Sunghoon menepati janjinya. Dia betul betul tolong aku dengan Kayla. Kata Sunghoon, abangnya itu balik lambat sebab ada urgent meeting. Dalam pukul 8 malam macam tu baru pulang.
So Sunghoon ada jemput aku masuk kedalam rumah Yoshi. Dua tiga kali juga aku berfikir. Kalau aku masuk kang nanti Yoshi tiba tiba muncul macam mana. Tapi dalam hati aku teringin sangat nak masuk tengok rumah dia.
"Jangan risaulah. Lambat lagi dia balik"
Aku cuma senyum bila Sunghoon cuba sedapkan hati aku.
"Mummy jom Kay tunjukkan bilik Kay"
Aku cuma menurut. Tiba di bilik Kay aku merasa kagum. Bilik budak kecil ni sangat bersih dan kemas. Entah kenapa aku jatuh suka dengan bilik ini.
"Cantik bilik Kay" pujiku dengan ikhlas.
"Daddy cakap bilik Kay mummy yang hias sebelum Kay lahir lagi"
Aku cuma mengangguk ngangguk. Well mummy dia ada taste yang sama macam aku. Decoration bilik ni aku sangat suka.
Aku keluar dari bilik Kay. Well rumah Yoshi sangat cantik. Semua tersusun rapi. Maybe cuma dua beranak yang duduk dalam rumah ni. Itu yang nampak bersih dan kemas.
Bunyi orang menekan password rumah kedengaran. Aku automatik pandang Sunghoon. Sunghoon juga terkejut. Dia terus pandang jam tangannya. Baru pukul 6.30 petang.
"Go and hide yourself first"
Aku mengangguk. Pintu bilik yang berada tak jauh dari aku berdiri, aku tolak. Aku masuk tanpa berfikir. Tapi bila melihat sekeliling bilik ini, aku dapat tafsir ni bilik Yoshi.
Damn!
"Awal kau balik? Cakap tadi ada meeting"
Aku dengar Sunghoon bertanya.
"Habis awal" jawab Yoshi.
"Mana Kayla?" soal dia lagi.
"Daddy!"
"Hey sweetheart! I miss you"
Aku cuma mendengar perbualan mereka. Tidak lama selepas itu aku dengar satu tapak kaki melangkah kesini.
Damn! Aku patut sembunyi. Cari punya cari, aku dapat satu tempat dia sebelah almari. Tempat tu agak kecil tapi muat dengan badanku yang kurus ini. Dan harap harap dia tak nampak.
Pintu bilik ini dibuka dari luar. Jantungku berdegup dengan laju. No please jangan kantoi. Aku nak jumpa Kayla lagi lepas ni. Aku tak nak berpisah dengan budak itu.
Mataku auto pejam bila Yoshi start buka kancing bajunya. Aduh! Bodoh kau Karina! Yang kau pergi sembunyi pun dalam bilik dia.
Yoshi ambil tualanya lalu menuju ke bilik mandi. Aku bernafas lega. Aku pun apa lagi. Perlahan lahan keluar dari tempat persembunyianku. Mataku sudah pandang tombol pintu. Finally aku berjaya keluar.
Tapi itu semua cuma khayalan aku semata. Tiba tiba badanku berpusing dan belakangku menghempap pintu. Didepanku sekarang adalah YOSHI.
Orang yang aku mengelak daripada tadi. Sekarang ada depan aku. Dia mengunci aku dengan meletakkan kedua belah tangannya di pintu. Aku berada di tengah tengah lengannya.
"Did I allow you to access my bedroom?"
Aku sudah telan liur. Muka dia dengan aku tak sampai dua inci pun. Kalau orang tengok ni mesti cakap Yoshi tengah kiss aku.
"Sa..saya min..ta ma...maaf"
Mata dia tajam bak pedang. Dan aku sangat takut tengok mata dia. Apalagi muka dia macam harimau.
Semakin lama semakin dekat bibir aku dengan dia. Mataku automatik pejam. Tak sanggup nak tengok. Tapi tidak lama selepas itu, aku rasa nafasnya dia telingaku.
"We'll talk this later" bisiknya buatkan aku rasa seram sejuk.
Akhirnya dia lepaskan aku. Terus aku dijamah dengan sixpack dia. Aku terus pusing belakang menghadap pintu. Tombol pintu ditarik.
"Don't you dare to back to your home. Kita perlu cakap pasal benda ni lepas saya mandi"
Aku terus keluar lepas dengar amaran dari dia. Dia ruang tamu masih ada Sunghoon disitu. Dia belum pulang. Muka dia risau semacam.
...
YOU ARE READING
Memories Of Us | KANEMOTO YOSHI
Romantik"Daddy! Mummy Karina cantik kan?" "No" "Wife daddy lagi cantik. Tiada siapa yang boleh kalahkan dia. Even ratu tercantik kat dunia pun tak dapat kalahkan wife daddy" START - 09.01.2021 END - 03.02.2021 ©wifejunkyu (calling out for those who found...