🐯 23

751 95 1
                                    

Dengkuran halus menyapa telingaku. Dia sudah tidur dengan nyenyak. Aku rasa maybe penat sangat bekerja sampai letih macam tu sekali. Haih! Kesian pulak husband aku ni.

Dengan perlahan aku naik lalu merebahkan badan sebelahnya. Kini tubuhku berhadapan dengan tubuh dia. Comforter ditarik sampai ke dadanya. Hopefully dia tak terjaga.

Wajahnya aku pandang. Well Yoshi mempunyai wajah yang kacak. Aku tak nafikan tu. Even dia bukan husband aku sekalipun, aku tetap akan cakap dia kacak. Jari telunjukku diletakkan pada keningnya. Mengikut bentuk keningnya yang macam orang lukis. Kemudian turun ke hidung mancungnya. Sangat perfect!

Dan terakhir bibir nipis dia. Hujung bibir ni kalau dia tarik, mesti akan menampakkan senyuman yang manis dan menawan. Tapi sayangnya, sejak pertama kali aku berjumpa dengan dia sampailah sekarang, tak pernah sekalipun bibir ini menguntum senyuman.

"Why awak? Disebabkan saya ke awak tak senyum?" kataku dengan perlahan.

Tapi suara aku sikit pun tak menganggu tidurnya yang nyenyak itu. Betul betul letih agaknya.

"Nobody perfect is this world but you are different. You look perfect even when you sleep"

Kening dia berkerut tiba tiba. Wajahnya berubah takut. Risau aku tengok.

"Karina please jangan tinggalkan saya lagi..."

Sayu hatiku dengar. Dia mimpi aku tinggalkan dia? No sayang. Saya tak kan tinggalkan awak lagi. Itu janji saya.

Tubuh dia aku peluk untuk menenangkan dia. Aku tepuk belakang dia dengan perlahan. Tidak lama selepas itu dia kembali tenang seperti biasa.

Aku cium hujung bibirnya kemudian terus ke keluar. Aku risau kalau Kayla terjaga dan menangis bila tengok aku tiada di sebelahnya.

Pagi ini aku terjaga. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku terkejut Kayla tiada disebelah ku. Wait dia pergi mana. Aku terus bangun pergi check dalam toilet tapi tiada. Aku terus ke bilik Yoshi untuk bagitahu yang anak dia hilang.

Sebaik saja buka pintu, aku nampak Kayla sedang tidur sambil peluk Yoshi. Aku terus senyum. Lega yang dia tak hilang. Dan aku happy sangat. Ini bermakna Kayla dah tak marahkan Yoshi lagi.

Bajuku diambil dari dalam almari. Aku kembali ke bilik Kayla untuk membersihkan diri. Setelah itu aku ke dapur untuk siapkan sarapan.

Yoshi tersedar bila terasa ada orang peluk dia. Dia mengerutkan keningnya. Wait sejak bila Kayla tidur dengan dia ni? Dia dengar esakan dari Kayla. Anak dia menangis?

"Sayang menangis?"

Kayla mendongak kepalanya. Dia peluk Yoshi lagi ketat. Macam tak nak lepas langsung.

"Kay minta maaf. Kay janji Kay tak marah daddy lagi. Daddy jangan tinggalkan Kay"

Apa maksud Kayla ni? Dia ada cakap dia nak tinggalkan Kayla ke? Rasanya tak.

"No sayang. Daddy tak akan buat macam tu. Kenapa ni?" soal Yoshi.

Dia mengusap belakang anaknya.

"Kay mimpi daddy tinggalkan Kay"

Kayla menangis lagi. Yoshi tersenyum melihat Kayla. Tengah menangis pun comel je.

"Mimpi je tu sayang. Daddy tak kan tinggalkan Kay. Daddy kan sayang Kay"

"Betul?" soal Kayla dengan muka menangis dia.

Yoshi yang tak tahan melihat itu terus mencium kedua belah pipi anaknya.

"Daddy..." rengek Kayla lagi.

"Iya sayang. Tapi Kay kena janji dengan daddy yang Kay akan jadi anak daddy macam dulu"

Kayla cepat cepat mengangguk.

"Kay janji Kay tak kan marah marah daddy lagi"

Yoshi tersenyum.

"No sayang. Daddy yang patut minta maaf sebab tak jaga Kay betul betul. Daddy minta maaf sangat"

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now