"What?" Taeyong yang tertawa mula menyedari dirinya dipandang oleh Doyoung dan Hyerim. Mukanya kembali seperti biasa tiada lagi gelak tawa manis dipamerkang. Dia memarahi dirinya yang sesenang itu tertawa melihat muncung Hyerim. Comel. Desis hatinya. Hatinya yang sakit melihat kemesraan mereka berdua terubat setelah melihat telatah Hyerim. Dia yakin suatu hari nanti muncung dan tawa Hyerim hanya untuknya.
"Kau dah kenapa Yong? Tak pernah aku nampak kau gelak macam tu sekali. Kau tu senyum pun payah ni kan lagi gelak. Dah kenapa?" soal Doyoung kehairanan.
"Tak ada apa." Taeyong mula mengalihkan perhatianya melihat menu.
"Okay sayang nak order apa? Jangan merajuk lagi. Nanti oppa tarik mulut tu karang." pujuk Doyoung.
Belum sempat Hyerim membalas..
"Bagi 2 pinggan Unagi, 2 pinggan Ebi Ten, 1 pinggan Salmon Norimaki. 1 Iced green tea. 1 Iced lemon tea. Kau?" Taeyong menyerahkan menu kepada Doyoung. Dia dah mengetahui sushi yang akan Hyerim pesan. Jadi awal-awal dia dah bersedia.
"Kalau macamtu Iced lemon tea bagi 2 lah." setelah selesai membuat pesanan pelayan pergi meninggalkan meja mereka bertiga.
"Macam mana awak tahu sushi apa yang saya akan pesan?" tanya Hyerim meminta jawapan. Sungguh dia hairan bagaimana Taeyong tahu apa sushi yang digemarinya. Hinggakan air yang sering diminumnya pun diketahui.
"Aku order apa yang aku nak. Air tu aku selalu nampak kau minum dekat sekolah." balas Taeyong dingin. Sedaya upaya dia cuba menutupi rahsianya.
"Wah citarasa kita samalah. Thank you." senyum Hyerim.
"Tak sangka aku kau suka makan sushi juga." kata Doyoung pula.
Taeyong hanya menganggukkan kepala, syukur Doyoung dan Hyerim tidak mengesyaki apa-apa.
Setelah seharian mereka di pusat membeli-belah tersebut, mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing. Taeyong sendiri telah bersedia kerana tepat jam 9 malam nanti dia akan melaksanakan misinya.
YOU ARE READING
Who Are You? Lee TaeYong
RomanceKau milik aku selamanya.. ~your love TY Start : 12 /2018 End : ??