17

107 9 1
                                    

~PULAU JEJU~

"Wahh! Indahnya tempat ni. Udara segarnya. Mesti bestkan trip kali ini kan Taeyong?" luah Hyerim setelah tiba di perkarangan hotel di Jeju-do. 

"Hmm. Biasa saja, tiada apa yang menarik pun dekat sini." Taeyong melihat kawasan persekitaran hotel. Dia kurang gemar berada di tempat perlancongan seperti ini.

"Apalah awak ini. Dah jom mr.Han dah panggil kita tu." Hyerim merangkul pergelangan tangan Taeyong sambil menariknya ke tempat berkumpul.

"Okay, semua boleh masuk bilik masing-masing tapi lepas 2 jam kita kumpul semula kat sini dengan pasangan masing-masing."

Mereka semua bergerak mula bergerak ke bilik masing-masing. Belum sempat Hyerim melangkah pergi, Taeyong menarik tangannya.

"Hyerim kau ikut aku pergi somewhere kejap. Ada benda yang aku nak tunjuk kat kau." tanpa menunggu kebenaran Hyerim, Taeyong telah menarik dan membawanya ke dalam kereta yang telah disediakan di hadapan hotel.

"Kita nak pergi mana ni Taeyong? Nanti kalau yang lain cari macam mana?" rungut Hyerim. 

Dia bimbang mr.Han akan mencarinya nanti. Pasti Jinhee akan menunggunya di bilik.

"Ikut saja aku, jangan banyak cakap." Taeyong mengeraskan suaranya. 

Hyerim yang terkejut mendengar suara Taeyong hanya mampu berdiam diri. Akhirnya setelah beberapa jam di dalam kereta mereka tiba hadapan sebuah rumah yang berdekatan dengan laut. Hyerim diheret masuk ke dalam rumah asing tersebut.

"Awak kita nak buat apa kat sini?" Hyerim cuba melepaskan pegangan tangan Taeyong. Dia berasa takut berada di tempat asing. Lebih-lebih lagi mereka kini di negeri orang.

"Annyeong Hyerim. Dah lama aku tunggu kau kat sini." Hyerim memandang kearah suara tersebut.

"Kenapa kau boleh ada dekat sini?" tanya Hyerim kerana terkejut melihat gerangan suara tersebut.

"Aku ada kat sini sebab kaulah sebab apa lagi. Dah cepat masuk." 


Who Are You? Lee TaeYongWhere stories live. Discover now