Doyoung dikejutkan dengan bunyi tapak kasut. Dia membuka matanya lalu melihat 3 lelaki berbadan tegap di hadapannya. Tanpa sempat memproses kejadian yang berlaku, dia dipukul dan dibelasah dengan kuat oleh ketiga-tiga lelaki tersebut. Namun malangnya, dia tidak dapat melawan sedikit pun disebabkan tangan dan kakinya yang diikat. Badannya semakin lemah.
.......
Taeyong membawa Jinhee ke bilik belakang dalam rumah tersebut. Dia mula memukul Jinhee dengan hati yang panas tetapi penuh dengan kepuasan. BAdan Jinhee dihiris sedikit demi sedikit di setiap bahagian dengan pisau lipat yang sering dibawa oleh Taeyong. Jinhee yang tidak mampu melawan hanya menjerit meminta pertolongan dan merayu agar Taeyong berhenti.
" Stop Taeyong. Please, I'm begging you! It's hurt so much. I can't endure it anymore." rayu Jinhee
Taeyong menertawakan tindakan Jinhee yang dianggap lucu.
"Sekarang baru kau tau sakit. Apa yang kau buat dekat Hyerim tu tak sakit ke bodoh! Kau ingat after what you've done to Hyerim aku akan lepaskan kau macam itu saja. Memang bodoh." gelak Taeyong memenuhi ruangan tersebut. Rambut Jinhee ditarik kuat merapati tubuhnya.
Taeyong kemudiannya meminta handphone dari anak buahnya. Rambut Jinhee ditarik rapat untuk melihat video yang telah dihantar oleh anak buahnya yang menjaga Doyoung di Seoul.
"Kau tengok sini. Apa sahaja perilaku dan perbuatan kau, Doyoung kesayangan kau tu akan terima padahnya. Jadi jangan cuba main-main dengan aku sebelum mayat dia akan bentang di hadapan kau. Sekarang mungkin hanya sekadar itu yang aku bagi dekat dia. Esok lusa mungkin anggota badan dia aku cincang lumat satu persatu." ugut Taeyong.
Jinhee yang melihat hanya menangis dan memohon simpati dari Taeyong.
"Sekarang aku nak kau siap-siap kemaskan pakaian Hyerim yang aku dah bawa dan siapkan Hyerim sebelum kita bertolak pergi dari sini. Aku nak tinggalkan tempat ni secepat mungkin." Rambut Jinhee dilepaskan. Taeyong keluar meninggalkan Jinhee yang berlumuran darah dan lebam di seluruh badanya.
Jinhee mula bangun menahan kesakitan yang dialami. Dia bersumpah akan membalas perbuatan Taeyong ini. Hyerim dipersalahkan atas apa yang berlaku kepadanya. Ingin saja dia meminta pertolongan keluarganya. Namun, demi keselamatan Doyoung dia akan menahan segala-galanya.
YOU ARE READING
Who Are You? Lee TaeYong
RomanceKau milik aku selamanya.. ~your love TY Start : 12 /2018 End : ??