🐯 22

730 96 0
                                    

Meja makan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Semuanya makanan favourite Kayla dengan Yoshi. Thanks to my memory sebab bekerjasama dengan tuan dia.

Time aku masak tadi semuanya bagaikan dejavu. Satu persatu memori aku ingat. Memandangkan semua bahan masak ada dirumah ini, sangat memudahkan aku untuk memasak.

Kami mula makan. Kayla juga makan dengan berselera. Lega aku tengok.

"Awak tak makan?" tegur Yoshi.

"Tengok awak dengan Kayla makan pun saya dah rasa kenyang. Lega hati saya tengok awak makan makanan yang saya masak" kataku dengan ikhlas.

Sebenarnya ada satu soalan yang bermain dalam fikiran aku. Dari tadi aku simpan soalan ni. Dan aku nak tahu sangat jawapan dia. Maybe sekarang masa yang sesuai untuk tanya dia.

"Don't you miss your wife?"

Akhirnya terkeluar juga soalan itu. Dia terus berhenti makan. Dia nampak macam tengah berfikir tapi aku tetap tunggu jawapan dia.

"So bad" jawabnya.

Aku rasa macam nak lompat lompat dengar dia cakap macam tu.

"Benda pertama yang awak buat bila jumpa dia?" soal ku lagi.

"Peluk dia ketat ketat and tell her that I miss her so bad"

Aku mengangguk ngangguk. Tahan senyum semampu yang boleh.

"Then kenapa awak tak pergi cari dia?"

Dia terdiam.

"She don't know that I'm existed"

Wah! Kenapa aku rasa jawapan dia buat aku sakit hati. Salah aku ke aku tak ingat dia. Aku tak mintak untuk lupa semua memori aku dengan dia.

"Why awak tiba tiba tanya soalan pasal wife saya?"

Aku menggeleng kepala.

"Nothing. Just a little curious"

Dia mengangguk lalu sambung makan.

Lepas makan dan siap kemas dapur. Aku bawa Kayla masuk kedalam bilik. Yoshi pula sambung buat kerjanya. Katanya lagi sikit nak siap.

"Baby! Nak mummy bacakan story tak?"

Dia mengangguk. Aku ambil sebuah buku yang terletak pada rak buku sebelah katil Kayla. Bila tengok kulit buku tu, aku tergelak. Da hell! Aku ambil macam tu je. Tak tengok pun tajuk dia. Rupa rupanya aku terambil buku Shrek and Fiona The Beginning.

"You love Shrek?" soalku pada Kayla.

"I love Shrek"

Aku ketawa. Haih! Tak sangka Kayla juga ikut suka dengan Shrek. Ikut mummy dia betul ni.

Aku start baca. Dari awal Shrek seekor raksasa yang digeruni penduduk kampung sampailah dia jumpa Rumplestiltskin. Baru nak sambung aku dengar dengkuran halus dan perlahan dari Kayla. Anakku dah tidur rupanya.

Aku simpan buku itu ke rak semula. Comforter ditarik sampai paras dada Kayla. Dahi dia aku cium. Lama.

"I'm sorry baby. Baby perlu lalui semua ni. Kalau mummy tahu perkara sebenar lebih awal, mungkin semua benda ni tak kan jadi"

Pipi dia pula aku cium.

"Mummy janji akan jaga baby dengan lebih baik lepas ni. No one can hurt you"

Tekak rasa dahaga. Aku keluar dan menuju ke dapur. Yoshi sudah tiada di meja kerjanya. Ini bermakna lelaki itu sudah masuk tidur.

Lepas minum air, aku kembali ke bilik. Tapi bilik Yoshi menarik perhatianku. Hati kuat suruh pergi situ. Tanpa sedar aku melangkah kesana. Kini aku berada didepan pintu bilik dia. Dengan perlahan aku tolak. Betul tekaanku. Dia sudah tidur.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now