Sinar pagi yang memancar ke dalam biliknya membuatkan Kayla tersedar dari lenanya yang panjang. Keadaan sekeliling sunyi dan sepi , agaknya Rafael sudah pun berangkat ke pejabatnya fikir Kayla. Dia duduk sambil memicit-micit kepalanya yang terasa agak berat dan berdenyut. Mungkin kerana hari sudah lewat dan dia belum bersarapan lagi bisik hatinya kegusaran. Iphone Pro Max 11 dicapainya dan alangkah terkejutnya Kayla apabila jam sudah pun menunjukkan pukul 1 petang. Kayla mengeluh kasar lalu mendail nombor Krishna, pembantu peribadinya di galeri miliknya.
"Krishna , tolong batalkan semua meeting and perjumpaan hari ni . Im not feeling well and I nak jumpa doktor petang ni." Kayla mengurut-ngurut tekaknya yang terasa sedikit loya.
"Baik puan . Get well soon."
Kayla bangun lalu memeluk tubuhnya . Kepalanya yang berdenyut membuatkan pandangannya berpinar dan berpusing. Dia sempat memegang bucu kepala katil sambil menarik dan menghembus nafasnya.. Dia merasakan seperti ada pergerakan protes di dalam perutnya sehingga membuatkan tekaknya loya .. Dia segera berlari menuju ke bilik air dan dia muntah sepuas hatinya. Dia merasa sangat tidak selesa dan duduk terkulai melayan loya yang menyerangnya. Setelah hampir sejam dan dia yakin dia tidak akan loya lagi , baru lah Kayla membersihkan dirinya.
"Selamat pagi puan Kayla.. Ayo makan siang.. Makanan udah sejuk puan.." Bibik Milan menyapa Kayla yang sedari tadi duduk termenung memandang makanan yang terhidang.
"Bik , Kayla tak ada selera lah bik.. Kayla minum jus oren ni sahaja ya.. Maaf.." Kayla menguntum senyum kepada bibik Milan.
"Ya udah bu... Ngak apa-apa sih .. Cuma ibu kelihatan capek dan kurang sihat.." Bibik Milan sangat akrab dengan Kayla.. Baginya Kayla merupakan majikan yang sangat baik hati.
"Ya bik .. Kayla rasa kurang sihat.. Selepas ni Kayla nak pergi klinik.." Kayla meneguk lemah segelas jus oren yang berbaki itu.
"Baik puan .. Hati-hati ya.. Puan mau Arman hantarin puan ke klinik?" Tanya bibik.
"Boleh bik.. Beritahu Arman untuk bersedia .. Sekejap lagi kita gerak." Kayla sekali lagi merasakan kepalanya berdenyut.
"Baik puan."
"Bik.. Rafael tak balik makan siang?" Kayla baru teringatkan suaminya.
"Ngak ada kok puan .. Mungkin sibuk di kantor.." Bibik tersenyum lalu segera mendapatkan Arman, pemandu di rumah Rafael.
Kayla memerhatikan telefon bimbitnya dengan senyuman meleret dan hatinya berbunga-bunga. Kebahagiaan yang dimilikinya membuatkan dia merasakan Rafael lah dunia akhiratnya.. Cintanya akan Rafael sungguh utuh sehingga tidak apa yang bisa meruntuhkan masjid indah yang hampir dua tahun didirikan oleh mereka berdua. Dia tersenyum riang sebelum membalas message daripada Rafael.
My husband : Sayang , so sorry :( hari ni ngak bisa pulang, lunch dengan client ..
Kayla : Its okay love .. And good luck! :3"Puan , ayo . Aku sudah siap." Sapa Arman sopan.
"Baik. " Kayla tanpa banyak soal segera mengikuti gerak langkah Arman.
"Puan , klinik yang biasa ya?" Tanpa Amran setelah memakai tali keledar keselamatan.
"Ya Arman.. And Arman, bagaimana kamu tahu isteri kamu hamil?" Spontan sahaja pertanyaan Kayla sambil dia memicit kepalanya yang sekali lagi berdenyut.
"Pada mulanya sih, kami itu ngak perasan kok yang isteri ku hamil.. Tapi Nini sih asik mual melulu di awal kehamilan. Terkadang ngak bisa langsung ngehidu bau makanan terusan uweeek uweeekkkk." Kata Amran sambil meniru gaya isterinya mual.
"Hahahaha , Arman! " Kayla ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Arman.
"Maaf puan .. Udah , ayo fokus ke perjalanannya.." Kereta Alphad berwarna hitam kilat meninggalkan perumahan mewah milik Rafael.
YOU ARE READING
Syurga Yang Ku Rindukan
RomanceKayla Zahara, seorang Seniwati terkenal kelahiran Malaysia beranggapan dia telah menemukan segala kebahagiaan di dalam kehidupannya setelah perkahwinannya yang hampir mencecah usia 2 tahun bersama Rafael Gunawan dikuriakan dengan kelahiran putera su...