Tetap sabar

1 0 0
                                    

"Selamat pagi kelas Hari ni aku mau kalian menghasilkan karya kalian sendiri.. Aku ingin menilainya di sore hari.. Kamu bebas melukis apa pun.. Kalau kalian ingin melihat lukisan ku sebagai bahan rujukan juga bisa." Kayla menguntum senyum manis kepada anak didik seninya yang seramai 7 orang itu.

"Baik..." Jawab mereka serentak.

Kayla mendekati meja kerjanya di dalam bilik seni dan segera mencapai telefon bimbitnya. Message dari Krishna dibuka pantas , jarang sekali Krishna mengirim message kepadanya..Lebih-lebih lagi apabila Krishna bercuti pada hari ini dan dia hanya ditemani pekerja barunya,Ashraf. Belum sempat Kayla membuka message dari Krishna, Miller mendekatinya dengan senyuman manis di wajahnya yang kacak. Di tangannya terdapat banyak kesan palitan warna air.

"Ya?" Kayla mengangkat kedua keningnya sambil membalas senyuman Miller.

"Kay , kamu sudi ngak lunch dengan aku?"

"Oh, lunch? Erm , rasanya boleh.. Okay!" Kayla tidak sangka dia tidak menolak perlawaan Miller.

"Thanks Kay.." Miller tersenyum sebelum meninggalkan Kayla yang terkaku seribu bahasa.

"Kay kay.." Kata Kayla lalu meletakkan semula telefon bimnitnya di atas meja dan segera beredar mengelilingi kelas seninya.

Kayla memerhatikan hasil karya anak didiknya satu persatu. Rata-rata belum ada yang selesai menghasilkan karya, Miller pula kelihatan khusyuk menyelesaikan tugasnya. Sengaja Kayla tidak menjengkuk Miller kerana masih binggung akan permintaan Miller tadi. Tapi, fikirnya tiada salah dia makan siang bersama anak didiknya. Lagi pula, Miller merupakan bekas pekerja suaminya. Dia memerhatikan wajah kacak Miller dari kejauhan. Mata redupnya yang berwarna coklat itu sungguh indah, dihiasi lagi dengan hidung mancungnya serta bibirnya yang kemerah-merahan.. Dia yakin wanita Indonesia pasti tergila-gilakan dia, bahkan bukan sahaja Indonesia malah satu dunia.

"Itu aku?" Kayla terkejut melihat hasil karya Miller yang lumayan cantiknya.

"Ya.. Kamu." Fokusnya tidak hilang dan tangannya masih ligat menari di atas canvas.

"Wow.. Indah." Kayla memeluk tubuh sambil berdiri di belakang Miller.

"Seperti mu.." Tanganya berhenti melukis dan satu senyuman manis dihadiahkan kepada Kayla.

"Ah, merepek." Kayla tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.. Dia perlahan-lahan meninggalkan Miller.

"Aku serius." Kata Miller.

"Millerrr...." Kayla membesarkan matanya sambil tertawa.

"Sorry bu guru!" Miller mengenyitkan matanya.

Waktu itu, jantung Kayla bagaikan ingin terhenti melihat gelagat Miller yang memikat hati. Namun, dia sedikit pun tidak terkesan dengan perbuatan Miller tadi, mungkin saja dia bergurau bisik hati Kayla. Lagi pula, cintanya masih utuh untuk Rafael dan dia tidak mungkin bisa mencintai mana-mana lelaki yang menaruh hati kepadanya. Dia terus melangkah perlahan sambil memerhatikan hasil-hasil seni anak muda Jakarta.. Kebanyakan mereka yang menyertai kelasnya memang sudah handal dalam dunia seni.. Dan dia cukup bangga kerana mereka masih ingin menuntut ilmu darinya..

"Okay guys.. Cukup sampi di sini kelas kita.. Tugasan yang belum selesai ngak apa-apa. Lusa kita berjumpa lagi ya!" Kayla memerhatikan jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 1 petang. Kelasnya biasanya berlangsung setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, bermula 8 pagi ke 1 petang.

"Lunch ...." Sapa Miller lalu keluar meninggalkan kelas.

"Ya ya." Kayla tertawa melihat gelagat Miller . Dia mematikan suis penghawa dingin dan menutup pintu kelas sebelum melangkah ke pejabatnya untuk mengambil beg tangannya.

Syurga Yang Ku RindukanWhere stories live. Discover now