"Hyung nak makan apa apa?" Renjun menggelengkan kepala. Sungchan mengangguk lalu keluar dari bilik Renjun.
Renjun termenung memandang ke luar tingkap. Dia sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Renjun berjalan menuju kearah laci meja. Dia mengeluarkan satu buku nota berwarna pastel.
Dia menyelak satu persatu halaman buku nota tersebut. Kemudian pen hitam dikeluarkan. Dia membawa buku nota itu lalu duduk diatas katil.
Renjun memandang langit yang jelas kelihatan diluar tingkap sebelum menulis sesuatu.
12 Februari 2018
Hi, Renjun.
Aku tulis ni untuk kau tau. Aku tahu kau kuat. Aku harap kau jumpa kebahagiaan kau nanti. Aku taknak tengok kau sedih sedih.
Sungchan adik kau, sayang sangat kat kau.
Aku tahu banyak yang kau dah lalui. Tapi jangan terfikir nak buat benda bodoh, renjun. Kau belum tahu lagi masa depan kau macam mana.
Percayalah, akan ada seseorang yang tunggu kau. Dia sayang kau. Dia anggap kau separuh dari hidup dia.
Jangan tamatkan hidup kau walaupun kau dah rasa putus asa, jangan. Akan ada sesuatu yang indah tunggu kau nanti kalau kau tak putus asa.
Aku tertanya tanya kenapa kau? Kenapa kau yang harus lalui semua ni?
Tuhan pilih kau untuk lalui semua ni, sebab Tuhan sayangkan kau. Dia nak kau lebih dekat dengan dia.
Kalau kau tiada tempat untuk ceritakan masalah kau, kau ceritakan lah kat Tuhan.
Percayalah kau akan rasa lebih tenang lepas tu. Macam kau tiada masalah langsung.
Taman yang suram pada waktu malam tak selama lamanya sunyi dan suram. Bila siang, ianya akan dipenuhi dengan gelak ketawa kanak kanak. Ceria. Macam kau.
Kau selalu hadirkan kegembiraan kat adik adik kau. Semua orang. Tapi bila kau keseorangan, kau rasa sunyi.
Kau nak peluk seseorang tapi kau taktahu nak peluk siapa. Kau nak luah semua masalah kau tapi kau taktahu nak luah kat siapa.
Pasal penyakit tu, sampai bila kau nak sembunyikan, Renjun?
Kau tak penat ke terpaksa tipu semua orang?
Kau sakit, Renjun.
Kau sakit.
Kau takboleh sembunykannya, renjun. Walaupun kau rasa kau ni beban dan menyusahkan.
Renjun, jaga diri kau dulu. Jaga perasaan kau sebelum kau jaga perasaan orang lain. Sayang diri kau dulu sebelum kau sayang orang lain.
Untuk, renjun.
Daripada, renjun.
Ya. Renjun menulis surat untuk dirinya sendiri. Selepas dia menulis, dia akan rasa tenang. Renjun menutup matanya. Rasa tenang muncul didalam diri.
•••
"Huang Renjun, kenapa awak tak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut?" Renjun menundukkan kepalanya.
Dia tidak berani memandang pengetua sekolah yang duduk dihadapannya.
"Awak boleh dikenakan hukuman gantung sekolah, kalau awak tidak hadir tanpa sebab. Awak tahu kan?" Sambungnya lagi.
"Maafkan saya, cikgu."
Pengetua itu mendengus nafasnya perlahan. Cermin mata yang dipakai diletakkan diatas meja.
"Awak ada masalah ke, renjun?"
Renjun mengangkat mukanya. Dia menggelengkan kepala lalu tersenyum nipis.
"Renjun, kalau awak ada masalah, tolong ceritakan kepada orang terdekat. Tak baik dipendam." Renjun tersenyum.
"Hmm baiklah. Awak boleh balik ke kelas awak."
Renjun berdiri lalu menunduk hormat. Dia berjalan keluar dari bilik pengetua.
Renjun memandang jam dipergelangan tangganya. Ada 20 minit sebelum kelas bermula.
Beg galas yang terletak diluar bilik diambil lalu digalas. Renjun berjalan menuju kearah kelasnya yang terletak ditingkat dua.
Ketika dia berjalan menuju ke tangga, kesemua pelajar berkumpul di papan kenyataan. Renjun memandang mereka yang tengah berkumpul.
"Eh serious la."
"Lah ini ke sebab kenapa dia tak datang 3 hari?"
"Aku tak sangka dia macam ni do."
"Eh dia datang! Dia datang!"
Renjun mengerutkan dahi. Perlahan lahan dia melangkah kearah papan kenyataan tersebut. Pelajar lain memandang Renjun sambil berbisik.
Renjun yang berdiri dihadapan papan kenyataan tersebut membulatkan matanya. Tangannya tergetar getar.
Siapa?
Siapa yang sebar semua ni?
"RENJUN!"
Renjun tidak menoleh. Dia memandang tangannya yang bergetar. Penglihatannya kabur akibat air mata yang bertakung.
Tiba tiba lengan kirinya ditarik. Dia dibawa pergi dari tempat tersebut.
•••
YOU ARE READING
broken home S2 -renjun
Fanfic"aku tahu kau kuat, Renjun." "Hyung...aku takut..." ⚠️: Cerita ini hanyalah rekaan. Jangan dibawa sampai ke rl. (Baca broken home s1 dulu, baru baca yang ni.)