Selamat tinggal

0 0 0
                                    

"Bik ingat ya. Aku pulang tengahri ini." Kayla melambai ke arah bibik setelah selesai memasukkan begnya dan Haraz ke dalam bonet kereta.

"Baik Puan.." Muka Bibik kelihatan sedih.

"Aku jalan dulu bik." Kayla melambai ke arah bibik sebelum memasuki keretanya.

"Kamu sudah siap sayang? Ini kali pertama kamu ke galeri mama." Kayla memeriksa kerusi keselamatan Haraz sebelum memakai tali kaledar.

"Siap sedia ma!" Kata Haraz sambil sibuk bermain dengan Apple ipadnya.

Kayla mula menekan pedal minyak apabila dia nekad dengan keputusannya. Dia memandu dengan penuh ketenangan memuju ke Galerinya..Hari ini dia harus menyelesaikan hal sewa galerinya dan mengumumkan penutupan galerinya kepada seluruh warga kerja Galeri Seni Kay dan juga para pelajarnya. Haraz memerhatikan mamanya dari belakang, mamanya banyak berdiam diri seolah-olah menyembunyikan sesuatu..

"Haraz , ayo turun.." Kayla membuka tali kaledarnya dan keluar dari perut kereta untuk mengambil Haraz.

Kayla memegang erat tangan Haraz dan mereka berjalan beriringan memasuki galeri.. Dari kejauhan Kayla terpandang Miller yang sedang duduk di pantri sambil meneguk secawan kopi. Krishna segera mendapatkan Kayla dan menyapa Haraz.

"Hey! You have grown up , buddy." Krishna mencuit hidung Rafael.

"Kamu tunggu di sini dengan Tante Krishna ya, sayang. Mama haru ke kelas. Sebentar aja..." Kayla meletakkan beg bimbit Haraz di sofa pejabatnya.

"You can do this,Kay.."Krishna menepuk bahu Kay sebelum bermain bersama Haraz.

"Hey.. Good morning Kay." Miller berlari anak mengikuti langkah Kayla.

"Good morning Miller.. Silakan masuk ." Kayla menutup pintu kelas apabila kesemua pelajarnya sudah berada di dalam kelas.

"Baik, kalian ngak perlu meneruskan tugasan yang aku berikan tempoh hari. Aku cuma ingin menyampaikan berita mengenai masa depan Galeri Seni Kay..Aku harap kalian bisa menerima dengan hati yang terbuka.." Kay memeluk tubuh sambil memandang anak didiknya satu persatu.

"Pertama sekali, terima kasih banget kerna sudah mengikuti kelas seniku. Aku cuma pengen memberitahu kalian bahawa Galeriku bakal ditutup buat selamanya..Hari ini merupakan hari terakhirku di Galeri.." Kay tidak meneruskan kata-katanya apabila anak didiknya saling berpandangan.

"Aku bakal kembali ke tanah airku..At last!" Kay tersenyum pahit, air matanya akhirnya gugur juga tatkala memikirkan hasil usahanya selama ini.

"Selamat tinggal Kay." Pelajar kegemaran Kay yang bernama Laila itu memeluknya sebelum beredar keluar. Miller masih duduk membatu memerhatikan Kayla.

"Come on Miller. Kita sudah ngak punya kelas." Kayla tergelak riang memerhatikan Miller.

"Kenapa secara tiba-tiba?" Miller bangun dan memeluk tubuhnya mendekati Kayla.

"Aku bakal pulang ke Malaysia, jadi pikirku jalan terbaik adalah dengan menutup galeriku."Kayla berbohong.

"Terus apa yang terjadi kepada wajah mulusmu?" Miller dengan selamba mengusap lembut pipi Kayla.

"Terkena kuku ku."Kayla sekali lagi berbohong , dia hanya membiarkan Miller mengusap pipinya.

"Lalu, lebam di tepi bibirmu juga angkara kuku mu?"Miller memandang ke dalam mata Kayla,sedalam-dalamnya.

"Itu..." Belum sempat menghabiskan kata-katanya, bibirnya dikucup lembut.. Dia kaku dan tidak terfikir untuk menolak..

"Kamu tu sempurna Kay, dia ngak pantas buatmu.."Kata Miller sambil memeluk tengkuk Kay. Dahinya dilagakan ke dahi Kayla.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Syurga Yang Ku RindukanWhere stories live. Discover now