[6]

873 152 46
                                        

Sungchan, Chenle dan Jisung duduk dihadapan bilik yang menempatkan Renjun dirawat.

Jisung memandang Sungchan yang mundar mandir. Dia berdiri lalu memeluk Sungchan erat. Sungchan yang agak terkejut membalas pelukan Jisung.

"Shh dah dah jangan nangis." Sungchan mengusap belakang badan Jisung untuk menenangkannya yang tidak henti menangis dari tadi.

"Aku takut hyung..." Jisung membenamkan wajahnya didada Sungchan.

"Tak. Aku ada." Sungchan berusaha untuk menenangkan Jisung yang semakin kuat esakannya.

"Aku takut kalau ada apa-apa terjadi kat renjun hyung."

Sungchan terdiam. Dia memandang Chenle yang duduk termenung dari tadi.

"Chen..kau ok?"

Chenle memandang Sungchan kemudian mendecit kecil. Dia berdiri menghadap Sungchan.

"Tak. Dia memang patut kena pukul pun. Dah jelas jelas kan dia yang curi dompet ayah?"

Sungchan membulatkan matanya. Dia cuba untuk melepaskan pelukan Jisung, tetapi Jisung malah mengeratkannya lagi.

"Kenapa diam? Kau taknak back up abang kau yang sorang tu ke?"

Sungchan menarik nafasnya dalam dalam.

"Kalau dia tak curi, kenapa dompet tu ada dalam bilik dia? Dah jelaskan dia yang curi? Buat apa kau nak back up dia, Sungchan?"

"Dah Chenle."

"Aku rasa kan, dia patut kena halau sebab dia menyusahkan orang la-"

"AKU KATA SUDAH. CHENLE SUDAH."

Chenle memandang Sungchan tajam. "KENAPA KAU SAYANG SANGAT KAT DIA HA?"

"SEBAB DIA ABANG AKU. ABANG KAU. ABANG JISUNG. ANAK MAK DAN AYAH. DIA MANUSIA JUGAK CHENLE BUKAN BINATANG."

Sungchan memandang Chenle yang seakan akan mahu menyerangnya.

Dia ingin menampar Chenle namun niatnya terbatal apabila Jisung mengeratkan lagi pelukannya. Tangisan nya juga semakin kuat.

"Chenle please, sebenci mana pun kau kat renjun hyung, tolong lah. Aku mohon sangat sangat, jangan bawak sampai berdendam. Dia pun darah daging kau jugak, Chenle."

Chenle memandang Sungchan lalu berjalan pergi. Sungchan hanya memerhati Chenle hingga hilang dari pandangan.

•••


"Saya dah balik." Pintu rumah ditutup. Puan Huang memandang sekeliling rumah yang agak bersepah. Dia mengalihkan kusyen sofa yang menghalang laluannya ketepi.

"Dah balik dah?" Dia terpandang Tuan Huang yang duduk diruang tamu sambil menghirup kopi.

"Abang, kenapa rumah ni bersepah? Anak anak kita mana?"

Tuan Huang tidak menjawab. Dia hanya menghirup kopinya sambil termenung.

Puan Huang mengambil kusyen sofa yang berada berhampiran dengannya lalu membalingnya kearah Tuan Huang.

Kusyen itu terkena tepat dia mukanya hingga menyebabkan kopi yang dihirup, tumpah.

"YAISH APA KA-"

"AKU TANYA ANAK ANAK AKU MANA? KENAPA RUMAH NI BERSEPAH? KAU JANGAN CAKAP YANG KAU BUAT HAL LAGI." Puan Huang memandang Tuan Huang geram.

"Aku pukul Renjun."

"YA TUHAN ATAS SEBAB APA KAU PUKUL DIA?"

"dia..DIA CURI DOMPET AKU."

Puan Huang meraup wajahnya kasar. Sebenci mana pun dia dengan Renjun, puan Huang percaya yang renjun takkan buat benda terkutuk macam itu.

"Kau ada bukti ke, Huang?" Suara Puan Huang bergetar menahan marah, dan sedih.

Tuan Huang terdiam. Dia hanya berdiri tidak membalas pertanyaan Puan Huang. Dia sendiri tidak ada bukti yang renjun mencurinya melainkan dia hanya menemui dompet tersebut didalam bilik Renjun.

Puan Huang menjeling tajam Tuan Huang lalu mengambil begnya yang berada diatas lantai. Dia pergi keluar rumah meninggalkan Tuan Huang yang masih terdiam.

•••

"Ye mak datang je sini. Kitorang semua ada kat sini." Sungchan menamatkan panggilan telefonnya lalu memandang pintu bilik yang masih belum dibuka.

Jisung sudah tidur ditepinya dengan kepalanya beralaskan bahu Sungchan. Chenle? Entah. Sungchan juga tidak tahu kemana kembarnya pergi.

Tiba tiba pintu dibuka. Sungchan ingin segera berdiri namun Jisung yang tidur beralaskan bahu disebelahnya mengahalang pergerakannya. Dia menahan kepala Jisung lalu menyandarkannya ke dinding.

Dia tidak mahu membangunkan Jisung kerana dia tahu mungkin Jisung penat menangis tidak henti henti.

"Doc, macam mana dengan abang saya?"

Doktor yang berdiri dihadapan Sungchan dipandang. Tag nama yang terletak kemas dibajunya dibaca.

Doctor Lee.

"Abang awak okay, tapi keadaan kepala dia agak teruk. Dia kehilangan banyak darah akibat hentakan yang kuat." Sungchan menunduk lemah.

"Oh ya, abang awak pernah ambil ubat apa apa tak sebelum ni?" Sungchan memandang doktor itu semula.

"Ubat? Takde pulak doc. Kenapa?"

"Ah tiada apa apa, awak boleh jumpa dia tapi jangan bising sangat." Sungchan mengangguk sebelum doktor itu berlalu pergi.

Ubat? Sungchan mengerutkan dahinya.













short update hshshshhs

broken home S2 -renjunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang