"Haraz , buka dong pintunya, please." Kayla mengetuk pintu bilik Haraz berkali-kali.
"Haraz come on.. Dont be like this. Haraz kan sudah janji dengan mama , no more tantrum.. Please, stop it." Kayla mengeluh panjang.
"Mama tipu!!!!" Haraz menjerit.
"Tipu? Tipu apa sih sayang???! Ayo, cepat buka pintunya!" Kesabaran Kayla yang dihujung tanduk itu segera diselamatkannya kerana Haraz tidak boleh dikasari apabila dia buat perangai.
"Mama explain your self." Haraz menguak luas pintu biliknya. Matanya bengkak kerana menangis dari tengah hari tadi.
"Sayang , kamu kenapa sih?" Kayla mendukung puteranya lalu meletakkan Haraz di atas katilnya.
"Apa mama dan papa masih saling mencintai?" Haraz menjuihkan bibirnya dan mengesat kasar air mata yang bergenang di tumbir matanya.
"Ya Allah, sayang. Sudah tentulah!" Kayla tergelak mendengar pertanyaan Haraz.
"Mama tipu aku ya?" Haraz menjerit.
"Haraz , we talked about this behaviour right? You cannot talk like that to me!" Kayla mengeluh kasar.
"Im sorry ma , tapi tadi aku dijemput oleh papa. Pengasuh ku disuruh papa terus ke rumah.. Papa bersama wanita lain ,ma." Haraz memeluk tubuh Kayla erat sambil menangis teresak-esak.
"Really?" Badan Kayla kaku. Hatinya hancur berderai.. Jadi anggapannya selama ini benar?
"Benar , ma."
"Mungkin saja dia pembantu papa di kantor. Kamu ngak boleh fikir negatif sayang." Kayla mengesat air mata Haraz lalu mencuit hidungnya.
"Aku minta maaf mama." Haraz kembali tenang setelah kata-kata mamanya dirasakannya masuk akal.
"Ya sudah. Kamu tu anak mama yang pintar tau! Ngak bisa kaya gini terus! Sekarang kamu mandi dan buat kerja sekolah ya.." Kayla menggeletek Haraz .
"Ya ma yaa...haha."
"Solehah, ayo." Kayla memanggil pengasuh Haraz yang sedari tadi hanya menjenguk di muka pintu.
Kayla merebahkan dirinya di tilam yang empuk sesudah membersihkan diri dan mengerjakan solat maghrib. Matanya yang pedih setelah menangis tadi digosok lemah, fikiran kusut sekali mengenangkan kata-kata anaknya tadi. Apa benar apa yang diperkatakan Haraz? Apa yang harus dia lakukan? Mencari jawapan apa membiarkan sahaja hal itu berlalu? Dia mencapai telefon bimbitnya lalu memerhatikan kalendar di dalam telefonnya. Semalam merupakan pertama kali Rafael kembali ke rumah setelah 2 minggu menghilang. Puas berfikir panjang, dia mendail nombor Rafael.
"Ada apa?" Mendatar nada suara Rafael.
"Assalamualaikum mas. Kamu pulang ke rumah malam ni?" Kayla cuba untuk menahan ombak kemarahannya.
"Ngak pasti."
"Aku ingin bercakap dengan mu tentang Haraz. Face to face." Kayla memberanikan diri.
"Mungkin aku telat.."
"Baik." Kayla terus mematikan talian kerana kesabarannya sudah pun hilang. Dia segera mengucap mengingati Allah.
Kayla membaling telefon bimbitnya lalu segera bangkit untuk mengajak Haraz makan malam. Baju pyjamas lengan panjang dan seluar panjang itu kelihatan longgar di badannya.. Sejak memakan hati akan sikap Rafael , badannya turun mendadak.. Dari saiz S ke XS fikirnya... Kayla melangkah perlahan menuruni anak tangga, dari jauh dia sudah terdengar suara tawa Haraz dan Solehah..
"Apa yang lucu?" Kayla mencuit hidung Haraz.
"Puan , aku pamit ya.. Jumpa esok." Solehah tersenyum manis.
YOU ARE READING
Syurga Yang Ku Rindukan
RomanceKayla Zahara, seorang Seniwati terkenal kelahiran Malaysia beranggapan dia telah menemukan segala kebahagiaan di dalam kehidupannya setelah perkahwinannya yang hampir mencecah usia 2 tahun bersama Rafael Gunawan dikuriakan dengan kelahiran putera su...