keadaan yang mengerikan. Taeyong memberikan jari-jari lelaki tersebut kepada anjing liar di kawasan perumahannya.

Walaupun telah melakukan pembunuhan, taeyong hanya mampu tersenyum gembira kerana dia dapat menyelamatkan Hyerim.

Setibanya di rumah dia merebahkan diri keatas katil. Tanpa mempedulikan bajunya yang berlumuran darah dia melihat kesemua gambar Hyerim yang ditampal di seluruh dinding biliknya. Dia ketawa kesorangan. Sungguh cinta gilanya terhadap Park Hyerim semakin mendalam setiap hari.

Dia bersumpah akan membawa Hyerim jauh dari semua orang disekelilingnya. Hanya dia yang akan memiliki Hyerim walaupun ibubapa Hyerim sekalipun. Rancangannya semua telah diatur. Tinggal melaksanakannya dengan jayanya sahaja.

Who Are You? Lee TaeYongWhere stories live. Discover now