BAB 8

17 2 0
                                    

"MUMMY kau macam mana sekarang?" tanya Asyraf.

Mereka mengatur pertemuan di bilik penginapan Michael.

Tadinya, mereka minum petang di gerai makan tepi pantai. Masing-masing memesan keropok lekor, nasi dagang dan ABC. Asyraf tahu Michael menggemari keropok lekor sejak mula-mula sampai ke Terengganu.

"She's okay. Mummy aku..."

Asyraf membalas pandangan itu.

"Nampak happy bila dah berada di sini. Lama dia berbual dengan aku hari tu," ujar Michael.

Asyraf angguk faham. Dia tahu apa yang dimaksudkan Michael.

"Aku rasa mungkin Aunty Jeanne rindu dengan Malaysia. Yalah, dia kan dah bertahun-tahun tak jejakkan kaki ke sini. Aku rasa tak salah pun. Inilah masanya kau tunaikan permintaan dia. Tempat yang satu-satunya bagi dia ketenangan. Kau buat pilihan yang tepat dengan bawa dia ke sini. Kau sanggup ketepikan apa yang kau rasa.

"Aku tahu, Michael, kau dah terlalu banyak meluahkan pasal mummy kau. Derita dan kesedihan dia. Apa kata kau cuba buat dia gembira dengan pilihan dia? We have to respect her choice."

Michael mendiamkan diri. Benar seperti apa yang dikatakan Asyraf. Jeanne ada meluahkan dia rasa tenang sebaik tiba di negara ini.

Dia pula rasa sebaliknya. Apa yang dilakukan ini demi mamanya. Dia terpaksa menuruti permintaan Jeanne kerana dia teramat menyayangi ibunya itu.

"Satu lagi, mummy aku rindu nak aktif macam dulu. Dengan hobi dia yang suka menari balet di masa lapang. Bila jatuh sakit, dia tak dapat nak bergerak sangat. Dia nampak tertekan."

"Ya, setahu aku mummy kau dulu bekas ballerina, kan?"

Michael mengangguk.

"Kau tak pernah ke terfikir nak cari semula papa kau?" tanya Asyraf.

"What? No way." Michael geleng kepala.

Lebih baiklah dia terus tinggal bersama Jeanne. Dia sudah malas nak ambil peduli. Kerinduan terhadap papanya yang sesekali menjengah tangkai hati ditepis sejauh mungkin. Dia cuba melupakan kenangan lalu.

Bukannya Ben tidak pernah bercerita perihal siapa ayah kandungnya itu dulu. Sudah terlalu lama dia ditinggalkan. Sejak dia berusia tiga tahun.

"Aku datang sini pun sebab mummy aku yang beria-ia nak dapatkan rawatan di sini. She insisted. Macam dah tak ada negara lain yang bagus dari segi perubatan dalam dunia ni. Dah berapa banyak negara aku cadangkan dekat mummy aku."

"Sabar, bro. Aku faham. Kau nak mengelak daripada jumpa dengan papa kau kan."

Asyraf tak mahu Michael berprasangka buruk terhadap ayah kandungnya itu walaupun dia tahu, Michael selayaknya berfikiran begitu.

Hati siapa yang tak terluka apabila menjadi mangsa perceraian kedua-dua ibu bapa? Pastilah dia dahagakan kasih seorang ayah yang selama ini terpisah.

"Dia dulu, lebih dengar cakap atuk dan nenek aku. Itulah punca aku dan mummy ditinggalkan. Atuk dan nenek aku bukannya suka dengan mummy aku. Mereka tak suka dengan cara hidup mummy aku. Papa pula, lagi sanggup bercerai dengan mummy. He never truly cares."

Suara Michael seperti berjauh hati pun ada. Dia masih sukar memaafkan papanya.

Asyraf tahu Michael berdarah keturunan Melayu di sebelah ayahnya yang sekian lama terpisah. Namun, Michael lebih mewarisi darah keturunan Inggeris. Wajah Michael mirip mamanya.

Michael lahir pun di US. Sudah lama membesar di sana dengan gaya hidup masyarakat barat. Michael tidak didedahkan dengan budaya orang Melayu.

Jeanne turut pandai berbahasa Melayu. Wanita itu pernah tinggal bertahun lamanya di Malaysia atas faktor kerja. Dari situlah dia mengenali bekas suaminya.

ꜱᴜᴅᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴɢᴇʀᴛɪWhere stories live. Discover now