[8]

882 150 45
                                    

Renjun ditarik ke belakang sekolah. Dia disuruh duduk di bangku.

"Kau okay?" Suara lembut Na Jaemin membuatkan Renjun tertunduk sedikit.

"Hei, kitorang ada untuk kau. Jangan lah macam ni." Jeno merangkul leher Jaemin. Jaemin menjeling Jeno lalu melepaskan rangkulan Jeno.

Dia mencangkung dihadapan Renjun. Belum sempat dia membuka mulut, suara esakan renjun berbunyi.

"Kenapa aku?"

Jaemin dan Jeno terdiam. Tidak pernah mereka melihat Renjun menangis. Setahun mereka, renjun ialah seorang yang ceria.

"Kau-"

"Apa salah aku, Jaem?" Renjun menutup wajahnya. Jaemin dan Jeno masing-masing memandang sesama sendiri. Masing masing tak tahu nak buat apa.

"Aku penat..."

"Renjun.." Jaemin berdiri lalu duduk disebelah Renjun. Dia memeluk bahu Renjun untuk menenangkannya. Jeno turut duduk disebelah Renjun.

"Takpelah...kita cari siapa yang sebarkan ni ok?" Renjun tidak menjawab. Dia teringat semula apa yang dibaca nya dipapan kenyataan tadi.

Renjun memandang satu kertas a4 yang terpampang wajahnya. Dia membaca tulisan yang terletak dibawah gambar hitam putih tersebut.

"Nama: Huang Renjun
Kelas: 5 S1

Aku nak mengaku yang aku tak hadir selama 3 hari saja saja. Terkejut? Sistem sekolah kat sini macam bodoh. Kenapa? Nak ambil tindakan gantung sekolah kat aku? Ambillah. Aku pun tak hamak la nak sekolah kat sini. "

Dia terkaku. Dunianya seakan akan berubah. Dia tidak datang selama 3 hari bukan saja saja. Tapi sebaliknya!

Ingin sahaja dia menjerit bahwa bukan dia yang melakukannya.

"Bukan aku yang buat tu jaemin, Jeno." Bahu Renjun ikut bergegar akibat esakannya yang semakin kuat. Apa salah dia sampai difitnah macam ni?

"Mana aku nak letak muka aku nanti?"

Renjun berdiri lalu menjerit sekuat hatinya. Dia melepaskan semua rasa geram, marah, sedih, kecewa nya. Renjun terduduk. Dia menumbuk numbuk tanah.

Jaemin segera menuju kearahnya lalu memeluknya. "Renjun-ah.."

•••

PAKKK!

Wajah renjun ditampar. Dia hanya menghembus nafas menenangkan diri.

"Apa ni, renjun?" Puan Huang memandang wajah Renjun, geram. Pengetua sekolah menahan lengan Puan Huang daripada menampar Renjun sekali lagi.

"Puan, sabar puan. Bawak bertenang." Renjun kini berada didalam bilik pengetua bersama sama dengan ibunya.

Dia tidak sangka yang berita ini akan sampai ke ahli keluarganya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hal ini boleh tersebar.

"M-mak.." Renjun cuba untuk memegang tangan ibunya namun dia ditolak sehingga terjatuh kebelakang.

"Puan..."

broken home S2 -renjunWhere stories live. Discover now