Haraz Mikhael

1 0 0
                                    

'Selamat ulang tahun ... Selamat ulang tahun , selamat ulang tahun Harraz , panjang umurnya...'  Lilin pada kek ditiup penuh semangat oleh Haraz.

"Selamat ulang tahun ke tiga sayang. Mama harap kamu panjang umur dan terus menjadi anak yang pintar , ya!" Kayla mengucup lembut pipi putera sulungnya itu.

"Terima kasih mama kerana telah melahirkan Haraz ke bumi." Haraz memeluk erat pinggang ramping ibunya.

"Ayo , Haraz dimakan keknya." Bibik Milan memotong kek tadi kepada potongan kecil.

"Ayo makan Arman. Jangan malu-malu.. Haraz kamu makan duluan ya , mama mahu ambil telefon.." Kayla mengusap lembut kepala Haraz.

"Ma, papa ngak pulang lagi ya? Sambutan ulang tahun ku juga papa ngak muncul muncul." Pertanyaan Haraz membuatkan Kayla berhenti melangkah.

"Papa sibuk sayang. Sebentar juga papa balik .. Okay?" Kayla tersenyum pahit dan terus melangkah meninggalkan mereka.

Kayla menutup rapat pintu biliknya dan duduk terkulai menyandar di pintu. Air matanya jatuh tanpa dijemput , hatinya hancur dan sudah tidak kukuh mengenangkan nasib 'masjidnya yang diambang keruntuhan'. Entah apa dosanya sehingga Rafael kini benar-benar asing kepadanya dan Haraz. Sudah hampir setahun Rafael tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami dengan bernas. Dia nekad ingin mencari jawapan sebenar yang membelenggu fikirannya.

"Mas.. Kamu di mana? Majlis ulang tahun Haraz sudah selesai." Ungkap Kayla apabila talian terus disambungkan kepada Rafael.

"Maaf Kayla. Aku lagi sibuk , nanti malam kita keluar sambut ulang tahunnya." Mendatar sahaja nada suranya.

"Kayla? Kamu kenapa sih mas?!" Darah Kayla tiba-tiba sahaja naik. Jarang sekali Rafael memanggilnya dengan namanya.

"Sayang. Sudah , sekarang bukan masanya ya.. Aku tu penat kok! Kerjaku juga berlambak." Talian segera diputuskan..

"Apa maunya sih?" Seorang wanita yang baring manja di peha Rafael bangun lalu memeluk tubuhnya.

"Aku lupa majlis ulang tahun Haraz." Rafael mengeluh lalu meruap mukanya.

"Kapan sih kamu bakal menceraikan dia?!" Wanita itu berdiri dan membuang pandang ke luar jendela kaca yang menghiasi ruang tamu kondominium mewah itu.

"Stop it Rini. Aku belum bisa." Rafael mengeluh panjang.

"Belum bisa?! Emang kenapa? Kamu masih cintakan dia bukan?! Kamu sadar ngak kamu itu sudah menidurin aku ! Pantasnya kau berpisah dengannya sekarang!" Suara nyaring Rini membuatkan Rafael rimas.

"Argh! Cukup!" Rafael segera meninggalkan Rini yang bingit itu.

"Haraz , ayo mandi. Papa sebentar lagi pulang... And he's going to take us out.." Kayla memeluk erat anak kesayangannya itu.

"Yeayyy! Baik mama!" Kucupan dihadiahkan di pipi Kayla sebelum Haraz menghilang ke dalam bilik air.

Kayla menyarungkan gaun separas lutut berwarna hitam yang cukup menawan. Sudah lama rasanya dia tidak berhias seperti ini. Dia memandang dirinya di dalam cermin meja solek , dia tersenyum pahit. Mungkin Rafael sudah tidak merasakan dia menarik lagi sebab itu lah Rafael kurang memberikan perhatian kepadanya. Air mata yang ingin sekali jatuh ditahan sekuat hatinya... Rambut ikalnya separas pinggang dikemaskan sebelum mengenakan solekan pada wajah mulusnya.

"Mama , you look so beautiful!" Haraz tersenyum lalu memeluk tubuh ibunya.

"Benar? Kamu ngak tipu kan??" Kayla menggeletek manja tubuh kecil Haraz.

"Hahaha , ya mama . Sumpah , mama kelihatan cantik banget." Haraz memeluk Kayla seeratnya.

"Haraz , kamu sudah siap ..." Pintu yang dikuak mengejut membuatkan Kayla dan Haraz membisu.

Syurga Yang Ku RindukanWhere stories live. Discover now