Hyerim dan Taeyong melangkah keluar bersama - sama menuju ke pagar sekolah dimana Doyoung sedang menunggu.
"Oppa, sorry Rim lambat." kata Hyerim sambil melemparkan senyuman manis kepada kekasih hatinya.
"Gwenchana. Oppa tunggu tak lama pun, jomlah kita gerak sekarang." ajak Doyoung.
"Ah oppa! sebenarnya kan mr Han suruh Rim dan Taeyong jadi leader untuk trip kita nanti. So kita orang kena beli barang sikit. Boleh tak Taeyong ikut sekali?" tanya Hyerim silih berganti memandang Taeyong dan Doyoung.
"Boleh saja apa salahnya. Kau naik superbike kau sendiri kan?" tanya Doyoung kepada Taeyong sambil menarik tangan Hyerim menuju ke motornya tanpa menanti jawapan dari Taeyong.
Taeyong hanya memberikan senyuman sinis.
'Kau tunggulah. Suatu hari nanti aku akan buat kau tak mampu berjalan pun.' katanya dalam hati.
~LS Shopping Mall~
Mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke dalam mall itu. Doyoung mencapai tangan Hyerim lalu menggenggam tangannya. Taeyong yang menyedari hal itu hanya mampu mengawal rasa.
"Oppa kita nak cari apa dulu? Rim lapar lah. Teringin nak makan sushi. Apa kita pergi makan dulu?" rengek Hyerim manja sambil menyandarkan bahunya ke Doyoung.
" Ish sayang oppa ni. Makan saja tahu. Okaylah jom kita makan dulu." Doyoung tertawa melihat gelagat manja Hyerim.
"Taeyong jom join kita orang sekali." ajak Hyerim sambil memberikan senyuman ikhlas.
Taeyong hanya mampu menahan rasa. Hatinya berdebar melihat senyuman manis Hyerim kepadanya. Taeyong yang memerhati hanya mampu mengikut pasangan tersebut dari belakang. Dia perlu lakukan misinya malam ini juga. Dia perlu merancang perkara ini dengan teliti.
Mereka bertiga melangkah masuk ke restoran kegemaran Hyerim. Mereka mengambil tempat berdekatan dengan kaunter bayaran. Pelayan datang mengambil pesanan mereka.
"Sayang nak makan apa? Oppa tengok semua nampak sama saja. Kenapalah Rim suka sangat dengan sushi ni?" Tergeleng Doyoung melihat menu yang ada di restoran sushi itu. Dia sendiri kurang menggemari makanan jepun seperti sushi kerana baginya makanan tersebut tidak mengenyangkan dan menggelikan.
"Alah oppa ni macam tak biasa pula. Kan memang favourite Rim." muncung Hyerim mengundang tawa Taeyong.
Doyoung dan Hyerim memandang aneh kearah Taeyong. Doyoung sendiri belum pernah melihat Taeyong tergelak seperti itu.
YOU ARE READING
Who Are You? Lee TaeYong
RomanceKau milik aku selamanya.. ~your love TY Start : 12 /2018 End : ??