[ I Was Hurt And Hurt Again, But The Pain Will Not Go Away ]
" Cut! Cut! "
Muzik terus dihentikan sebaik sahaja mendapat arahan daripada sang ketua, Kim Hongjoong.
Serentak mereka semua memandang ke arah Mingi yang sedang mengambil nafas. Lelaki itu sedang meraup wajahnya frustasi.
Buat ke sekian kalinya, Mingi gagal untuk menari mengikut koreografi yang dirancang.
Fikirnya, Hongjoong mahu memarahinya. Namun sangkaannya salah sama sekali.
" Gwenchana? "
Soalan yang keluar dari mulut si ketua, membuatkan Mingi mendongok, memandang ke arahnya dengan tatapan bersalah.
" I'm sorry. I mess it up. " Ucapnya dengan suara mendatar. Bibirnya diketap perlahan.
Dia pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Kenapa dia tidak dapat menari dengan betul sedangkan dia juga main dancer? Sama dengan Yunho.
Disebabkan dia, muzik terpaksa dihentikan beberapa kali. Sehingga mengganggu ahli-ahli yang lain.
Ya, semuanya salah kau!
Memalukan! Kau main dancer, tapi tarian senang macam ni pun tak boleh buat!
Kau dah menyusahkan ahli-ahli yang lain.
Kau bukan visual macam Yeosang dan Seonghwa! Kau bukan rapper yang hebat macam Hongjoong! Kau tak ada suara merdu macam Jongho! Kau tak ada ramai peminat macam San! Dan kau juga bukannya dancer macam Wooyoung dan Yunho!
Kesemua pernyataan itu sekali gus menyerang pemikiran Mingi. Membuatkan jejaka itu sedar yang...
Kau tak layak ada dalam kumpulan ni!
Ateez tak perlukan kau! Atiny takkan jadikan orang yang tidak berkebolehan seperti kau sebagai idola mereka!
Kau tak penting!
Kau... Cuma beban dalam kumpulan.
Ya, kini Mingi sedar yang dia sememangnya tidak layak.
Ateez akan jadi lebih baik... Tanpanya bukan?
" Mingi? "
Mingi akhirnya keluar dari bisikan-bisikan negatif yang membelenggu. Dia memandang ke arah semua ahli yang kini sedang mengelilinginya. Memandang ke arahnya dengan dengan riak bimbang.
" Gwenchana. Aku rasa kau penat. " Wooyoung berkata sambil meletakkan tangannya di bahu Mingi. Cuba untuk menenangkannya.
" Hyung, kita boleh rehat sekejap kan? "
Setelah mendapat persetujuan daripada Hongjoong, mereka beransur keluar dari practice room. Sebahagian daripada mereka menuju ke 7Eleven yang berada di tingkat bawah. Manakala sebahagian lagi menuju ke tandas.
Tinggallah Yunho dan Mingi sahaja. Berdua-duaan di dalam.
Yunho memerehatikan Mingi melalui ekor matanya.
Degil. Hongjoong dah bagi rehat, tapi lelaki itu seperti tidak mengendahkan arahan itu. Muzik berkumandang sekali lagi.
Mingi memandang ke arah refleksi dirinya pada cermin satah yang berada di hadapan. Cuba untuk membetulkan pergerakan tariannya yang salah.
" Min, aku nak cakap dengan kau. "
" Not now, Yunho. Aku— "
Kata-kata Mingi terhenti, begitu juga dengan tariannya apabila Yunho bertindak untuk memegang lengannya. Menatap ke arahnya dengan tatapan mengharap.
" Please... " Pinta Yunho.
Mingi mendengus perlahan. Muzik dihentikan. Badannya berdiri statik di hadapan Yunho dengan kedua belah tangannya disilangkan ke dada.
" What? "
" Now, bagitau aku apa masalah kau. Kau tak boleh tipu aku, Min. I can see it in your eyes. "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》MISSING YOU | 송민기
FanfictionKami menghitung hari... Biarpun memakan masa, Kami akan terus menunggu.