BAB 10

26 2 0
                                    

MICHAEL berdiri di sisi Jeanne yang baru selesai menjalani rawatan, memandang Jeanne yang berbaring di atas katil wad tersebut.

"I missed you, mom," kata Michael sebak.

"Missed you too, honey."

Jeanne menarik tangan anaknya ke dalam pelukan. Masing-masing berdakapan lama.

Michael menarik kerusi lalu duduk bersebelahan mamanya. Dia cuba menyembunyikan kedukaan itu.

Sejak akhir-akhir ini, dia kerap memikirkan keadaan kesihatan mamanya yang terlantar di hospital sejak beberapa bulan lalu lagi, semenjak mereka masih berada di US. Kata-kata doktor yang merawat mamanya masih diingati. Tak lama lagi, pembedahan itu bakal dijalankan.

Michael masih pelik dengan mamanya yang beria-ia mengajaknya menjalani rawatan di Malaysia. Seperti sudah tidak ada lagi doktor pakar lain. Bila ditanya, Jeanne langsung diam. Tidak meluahkan apa-apa.

Syarikat milik Jeanne akhirnya diserahkan kepada Ben iaitu abang kandung ibunya buat sementara waktu.

"Do you want to see him?"

Michael memaksudkan papanya. Mungkinkah itu tujuan sebenar mamanya?

Tangan mamanya disentuh, diramas lembut.

Jeanne tersenyum. Genggaman itu dibalas. Tenang hatinya apabila anaknya ada di sisi menemani. Michael datang menjenguk setiap hari. Ada sekali dengan Asyraf. Michael cukup merisaukan dirinya walaupun puas dia memujuk. Mengatakan yang dia okey.

Dia menggeleng perlahan. Membalas pandangan anaknya.

"Why should I see him?" Jeanne bernada biasa.

Tidak langsung menampakkan tanda yang dia rindukan bekas suaminya.

Michael menunduk, memikirkan kata-kata itu. Mana mungkin mamanya ada hati nak bertemu ayah kandungnya itu. Mereka tahu lelaki itu masih ada. Mereka sengaja tidak mahu mencari lelaki itu.

Michael tidak mengharapkan ada pertemuan dengan papanya. Baginya, lebih baik hubungan itu terputus disebabkan papanya sendiri yang nekad meninggalkan dia dan mamanya.

Michael perasan mamanya tidak berminat sebaik topik perbualan itu berkisar tentang papanya. Dia fikir, mamanya datang ke sini kerana mahu berjumpa papanya.

Jeanne menoleh. Hanya memandang mukanya. Mamanya seperti tengah mengelamun entah fikirkan apa.

"You have to tell me." Michael menggesa.

Jeanne menarik nafas, menghembusnya perlahan. Pipi kanan anaknya dipegang. Diusap penuh kasih.

"Michael, mummy nak... Michael belajar semula. Belajar Melayu dan Islam. This is where you belong." Jeanne berkata.

Dia menyebut satu per satu ayat dengan lambat-lambat. Walau bunyinya tidaklah fasih mana, dia masih ingat sikit-sikit apa yang pernah dipelajarinya dulu. Memanglah dia banyak berbahasa Inggeris dengan anaknya. Sesekali, dia cuba juga bercakap Melayu.

Jeanne perasan raut anaknya yang berubah sedikit.

"I know, mom. But the truth is..."

"Michael."

Jeanne memandang sepasang anak mata hazel itu. Sepasang mata yang mirip matanya. Michael benar-benar mewarisi sifatnya.

"I don't belong here. Don't you get it?" Michael berkeras.

Dia sememangnya dilahirkan di sana. Ini bukan tempat asal kelahirannya.

"Sebahagian kamu itu Melayu... You're a Muslim, Michael."

Michael meraup mukanya.

"I get it, mom. But I am not going to stay here much longer. I'm taking you back to the States. We are going back."

Anaknya itu bertegas. Raut Jeanne kesal.

"I don't have much time, honey."

"You're going to be okay, trust me."

Michael lekas menggeleng. Tidak suka Jeanne berkata begitu. Dia juga takut kehilangan mamanya.

Puas dia mengatakan sakit yang dihidapi mamanya pasti akan sembuh sepenuhnya. Yang penting, mamanya jangan berputus asa. Dia sanggup mengeluarkan belanja berapa pun. Asalkan dia tidak kehilangan mamanya.

Sehingga dia sanggup ketepikan perasaan sendiri demi menuruti keinginan Jeanne yang hendak ke Malaysia.

"Why now?"

Michael menarik nafasnya, bersama pandangan tajam. Mulai faham apa tujuan mamanya mahu kembali ke Malaysia.

"Because I'm scared..." Bergenang mata Jeanne.

"I'm sick, Michael. I don't know if I still got time." Sayu suara Jeanne.

Keluhan terbit dari bibir Michael. Jeanne sendiri memilih untuk dia dibesarkan dengan cara itu. Cara barat.

Sejak dia masih kecil, Michael tidak pernah merasakan gaya hidupnya sekarang menggambarkan dirinya yang sebenar. Kerana dia tahu, Islam tidak pernah mengajar begitu. Dia lebih terikut-ikut dengan kawan-kawannya. Dia mengakui dia tak pernah ambil peduli.

Namun, kadangkala, dia terasa bosan dan kosong dengan kehidupan sosial yang tidak menjamin apa-apa.

Namun, Asyraf banyak menyedarkannya. Banyak yang dia belajar daripada Asyraf. Apa yang dia tidak tahu dan perlu ambil tahu, seperti asas solat dan puasa.

Muka Jeanne dipandang. Mata mamanya tertutup rapat. Hanya nafas halus yang kedengaran.

Mamanya pula... mahukan dia supaya berubah. Dia faham, mamanya mahukan yang terbaik untuknya. Supaya dia mempelajari budaya itu.

Bagaimana dia mahu berubah dan lari daripada kebiasaan?

ꜱᴜᴅᴀʜ ᴀᴋᴜ ᴍᴇɴɢᴇʀᴛɪWhere stories live. Discover now