🐯 28

801 100 0
                                    

Yoshi bersiap siap untuk pergi kerja. Tadi dia ada jugak cakap nak ambil cuti. Katanya nak lepaskan rindu lagi pada aku. Tapi aku melarang dia buat macam tu. Bukannya aku tinggal dengan dia sehari dua tapi untuk selamanya. Jadi dia tak perlu pun ambil cuti.

"Wait wait awak!"

Aku berdiri di depan dia. Tubuh dia aku pusing pusing.

"Kenapa ada something ke?" soal dia.

"Suami siapa ni hensemnya!" kataku dengan muka pura pura terkejut.

Dia menarik nafas lega.

"Saya ingat apalah tadi. Awak ni buat saya risaulah. Mana tahu baju saya koyak ke. Rupanya nak cakap tu je" bebel dia.

Aku ketawa.

"Salah awaklah!" kataku selamba.

"Saya pula disalahkan?" soal dia tak puas hati.

"Yelah! Siapa suruh awak hensem sangat"

Aku perbetulkan necktie dia. Tidak lama selepas itu dia tarik kedua belah tangan aku lalu dikalungkan pada lehernya. Manakala tangan dia pulak peluk pinggang aku.

"Hensem hensem pun bukan orang lain. Husband awak jugak"

Dia cuit hidungku.

"Selama saya tak ada dengan awak, mesti ramai perempuan cuba goda awak kan?"

Saja aku keluarkan soalan maut pagi pagi ni.

"Ramai! Ramai sangat sampai tak terkira. Maklumlah saya kan hot"

Wah! Bukan main dia puji diri dia sendiri.

"Habis tu awak layan tak?" soal aku lagi.

Dengan selamba dia mengangguk. Aku terus tolak tubuh dia. Saja nak sakitkan hati aku. Tapi dia tarik pinggang aku semula.

"Saya bergurau lah. Satu pun saya tak layan" jawab dia.

"Habis tu Melissa?"

Dia cuma senyum.

"Saya anggap dia sebagai kawan je sunshine. Tak lebih daripada tu. No one can replace you"

Dia selitkan lebihan rambutku di belakang telinga.

"Betul? Tak tipu?" soalku lagi.

"Comel lah sunshine saya ni"

Dia cuit hidung aku lagi.

"Awak...jawablah soalan saya dulu" rengekku.

Tak puas hati bila dia abaikan soalan aku.

"Iye sayang. Saya tak tipu" jawab dia.

"I trust you" kataku.

"Awak tak ada pergi mana mana ke kejap lagi?" soal Yoshi.

"Hmm saya rasa saya nak pergi jumpa Jaehyuk dengan Winter kejap lagi. Dah lama saya tak jumpa dorang"

"Baguslah! Mereka dua orang itu dah banyak bantu saya. Especially Winter. Dia dah banyak bantu saya jaga Kayla"

Aku tak terkejut sangat sebab Winter memang suka tolong orang. Lagi lagi orang yang dia kenal.

"Kalau macam tu saya kena cakap terima kasih pada dia kejap lagi"

Hmm kalaulah aku ada dengan Kayla dari kecil. Mesti Yoshi tak perlu susah susah minta bantuan orang lain.

"Sunshine?"

Aku tersedar semula.

"Kenapa ni?"

"Taklah saya cuma rasa bersalah sebab tak ada dengan Kayla dari kecil. Sepatutnya Kayla dapat kasih sayang saya dari kecil lagi"

Yoshi menekup kedua pipiku.

"Kan saya dah cakap. Kita tak minta pun semua benda ni jadi. Bukan salah awak, awak hilang ingatan. Itu memang takdir Kayla. Belum terlambat untuk awak beri kasih sayang sepenuhnya to our baby"

Aku cuma mengangguk. Dalam hati masih sedih. Susah untuk aku terima kenyataan yang anak aku perlu kehilangan aku sejak lahir.

"Jangan fikir sangat"

"Okey"

"Time lunch nanti kalau sempat kita lunch sekali"

Aku faham dia busy. Aku tak kisah sangat pun. Lagipun dinner nanti boleh makan sama sama lagi.

"It's okay awak. Saya tak nak ganggu awak kerja"

"Still the same. You are too precious sunshine"

Aku senyum.

"Jom breakfast" ajakku.

"Morning kiss?" soal dia tiba tiba.

Aku tayang muka tanda tanya. Dia pula tayang muka selamba. Akhirnya aku mengalah. Seperti biasa aku cium hujung bibir dia.

"Not again babygirl"

Dia tarik aku kemudian kiss bibir aku. Dada aku tampar.

"Got your lips today" kata dia dengan gembira.

"But not tomorrow"

Aku senyum sinis lalu keluar dari bilik. Tanpa menunggu dia kejar aku.

...

Memories Of Us | KANEMOTO YOSHIWhere stories live. Discover now