"Cepat Haraz , nanti terlewat ke tadika!" Kayla membetulkan skirt pensilnya yang sedikit longgar dari sedia kala. Haraz yang dari tadi duduk termenung segera meneguk secawa susu panas dan memakan sandwich yang terhidang.
"Ma,papa ngak ikut sarapan sekali?" Haraz memerhatikan sekeliling mencari kelibat papanya.
"Papa sudah ke kantor." Acuh tak acuh Kayla menjawab. Seawal pukul 6 pagi lagi dia terdengar Rafael meninggalkan rumah.
"Selesai sarapannya? Bekal kamu jangan lupa ya." Kayla mencapai beg Haraz lalu meletakkan bekas bekal Haraz ke dalam beg.
"Ayo mama." Haraz menggengam erat tangan mamanya. Dia seolah dapat merasakan mama dan papanya bertengkar.
Kayla menekan pedal minyak dengan selamba dan meninggalkan perkarangan rumah. Hari ini merupakan hari pertama Haraz ke tadika , dia tidak ingin anaknya itu lewat pada hari pertamanya. Dia mencuri pandang Haraz yang duduk di kerusi keselamatan bayi , mukanya persis sekali seperti Rafael. Senyuman pahit terbit di wajah manisnya. Perjalanan dari rumah ke Tadika yang mengambil masa dalam 20 minit itu dirasakan sungguh lama bagi Kayla , ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas.
"Ma, kapan kita kembali ke Malaysia?"
"Kamu mau sayang? Kembali ke hampung halaman mama? " Kayla tergelak riang mendengar pertanyaan putera sulungnya itu.
"Mahu dong ,ma. Aku pengen sekali berjumpa dengan tante Mai. Aku ingin melawat Gunung Kinabalu , makan makanan Malaysia.. Dan macam-macam." Haraz menggambarkan perasaannya dengan penuh semangat.
"Ya nanti cuti sekolah kita ke Malaysia ya."
"Yeay! Baik ma.. Tapi ma, papa ngak usah ikut ya.. Papa kerjanya sibuk terus.." Rungut Haraz.
"Of course sayang. Cuma kita ya. Papa banyak kerja." Kayla mengeluh.
Perjalanan diteruskan lagi. Mereka hanya mendiamkan diri selepas perbulan itu diakhiri dengan menyebut nama Rafael , yang semakin asing dalam kehidupan mereka. Kata-kata Haraz membuatkan Kayla berfikir sejenak... Malaysia kampung halaman ku. Dia tersenyum manis apabila kotak memorinya mula menyiarkan ingatan indah mengenai kampung halamannya. Hatinya rindu akan Malaysia lebih-lebih lagi sudah hampir 5 tahun dia tidak kembali ke tanah airnya.
"Baik, we are here. Haraz promise dengan mama Haraz baik-baik saja ya. Jangan nakal-nakal dan dengar kata ibu guru." Kayla menghadiahkan ciuman ke dahi Haraz.
"Ya ma. I promise." Haraz mencium tangan ibunya sebelum melambaikan tangan dan meninggalkan Kayla.
Kayla merasa terharu melihat Haraz yang kini sudah pun memasuki alam persekolahan. Biarpun baru berusia 3 tahun, Kayla tetap berkeras untuk memasukkan Haraz ke tadika biarpun hanya Play School. Baginya, Haraz harus diberi pendedahan awal kepada alam persekolahan , dia menanam azam agar anaknya itu cinta akan dunia pelajaran. Haraz cukup bertuah kerana lahir di dalam keluarga Rafael yang berada, tidak seperti dirinya dahulu, sekolah cukup serba kekurangan. Hidupnya miskin dan tidak berpeluang langsung untuk belajar di sekolah swasta seperti Haraz.
'Kamu harus kuat.' Bisiknya kepada dirinya sendiri. Kayla kembali ke kereta sambil memandu tenang. Sudah hampir 6 bulan dia tidak melawat galeri miliknya yang terdapat di ibu kota Jakarta. Ini semua kerana Rafael tidak menyuruhnya mengerjakan pekerjaan di galeri , baginya dia sudah cukup mampu untuk memberi nafkah kepada Kayla dan Haraz. Namun, minat Kayla terhadap dunia seni membuatkan dia terus berkeras kepala. Lagipun, dia ingin terus berjaya sendiri tanpa pertolongan sesiapa pun. Percuma dia berhempas pulas untuk mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya dalam bidang seni jika dia mengharapkan wang Rafael.
"Selamat pagi, bos." Krishna melambai-lambai ke arah Kayla yang tersenyum manis.
"Selamat pagi , Krishan. I miss you guys so much!!" Kayla mengekek sambil memeluk Krishna.
YOU ARE READING
Syurga Yang Ku Rindukan
RomanceKayla Zahara, seorang Seniwati terkenal kelahiran Malaysia beranggapan dia telah menemukan segala kebahagiaan di dalam kehidupannya setelah perkahwinannya yang hampir mencecah usia 2 tahun bersama Rafael Gunawan dikuriakan dengan kelahiran putera su...