[ I'll Be There ]
" Yun? Dah kenapa sedih je muka kau? "
Teguran daripada seseorang menyedarkan Yunho daripada lamunannya. Dia menatap ke arah Seonghwa lalu mengukirkan senyuman kelat.
" Tak adalah. Cuma Mingi... Tak makan malam. Aku risau. "
" Eo, Mingi? "
Serentak mereka berdua memandang pula ke arah Hongjoong yang duduk di sofa.
" Memang sekarang ni, dia jarang makan malam pun. Bukan hari ni je. "
Balasan daripada Hongjoong mengejutkan Yunho.
" Hyung! Kenapa hyung tak paksa je dia? Kalau dia sakit macam mana? " Giliran San pula berkata. Nada suaranya kedengaran cemas.
Manakala Yunho, dia masih tercengang-cengang mendengar kata-kata Hongjoong
Kebelakangan ini Yunho, San, Seonghwa dan juga Jongho begitu sibuk dengan sesi shooting untuk drama terbaru mereka. Oleh sebab itu, mereka selalu pulang ke dorm agak lewat daripada biasa.
Jadi Yunho jarang dapat meluangkan masa dengan Mingi apatah lagi memantaunya. Sudahlah mereka bukan roommates.
" Nak paksa macam mana? Kau kenalkan Mingi tu. Tak suka dipaksa. Kita orang pujuk baik-baik pun dia tak nak. " Wooyoung membalas.
" Hyung... Tak rasa pelik kenapa dia berubah? "
Dalam sekelip mata, perhatian mereka semua tertumpu je arah ahli yang paling muda, Jongho.
" Maksud kau? " Soal Yeosang.
" Mingi hyung macam dah senyap sekarang. Tak macam dulu. Berbual dengan kita pun dah jarang. Selalu termenung dan menyendiri. Aku risau, hyung. " Ujar Jongho, mengungkapkan perasaan galau yang bersarang di hati.
Dengan serta merta, suasana bertukar senyap. Masing-masing melayani perasaan sendiri sambil memikirkan tentang Mingi.
Seonghwa yang perasan akan riak wajah Yunho yang kelihatan resah itu, menggosok belakang jejaka tinggi itu untuk menenangkannya.
" Kita bincang fasal ni esok, okay? Dah lewat nalam ni. Kau pun belum makan lagi kan, Yun? Nak hyung teman? "
Ya, Yunho mahu. Rancangannya tadi, dia mahu makan dengan Mingi sebab mereka berdua sudah lama tidak meluangkan masa bersama akibat jadual mereka yang padat.
Sebab tu dia agak terkilan... Apabila Mingi menolak ajakannya.
Tapi Seonghwa, lelaki itu mesti penat setelah seharian mereka bekerja hari ini. Jadi Yunho tidak mahu menambah bebannya.
" It's okay. Hyung rehatlah. " Yunho menolak secara baik dengan senyuman yang cuba untuk dimaniskan.
" Kau pun sama. Lepas makan tu mandi dulu. Mandi air suam. Jangan terus tidur. Demam nanti baru tahu. "
Yunho tertawa kecil. Gaya Seonghwa membebel tidak ubah seperti ibunya. Ingatkan lepas jadi idol, telinganya sudah bebas daripada sebarang bebelan yang menyengatkan telinga.
Namun tidak. Muncul pula klon ibunya iaitu Seonghwa yang membebel tidak kira waktu dan tempat.
" Arasseo, hyung. "
Yunho tersenyum nipis sebelum melangkah ke meja makan.
Tapi mindanya sekarang... Masih terfikirkan tentang Mingi.
•
•
•
YOU ARE READING
《C》MISSING YOU | 송민기
Hayran KurguKami menghitung hari... Biarpun memakan masa, Kami akan terus menunggu.