Dibelenggu persoalan

2 0 0
                                    

Kayla duduk termenung di sofa empuk yang tersusun kemas di ruang tamu rumahnya. Dia memerhatikan telefon bimbitnya dan masih berfikr-fikir sama ada ingin mengadu kepada kakaknya atau pun tidak. Dalam masa yang sama, dia juga menanti Rafael untuk pulang dan berbincang mengenai hal sewa galerinya. Otaknya sungguh kusut pada ketika itu, apa yang dapat dia lakukakan ialah bersalawat kepada Rasullah untuk meminta ketenangan hatinya yang gusar.

"Puan, Haraz sudah tidur." Bibik Milan menyapa Kayla.

"Baik bik , kamu juga tidur ya." Kayla meruap mukanya.

"Kamu ngak apa-apa puan?" Bibik Milan duduk di hadapan Kayla.

"Bik, andai kata aku dan mas Rafael berpisah .. Hmm , apa itu yang terbaik bik?" Sebutir air mata jatuh.

"Puan, aku ngak bisa omong lebih-lebihan. Hal rumah tangga mu puan. Tapi, Rafael sebagai suami, dia salah.. Kenapa kamu diperlakukan seperti ini? Ini ngak adil.." Bibik Milan menepuk bahu Kayla dan segera meminta diri..

Kayla merebahkan tubuhnya di atas sofa sambil memerhatikan wallpaper telefon bimbitnya. Gambar Rafael dan Haraz menghiasi wallpapernya. Dia tersenyum dengan air mata yang berlinangan. Dahulu, Rafael dan Haraz merupakan sumber kekuatannya namun, sekarang dia cuma punya Haraz. Firasat sebagai seorang isteri kuat menyatakan bahawa Rafael sudah tidak mencintainya lagi , tapi dia degil dan tetap menidakkan firasat itu. Kayla tiba-tiba sahaja mendapat akal untuk berkunjung ke penthouse Rafael.. Beberapa bulan lalu dia pernah berkunjung ke sana bersama Haraz namun, seperti biasa Rafael hanya akan muncul di lewat malam dan pergi di awal pagi...

Dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya dan menyalin pakaian. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam dan dia tidak mengharap Rafael untuk pulang. Sehelai hoodie berwarna pink menutupi tubuhnya. Jeans separas paha disarungkan dan dia segera mencapai kunci kereta dan beg tangannya. Sebelum turun ke bawah, dia sempat menjenguk anaknya, satu ciuman dihadiahka ke dahi Haraz. Tidur yang lena sayang. Malam ini kita bakal mengetahui kebenarannya bisik hati Kayla. Kayla melangkah dengan persaan ingin tahu yang tinggi, dia nekad untuk mencari jawapan.

Toyota Camry berwarna hitam meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Jam sebegini kota Jakarta masih dibanjiri dengan kesesakan lalu lintas. Kayla memicit kepalanya apabila hampir 15 minit tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Lagu alunan Kina dan Adriana membuatkan dia menghayal.. Lagu yang berjudul Can we kiss forever itu membuatkan dia teringat akan Rafael. Kasih sayang Rafael kepada dirinya yang dahulunya tidak pernah berbelah bahagi kini hanya tinggal kenangan dan Kayla berharap agar they can kiss each other, forever... Apabila kesesakan lalu lintas mula reda, dia menekan sepenuh hati pedal minyak keretanya.

Sesampainya di The Ritz-Carlton Jakarta, Mega Kuningan, Kayla memakirkan keretanya betul-betul dihadapan hotel itu. Pengawal keselamatan pada mulanya melarang dia meninggalkan keretanya di sana namun, apabila mereka perasan itu isteri kepada pemilik terbesar hotel itu, mereka hanya membiarkan Kayla pergi. Dia melangkah dengan perasaan bercampur baur menuju ke kaunter pendaftaran. Seorang pemuda yang sebayanya mengucapkan selamat datang dengan senyuman yang tidak lekang.

"Rafael ada di penthousenya?" Sapa Kayla.

"Maaf non. Kamu siapa ya? Tuan Rafael ngak membenarkan kami mendedahkan identitinya..."Kata pemuda tadi.

"Puan Kay! Lama ngak kelihatan!" Wanita yang agak berumur itu menyiku pemuda tadi dan menyuruhnya ke belakang.

"Aku baik-baik aja , Lisa." Kata Kayla.. Dia kenal akan Lisa.

"Rafael ada di penthousenya?" Kayla kembali mengajukan soalan yang sama.

"Ah, rasanya ada... Aku juga ngak pasti." Lisa kelihatan gusar dan cemas.

Syurga Yang Ku RindukanWhere stories live. Discover now