[ No, It's Not Fine]
Mingi agak kaget dengan soalan yang ditanya Yunho. Namun dia cuba untuk bertenang. Memasang riak muka yang bersahaja.
" Aku tak faham– "
" Don't play dumb. Aku tahu kau ada masalah. Kau lebih pendiam, kau suka menyendiri dan kau juga jarang bercakap dengan aku. Aku cuma tak faham. "
Yunho mendongakkan muka. Memandang tepat ke arah wajah Mingi.
" Kenapa kau rahsiakan daripada aku? Persahabatan kita dah tak macam dulu. Adakah aku penyebabnya? " Yunho mengetap bibirnya perlahan. Menahan air mata daripada keluar.
Ah, kenapa dia pula yang sensitif sekarang?
Mingi menghembus nafasnya kasar. Rambutnya diraup ke belakang. Kenapa Yunho begitu sibuk untuk mengetahui masalahnya?
" Yunho, boleh tak kau jangan menyibuk? Tak semestinya sebab kita berkawan baik, aku kena share semua masalah aku dekat kau. Tolong jangan jaga tepi kain orang lain. Aku meluat. "
Auch.
Kata-kata yang diucapkan oleh Mingi tadi bagaikan belati yang menyiat-nyiat hatinya. Jadi... Mingi meluat dengannya?
Niatnya bukan untuk menyakitkan hati Mingi. Dia hanya bertanya dengan cara baik. Tapi dibalas kasar oleh jejaka itu.
Ya, dia berasa agak tersinggung. Namun, dengan sedaya upaya Yunho cuba untuk mengukir senyum. Mengabaikan rasa sedih yang terpendam di sanubari.
" Aku minta maaf. Sebagai kawan kau... I just want to make sure that you're fine, Min. Tak ada niat pun nak buat kau neluat dengan aku. "
" I'm perfectly fine. So don't ask me that damn question again. Aku rasa lebih rimas dengan kau sekarang. " Balas Mingi kasar sebelum keluar dari berlalu keluar dari practice room itu.
Mingi cuba untuk tidak berpaling ke belakang. Melihat wajah Yunho yang 'sakit' akibat daripada kata-katanya sendiri merupakan pemandangan yang dia tidak mahu saksikan.
Dia tahu... Dia telah membuat Yunho terguris.
Bukan apa. Hanya dengan cara itu saja, dia dapat mengelak daripada menjawab soalan Yunho. Mingi cuma tidak mahu Yunho masuk campur dalam masalah peribadinya walaupun dia tahu yang lelaki itu hanya cuba untuk membantu.
Dia begitu sayang akan Yunho sebagai rakan baiknya. Dia tidak mahu menjadi beban dan menarik Yunho ke dalam masalahnya.
Yunho memandang ke arah Mingi sehinggalah jejaka itu lesap daripada pandangannya.
Dia menghela nafasnya perlahan.
You said that you're fine even though you are not.
•
•
•
YOU ARE READING
《C》MISSING YOU | 송민기
Hayran KurguKami menghitung hari... Biarpun memakan masa, Kami akan terus menunggu.