~DI KELAS~
Hyerim dan Doyoung sedang duduk berdua di dalam kelas sambil bergelak ketawa sementara menunggu guru kimia mereka mula mengajar.
Kegembiraan mereka dipandang geram oleh Jinhee.
Pada mulanya dia sendiri tidak ingin merosakkan hubungan sahabatnya Hyerim bersama Doyoung.
Namun dia masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Doyoung. Disebabkan dia terlalu cinta dan menyayangi cintanya itu, dia sanggup bersetuju dengan rancangan Taeyong untuk memisahkan mereka.
Dia tidak sangka Taeyong yang pendiam dan tidak mudah bergaul akan memintanya bersubahat memisahkan Hyerim dan Doyoung.
Yang membuatkan dia paling terkejut ialah apabila mendapat tahu bahawa Taeyong menyukai sahabat baiknya itu. Ini kerana dia tidak pernah melihat Taeyong mahupun Hyerim berbual apatah lagi berkawan.
Hyerim pov
"Oppa, nanti Hyerim tak dapat balik dengan oppa sebab Hyerim balik dengan Jungwoo oppa. Jungwoo oppa dah janji nak bawak Rim pergi shopping mall. Dia nak belanja Rim. So next time kita balik sama-sama eh."
"Ohh, takpelah kalau Rim tak dapat balik dengan oppa, Nasib keluar dengan Jungwoo hyung. Jangan keluar dengan lelaki lain sudahh."
Sempat lagi oppa cubit pipi aku, nasib tak sakit. Haihh kenapalahh oppa ni comel sangat, makin sayang aku kat dia. Aku harap takkan ada yang curi Doyoung dari aku.
End Hyerim pov
Mrs Im masuk kedalam kelas yang riuh-rendah.
"Dah diam. Tolong beri perhatian saya ada benda nak cakap dengan kamu semua."
Para pelajar yang tadinya bising mula diam dan memberikan tumpuan terhadap guru kimia mereka.
"Sekolah kita akan mengadakan kem pelancongan selama 5 hari di Jeju-do. Saya harap semua pelajar kelas ni akan menyertai kem pelancongan tersebut untuk memupuk nilai cinta terhadap alam sekitar."
Ramai pelajar yang tertarik dengan lawatan tersebut. Riuh 1 kelas dengan isu melancong ke Jeju-do.
"Oppa nak pergi tak kem pelancongan tu?" tanya Hyerim setelah mrs. Im keluar dari kelas.
"Sayang nak pergi ke kem pelancongan tu?" Doyoung menarik tangan Hyerim untuk duduk di pehanya.
"Rim rasa nak pergi lah Oppa. Macam best kan. Nanti boleh ambil banyak gambar dengan Oppa." balas Hyerim sambil bermain dengan tali leher milik Doyoung.
"Kalau tu yang sayang nak Oppa ikutkan jerr."
Tersenyum suka Hyerim apabila Doyoung sangat menyayanginya.
"Thanks Oppa. Rim sayang sangat kat Oppa." pipi Doyoung dikucup perlahan.
YOU ARE READING
Who Are You? Lee TaeYong
RomanceKau milik aku selamanya.. ~your love TY Start : 12 /2018 End : ??