9

177 28 42
                                    

[ Thank U For being On My Side, In This Hard World We Can Lean On Each Other ]



Berita tentang Mingi yang hiatus buat sementara akibat anxiety telah menular di media sosial. Sememangnya ketiadaan Mingi memberikan kesan yang begitu mendalam buat Atiny.

Lagi-lagi apabila Mingi tidak dapat menyertai comeback pada bulan Mac mendatang. Hanya Atiny sahaja yang faham betapa peritnya melihat idola kesayangan mereka comeback tapi tak cukup member.

Namun mereka cuba memahami situasi itu dan tetap menyokong Mingi walaupun dia tiada.

#weloveyoumingi
#getwellsoonmingi

Hashtag itu telah menjadi trending demi menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu.

Yunho menghela nafasnya perlahan. Dia berjalan dengan terhuyung-hayang menuju ke arah katil. Lantas badannya direbahkan pada tilam empuk itu.

Bulan ini merupakan bulan yang melelahkan buat mereka. Content untuk Universe, persediaan untuk Kingdom, penggambaran drama Imitation dan juga comeback mereka.

Jadual mereka begitu penuh sehingga waktu tidur mereka juga terganggu. Mereka hanya tidur selama tiga jam dalam sehari.

Yunho memajamkan mata. Ada satu jam lagi sebelum latihannya yang seterusnya bermula. Jadi ada baiknya sekiranya dia melelapkan mata buat seketika.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke alam mimpi, bunyi deringan telefon menganggu lenanya. Yunho mendengus perlahan.

Dengan mata yang masih tertutup, tangan panjangnya itu cuba untuk mencapai telefon pintarnya yang berada di atas kabinet. Punat hijau ditekan tanpa melihat ke arah nama si pemanggil.

" Hmm... Yeoboseyo? "

Suara Yunho kedengaran serak kerana terlalu penat.

"  Laa... Kau tengah penat ke, Yun? Sorry kacau. "

Sebaik sahaja mendengar suara yang familiar itu, mata Yunho terus terbuka luas. Dia menukar posisi baringnya kepada duduk.

" Taklah, Min. Mana ada aku penat. Kau tak kacau aku pun. " Laju Yunho membalas. Tidak mahu Mingi memutuskan panggilan itu.

Sudah tiga bulan Mingi bercuti. Tipulah jika Yunho kata yang dia tidak rindu akan sahabat baiknya itu. Dia mahu menelefonnya tapi dia khuatir yang dia akan mengganggu waktu rehat Mingi.

Tawa kecil kedengaran melalui corong telefon.

" Tak payah tipu akulah. Aku kenal dengan kau dah bertahun-tahun. Aku tahu kau tengah penat. Jadual kau orang padat, ya? "

Balasan daripada Mingi membuatkan Yunho tersenyum nipis.

" Padat sangat. But everything is fine. "

" Ah, I feel bad. Sorry sebab tak dapat join kau orang. "

" Yah, yah. Jangan la cakap macam tu. Kau sepatutnya fokus dengan sesi pemulihan kau. Jangan risau sangat fasal comeback. Semua dah settle. " Bebel Yunho. Tidak suka jika Mingi menyalahkan diri sendiri.

" Macam mana dengan sesi kaunseling kau? "

" It's fine. I'm getting better. Doktor kata aku ada banyak peningkatan. "

Yunho menghela nafasnya dengan lega. Segaris senyuman terbit di bibirnya. " I'm glad then. "

" Yun, kau tahu tak... Dulu... "

Yunho hanya senyap. Menunggu Mingi untuk menyambung ayatnya.

" — Dulu, aku rasa semuanya macam tak kena. Aku pernah terfikir... Kenapalah aku jadi idol walaupun aku tak berkebolehan? Aku bukannya macam ahli-ahli Ateez yang lain. Kau orang semua talented. "

" Aku rasa diri aku ni useless. Tak layak dalam kumpulan. Aku insecure. Aku overthinking tentang semuanya. Aku juga pernah terfikir untuk keluar dari Ateez. But. .. "

" — But you know what? I can't. Sebab aku tak nak kehilangan Ateez. Kawan susah senang yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. Lagi-lagi kau, Yunho. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Thank you for being on my side. Thanks for everything."

Senyap.

Mingi berasa pelik apabila Yunho tidak membalas apa-apa. Adakah panggilan terputus?

" Yunho– "

" Hiks! "

Ya, panggilan tidak terputus. Yunho tidak membalas kerana dia sedang menangis.

Sebak kerana ucapan yang mengharukan daripada Mingi dan juga rasa bersalah kerana Mingi perlu berdepan dengan hari yang menyukarkan seorang diri.

" Yunho-ya... Janganlah menangis. Aku ni tak retilah nak pujuk orang. "

Yunho hampir tergelak apabila mendengar nada cemas Mingi. Air matanya dikesat dengan lengan baju.

" Yah, jangan pernah fikir macam tu. Mestilah kau layak dalam group ni. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Termasuklah kau. Eight makes one team. Tanpa seorang, kumpulan kita takkan lengkap. "

" Atiny pun takkan gembira kalau kumpulan kita tak cukup. Jadi aku harap yang kau faham. Ateez need you. Atiny need you. Jadi janji dengan aku yang kau akan datang balik? "

Mingi tersenyum nipis dengsn air matanya yang mengalir perlahan menuruni pipi " I promise. By the way, Yunho. Boleh tolong sampaikan kata-kata aku dekat Atiny? "

Yunho menjungkitkan keningnya.
" Apa dia?  "

" Please wait for me. Don't be sad because of me. Sooner or later, I will come back. Boleh tolong cakap dekat Atiny, Yun? "

Yunho tersenyum sebelum berkata,


" Yes, I will. "







• the end •



A/N : ya allah, aku dan ending ke laut berpisah tiada

《C》MISSING YOU | 송민기Where stories live. Discover now