"anak kamu yang seorang lagi tu mana?" Puan Huang dan Tuan Huang terdiam. Sungchan memandang kearah kedua dua orang tuanya yang terkaku. Sengihan kecil terbit dibibir Sungchan.
"A-anak?"
"Haih anak sulung kamu tu. Mana? Dia tak ikut sekali?"
Nenek Huang memandang Sungchan. Sungchan yang seakan akan faham pandangan mata neneknya berdehem.
"Oh, hyung ada kerja kat sekolah sikit harini nek." Sungchan melirik kearah ibu bapanya.
Mereka berempat duduk menjamu makan petang. Hanya Jisung dan Chenle yang tidak ikut serta. Mereka berdua merayau rayau dikampung.
"Oh....rindu betul nenek dengan cucu nenek yang sorang tu. Ntah sihat ke tidak. Ntah dah makan ke belum." Puan Huang melirik kearah Tuan Huang.
Tuan Huang hanya mendiamkan diri.
"Erm..nek, chan pergi luar dulu ya." Sungchan meminta izin lalu keluar dari rumah.
Dia duduk diatas bangku yang terletak dibawah pokok besar. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
Segera dia mengambil phonennya yang terletak kemas didalam poket seluar.
"HYUNGGGG"
"Ye." Sungchan membuat video call dengan Renjun. Dia tersengih sengih memandang abangnya yang kelihatan seperti tengah baring baring.
"Hyung tak rindu nenek?"
"....."
"Hyung!"
"Ah ye apa dia?"
Sungchan memdengus kasar. "Hyung tak rindu nenek ke?"
"Rindu."
Sungchan tersenyum.
"Hyung, hyung tak apa apa kan?"
Renjun mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan adik aku ni.
"Hyung ok jelah."
"Hyung, chan sayang hyung. Hyung tau kan?"
"Kau kenapa chan? Demam ke?"
"Hyung..." Sungchan terdiam seketika. Dia memandang langit yang semakin gelap.
"Hyung tak boleh tipu perasaan hyung."
"Apa yang-"
"Hyung, walau apa pun yang hyung tengah fikirkan, jangan sesekali percayakannya. Jangan ikut perasaan hyung. Tapi ikut hati."
•••
Kelas Sejarah yang diadakan sebelum rehat itu sungguh membosankan. Mereka sungguh tidak sabar untuk kelas yang membosankan ini tamat.
Bahu Renjun dicuit dari belakang. Yang dicuit itu menoleh.
"Ish tepi lah sikit kepala kau tu bebal."
Renjun terdiam. Dia mengalihkan mejanya ketepi sedikit. Kemudian dia sambung menyalin nota.
Tidak lama kemudian, kerusinya ditolak dari belakang membuatkan renjun terkejut.
"Aku dah kata tepi kan? Dah bodoh tu jangan lah pekak pulak." Renjun memandang wajah Hyunjin. Ya. Hyunjin yang mengacaunya dari tadi.
Jaemin yang terdengar suara bising disebelahnya menoleh. Dia menjeling Hyunjin.
"Renjun, sini sikit." Jaemin menarik meja Renjun ketempat asal. Namun, hyujin menahan meja Renjun daripada ditarik oleh Jaemin.
"Kau kenapa setan?"
"Aku nak alih meja dia ketempat asal." Jawab Jaemin dengan muka selambanya.
"Kawan bodoh kau ni dah halang aku dari papan hitam tu."
Jaemin memandang Renjun kemudian dia menjeling Hyunjin. "Dah tu? Siapa suruh kau duduk belakang."
Renjun yang masih duduk ditempat duduknya menahan lengan Jaemin. "Jaem, nanti cikgu dengar."
Hyunjin berdecit lalu menghentak mejanya. Seluruh isi kelas terkejut. Cikgu Wong yang masih mengajar menoleh.
"Huang Renjun, Na Jaemin, Hwang Hyunjin sila keluar dari kelas saya sekarang!"
Hyunjin memandang Renjun lalu keluar dari kelas. Jaemin menarik tangan Renjun sebelum membisikkan sesuatu kepada Jeno yang duduk dihadapannya.
Jeno menoleh lalu mengangguk.
"Lepaslah, jaem." Jaemin melepaskan pegangannya dilengan Renjun.
"Kau tak tau ke apa yang dia bu-"
"Ye tau." Renjun memandang kehadapan. Mereka berdua sekarang berada ditaman sekolah. Hyunjin pula entah kemana.
"Habistu? Kenapa kau biar-"
"Diamlah. Bising."
Jaemin mengehela nafas. Dia memandang Renjun yang duduk disebelahnya.
"Kau still taknak bagitau kat parents kau pasal penyakit kau ke?" Tanya jaemin berhati hati. Mungkin soalan itu agak sensitif bagi renjun.
Renjun terdiam sebentar. Kemudian dia tersenyum semula.
"Takpe lah. Nanti diorang tau sendiri."
•••
"Nah." Jeno memberikan air susu coklat kepada Jaemin dan Renjun. Sekolah pada hari itu sudah tamat. Mereka bertiga sedang duduk dibangku taman permainan.
"Ingat tau, injun. Kalau ada apa apa cakap je kat kitorang."
Kata jaemin. Jeno disebelah pula menepuk tangannya sekali.
"Ha! Dengar tu."
Renjun terkekeh kecil. "Ye ye aku ingat."
Mereka bertiga meluangkan masa bersama hingga larut malam. Mereka study sebentar, bermain, makan di taman tersebut.
"Bye!"
"Yew bye! Hati hati jalan tu!"
Renjun mengangguk. Jalan rumah dia berbeza dari jalan rumah jaemin dan Jeno yang satu lorong.
Renjun berjalan kaki ke rumah dengan hati yang gembira.
Perlahan lahan dia membuka pagar rumah kemudian kunci rumah diambil dari poket seluar.
Belum sempat dia membuka pintu rumah, ianya sudah pun dibuka dari dalam.
"Ayah..."
WEH SORRY WEH MALAM TADI PHONE AKU KENA RAMPAS. NI HA AKU UPDATE SATU CHAP. SEBAGAI GANTI, PETANG NANTI AKU UPDATE LAGI SATU CHAP. SHJEBWHEBEHWHW SORRY SANGAT" 😭😭🖐️
YOU ARE READING
broken home S2 -renjun
Fanfiction"aku tahu kau kuat, Renjun." "Hyung...aku takut..." ⚠️: Cerita ini hanyalah rekaan. Jangan dibawa sampai ke rl. (Baca broken home s1 dulu, baru baca yang ni.)