[ But I'm Used To Just Holding It In ]
Sejak kejadian di bilik latihan dua minggu lepas, mereka berdua tidak bertegur sapa sehingga sekarang.
Hanya bercakap apabila ada perkara penting yang hendak dibincangkan.
Yunho menjauhi Mingi kerana dia masih terkilan dengan kata-kata Mingi tempoh hari.
Mingi menjauhi Yunho kerana rasa bersalahnya terhadap lelaki itu semakin menebal.
Mereka jarang bergaduh. Ini kali pertama. Jadi dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki itu.
Mingi menghela nafasnya berat. Pensel yang berada ditangannya dihempas ke meja dengan frustasi. Mukanya diraup kasar.
Stres.
Itulah apa yang dirasainya sekarang. Begitu banyak perkara yang bermain-main di benak kepalanya sehingga idea lirik lagu yang mahu ditulis pun hilang entah ke mana. Sudahlah dia kena bagi lirik tu kepada Hongjoong esok.
Takkan dia nak bagi kertas kosong?
Tangannya yang kini sedang menggeletar itu cuba ditenangkan. Nafasnya turun naik dengan tidak teratur. Kepalanya terasa sedikit pening.
Entah kenapa. Setiap kali dia berasa resah, simptom seperti yang dinyatakan di atas akan berlaku.
Macam mana kalau Hongjoong hyung marah?
Macam mana kalau Eden hyung kecewa?
Song Mingi, kau memang tak guna. Apa je yang kau boleh buat? Menari tak boleh. Tulis lirik pun tak boleh. Kau tak ada function!
Macam mana kalau Atiny tak suka lagu yang kau tulis?
Dahlah Mingi. Kau tak layak.
Leave Ateez.
Ateez akan jadi lebih baik jika bertujuh. Ateez tak perlukan kau.
Mingi menggelengkan kepalanya dengan air mata yang laju menuruni pipi. Telinganya ditekup rapat, menghalang bisikan-bisikan syaitan itu daripada terus mempengaruhi pemikirannya.
Rasa sakit di kepalanya semakin mencucuk-cucuk. Membuatkan air mata jantannya semakin lebat membasahi pelupuk mata.
" Aku bekerja keras... Sebab nak banggakan parents aku. Aku nak naikkan nama Ateez. Aku nak gembirakan orang dengan lirik dan lagu yang aku buat... "
Dengan lirih Mingi berkata. Bibirnya diketap perlahan dengan tanggisan yang masih sayup-sayup kedengaran.
" But why did everything turn out to be wrong? "
Suara tanggisan yang tidak terlalu kuat memenuhi setiap ceruk bilik.
Mingi menyeka air matanya. Cuba untuk menenangkan diri. Risau sekiranya ada member yang akan masuk dan melihatnya dalam keadaan sebegini.
Mingi... Bukanlah seseorang yang suka menangis di hadapan orang lain.
Dia lebih rela menanggung kesedihan seorang diri daripada berkongsi dengan orang lain. Dia lebih rela memalsukan senyuman agar orang lain tidak nampak dukanya.
Setelah Mingi berjaya menenangkan diri, telefon pintarnya dibuka. Berniat untuk berehat buat seketika dan mengosongkan fikiran.
Namun ada satu artikel yang menarik perhatiannya.
" Tanda-tanda anda mengalami anxiety? "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》MISSING YOU | 송민기
FanficKami menghitung hari... Biarpun memakan masa, Kami akan terus menunggu.