BAB 2

66 7 0
                                    

"ALYA, kau dah nak balik?"

Isma memandang kawannya sebaik usai mesyuarat tadi. Alya hanya mengangguk. Dia memandang pula laporan yang ada di tangan Isma.

Alya baru selesai bermesyuarat bersama staf lainnya di Trio Adventure Sdn Bhd yang baru sahaja ditubuhkan. Penubuhan kumpulan itu boleh dikatakan masih setahun jagung. Kira-kira dua tahun lalu. Penubuhan Trio Adventure mendapat perhatian meluas dalam media sosial.

Trio hikers. Idea penubuhan kumpulan pendakian ini bermula daripada Asyraf yang merupakan pengasasnya. Asyraf menjadikan minatnya itu sebagai kerja sampingan kerana dia sudah pun memiliki kerja tetap sebagai jurutera. Isma pula penolong jurutera. Mereka pernah bekerja di tempat yang sama.

Isma berhenti kerana nak menumpukan pada minatnya. Alya dan Isma bekerja di Trio Adventure sampai ke saat ini. Alya sudah lama berkawan baik dengan Isma kerana mereka juga jiran sekampung.

"Aku excited pula bila ingat pasal ekspedisi kita."

"Tak sabar. Kan?" Isma teruja.

Alya gelak kecil.

"Tema kita kali ni tentang pembersihan alam sekitar, kan?"

"Ha'ah, Asyraf minta aku sediakan laporan dengan jadual aktiviti nanti." Isma balas dengan senyuman.

"Kau rasa, Alya, apa lagi eh yang aku nak kena masukkan dalam laporan ni nanti? Kau ada cadangan lain tak?"

Alya berfikir sejenak.

"Hmm... selain tu, kita nak kena bagi maklumat kepada peserta tentang hal-hal iklim hutan. Kau masuk ajelah sikit pasal tu pun, kira okey dah. Lepas tu, buatlah research sikit pasal gunung yang kita nak pergi tu. Paling penting, bagi penekanan tentang keselamatan kepada mereka. Tak naklah grup kita ada masalah nanti."

"Akulah, kena fikirkan pasal makan dan minum kita."

"Itu biasalah, Alya. Kau kan dah biasa dengan bab-bab makanan ni."

Isma menyiku lengan Alya. Alya menjeling.

"Amboi, bukan main kau ya. Nak kata aku kuat melantaklah tu."

Meletus tawa Isma.

"Alah, aku main-main ajelah. Janganlah ambil serius pula. Tapi selalunya kan, kalau kau yang jaga bahagian makanan, mesti sedap tau." Isma memuji.

Alya sengih. "Hah, tahu pun."

Alya selaku naib pengerusi bagi mesyuarat program aktiviti pendakian bersama kumpulannya baru saja selesai membuat pembentangan bajet. Mereka sudah membahagikan tugasan.

"Aku tak nampak pun Asyraf satu hari ni."

Isma tercari-cari.

"Dia beritahu aku semalam nak jumpa kawan," jawab Alya.

"Jumpa kawan? Siapa?"

Alya angkat bahu. Masih ligat mengemas meja kerja.

"Entah. Orang jauh katanya. Malas pula nak tanya lebih-lebih."

Isma diam akhirnya.

"Aku balik dulu tau. Jumpa kau esok."

"Yalah. Elok-elok, Alya."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Mereka berbalas lambaian.

Pintu pejabat ditutup rapat. Alya berlalu ke lif. Sebaik pintu lif terbuka, langkahnya terhenti.

Ada kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi tercegat di depan pintu masuk bangunan yang berdekatan dengan Sutra Beach Resort. Lelaki itu nampak khusyuk dengan telefon pintar di tangan. Gayanya seperti menanti kehadiran seseorang. Entah siapalah agaknya.

Mata lelaki itu beralih pula ke mukanya. Alya membalas dengan kerlingan sekilas. Buat seketika, pandangan mereka bertaut.

Hmm... tourist rupanya. Mukanya tak menampakkan langsung yang lelaki itu orang tempatan. Sekali tengok pun Alya sudah boleh mengagak.

Lelaki itu pandang dia lagi. Alya menjeling. Hatinya terdetik lagi. Handsome.

Hailah, sempat lagi berangan aku ni. Eh, kejap. Aku kan nak cari kunci kereta tadi. Alya meraba tas tangannya, sekali lagi mengerling lelaki tersebut.

Lelaki tadi sudah tiada di situ. 

.

.



ꜱᴜᴅᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴɢᴇʀᴛɪWhere stories live. Discover now