Aku menunggu Kayla datang. Pintu pun dibiarkan terbuka. Sengaja aku bagitahu Jaemin supaya jangan tutup pintu. Sekejap lagi Giselle nak datang. Walhal budak kecil tu yang nak datang.
"Mummy!"
Hatiku terus rasa lain. Rasa seperti waktu berhenti untuk seketika. Suara Kayla memanggil ku dengan panggilan mummy.
"Eh Aunty! Good morning!" sapa dia dengan ceria.
Aku tersedar semula.
"Hmm aunty rasa aunty ada dengar orang panggil aunty dengan panggilan mummy tadi? Siapa eh?"
Aku sengaja buat muka tanda tanya. Jari telunjuk diletakkan pada dagu. Aku perasan muka Kayla lain. Mungkin dia takut aku marahkan dia.
"I'm sorry.." dia tunduk bawah.
Aku terus senyum.
"Okey bagitahu aunty kenapa baby panggil aunty macam tu?" soalku.
Aku tarik dia duduk sebelah aku. Dia pula still tunduk.
"Sebenarnya semalam Kay mimpikan aunty. Dan dalam mimpi tu Kay panggil aunty dengan panggilan mummy"
Hatiku rasa sebak tiba tiba. Kesian budak kecil ni. Since aku kenal dia, tak pernah sekalipun aku nampak mummy dia. Where is she?
"Baby may I ask you something?"
Dia pandang aku dengan mata bulat dia.
"Mana mummy baby? Aunty tak pernah nampak pun?" soal ku.
Dia mengeluh. Haih! Comel je.
"Entahlah aunty. Setiap kali Kay tanya daddy pasal mummy, mesti muka daddy lain"
"Lain maksud baby?"
"Muka daddy sedih. Kay tak nak daddy sedih. So Kay tak tanya dah pasal mummy pada daddy?"
"Aunty minta maaf cakap benda ni. Tapi mungkin mummy Kay dah meninggal?"
Kayla menggeleng kepalanya.
"Tak tahulah aunty"
Haih! Kesian pulak tengok budak ni. Tak patut aku tanya soalan macam tu. Tapi serius aku cakap aku nak tahu sangat siapa mummy budak ni. Kenapa sanggup tinggalkan budak ni bersama daddy nya.
"So Kay nak panggil aunty mummy?"
Dia terus pandang aku dengan mata bersinar.
"Can I?" soal dia lagi.
"Kiss me and aunty benarkan"
Tanpa menunggu dia terus kiss pipi aku. Aku peluk tubuh kecil dia. Whoever her mom, you are so cruel. Tinggalkan anak sebaik Kayla sorang sorang. Aku janji aku akan bagi semua kasih sayang seorang ibu yang Kayla tak pernah dapat sebelum ni.
"So kalau baby panggil mummy, ini bermakna baby anak mummy lah kan?"
Dia mengangguk dengan cepat. Dan kemudian kami ketawa.
"So anak mummy, apa yang anak mummy nak makan hari ni?"
"Mummy nak masakkan untuk Kay?" soal dia dengan teruja.
"Mummy dah janji dengan baby kan"
"Yeay!"
"Tapi baby kena jadi assistant mummy. Kaki mummy belum okey lagi"
"Okey mummy!"
Aku senyum sambil mencubit pipinya.
"Let's go"
Dia pimpin aku ke dapur. Aku mengarahkan dia untuk ambil dapur mini atau nama lainnya portable mini gas stove. Aku letak atas meja. Dan selepas itu aku arah dia bukan peti ais untuk ambil bahan basah dan juga sayur.
"Baby nak makan apa?" soalku.
"Apa apa je. Kay tak kisah"
"Iye? Seronoklah daddy baby. Tak payah susah susah"
"Kay yang tak nak susahkan daddy. Kay tahu mesti daddy susah jaga Kay sorang sorang"
Aku yang tengah potong sayur automatik berhenti. Tiber je mata berair. Aku pun tak tahu kenapa. Hati rasa sebak dengar dia cakap macam tu.
"You are so precious baby"
Aku usap kepala dia lalu kembali potong sayur. Setelah selesai, aku suruh dia basuh sayur yang aku potong.
Hampir sejam acara memasak dengan budak kecil ni. Akhirnya siap. Pelbagai menu ada diatas meja. Aku happy sangat boleh masak untuk Kayla.
"Makanlah"
Kayla menggeleng kepalanya.
"Mummy first. Kalau mummy makan, baru Kay makan"
Lah aku ingat apalah tadi. Mana tahu dia tak selera tengok makanan aku masak. Rupanya dia nak aku makan dulu. Awak dah ajar anak awak dengan baik Yoshi. Proud of you.
...
YOU ARE READING
Memories Of Us | KANEMOTO YOSHI
Romance"Daddy! Mummy Karina cantik kan?" "No" "Wife daddy lagi cantik. Tiada siapa yang boleh kalahkan dia. Even ratu tercantik kat dunia pun tak dapat kalahkan wife daddy" START - 09.01.2021 END - 03.02.2021 ©wifejunkyu (calling out for those who found...