[5]

860 165 74
                                    

Renjun terbangun dari tidur. Dia melirik kearah jam dinding yang menunjukkan pukul 5 pagi.

Dia mengalih selimut yang menyelimuti setengah badannya lalu berjalan menuju kearah pintu bilik. Ruang tamu yang gelap dipandang.

Dia membuka lampu utama ruang tamu lalu mengemas apa yang patut.

Renjun yang hendak mengambil remort tv yang jatuh dibawah sofa terbantut pergerakannya. Dia terpandang satu bentuk segi empat yang berwarna coklat gelap.

Renjun membongkok untuk mengambilnya. Dia membuka benda tersebut.

"Eh?"

Renjun tersedar bahwa itu dompet milik ayahnya. Entah bagaimana ianya boleh terjatuh kebawah sofa.

Renjun memandang tangga yang menuju ketingkat atas. Dia ingin mengembalikan dompet itu kepada Tuan Huang semula namun dia takut mengangguk ayahnya yang sedang nyenyak tidur.

Renjun memutuskan untuk menyimpannya sahaja dan menyerahkannya kepada ayahnya esok.

Renjun menutup lampu utama ruang tamu lalu kembali kedalam biliknya semula.

Dompet berwarna coklat gelap itu diletakkan di atas meja belajar.

•••

"Chenle-ya, nampak dompet ayah tak?"

Chenle yang duduk bersama sama dengan Jisung menoleh kemudian menggelengkan kepala.

"Jisung?"

"Jisung tak nampak jugak lah, ayah."

Tuan Huang mendengus kasar. Dia memandang kearah Renjun yang baru sahaja keluar dari bilik. Renjun berjalan menuju kearah dapur lalu untuk minum.

Tanpa teragak agak, Tuan Huang meluru masuk kedalam bilik Renjun. Dia memandang keseluruh bilik Renjun seakan akan mencari sesuatu.

Meja belajar renjun digeledah. Dia terjumpa sesuatu yang dicarinya diatas meja tersebut. Hatinya berdebar. Nafasnya turun naik.

Dia menghentak meja tersebut lalu keluar dari bilik Renjun. Renjun yang sedang minum didapur ditujui. Kepala Renjun ditunjal kasar.

"A-ayah.."

"NI APA NI RENJUN?" Tuan Huang menunjukkan dompetnya yang berada ditangannya. Renjun yang terduduk, membulatkan mata.

"Ayah renjun boleh terang-"

"KAU MENCURI KE RENJUN? JAWAB!"

"Tak! Ayah, renjun tak terfikir pun nak curi!"

Tuan Huang memandang sekeliling sebelum matanya terancap pada satu kotak bijirin. Dia mengambilnya lalu membalingnya kearah Renjun.

Chenle dan Jisung yang terdengar bunyi bising dari arah dapur menoleh. Jisung membulatkan matanya apabila dia melihat Tuan Huang membaling kotak bijirin kearah Renjun.

Jisung segera pergi kearah dapur tersebut lalu menahan Tuan huang. Sementara Chenle hanya berdiri dihadapan pintu dapur, tanpa membuat apa-apa.

"Ayah sakit.."

"KAU MEMANG DARI KECIK SAMPAI KEBESAR SUKA MENYUSAHKAN AKU KAN? DAH TAU DIRI TU SUKA MENYUSAHKAN ORANG, JANGANLAH PERGI MENCURI PULAK."

"Ayah dah." Tuan Huang menoleh lalu menolak Jisung sehingga menyebabkan anak lelaki itu terjatuh kebelakang.

Tuan huang menarik renjun untuk berdiri. Dia menampar renjun beberapa kali.

"Ayah bukan renjun yang curi..."

Tuan Huang memukul renjun dengan puas. Renjun hanya merelakan badannya dipukul dengan teruk.

"AKHHHHH" Renjun meraung apabila kepalanya dipukul dengan cawan kaca. Dia memegang kepalanya yang terasa pening.

Cecair merah mengalir dicelah celah jarinya.

"AYAHH"

Sungchan yang tiba tiba datang menolak Tuan Huang ketepi. Dia segera menuju kearah Renjun yang terduduk lemah.

"KAU JANGAN NAK HALANG AKU DARIPADA PUKUL RENJUN, SUNGCHAN. DIA DAH CURI DOMPET AKU."

Sungchan segera memandang ayahnya dengan pandangan tajam.

"Jangan jadi bodohlah ayah. Ayah ada bukti ke?"

Balas Sungchan tajam. Dia memandang kearah Jisung yang masih terduduk, menangis.

"Chenle, tolong Jisung. Jom kita keluar."

"Tak. Aku taknak-"

"IKUT JELAH CHENLE. KAU NAK MATI KE TINGGAL DALAM RUMAH NI? KAU NAK MATI SEBAB LELAKI NI KE?" Sungchan memandang ayahnya yang mencuba untuk bangun.

Puan Huang tidak ada dirumah. Dia bekerja di kota. Dia bekerja untuk menampung keluarganya. Tuan huang? Lelaki bodoh tu hanya tahu mengikis wang.

Chenle mengangkat Jisung yang teresak esak menangis. Mereka berdua berjalan ke luar rumah.

Sungchan meletakkan lengan renjun kebahunya. Satu tangannya lagi memegang pinggang Renjun.

Dia berjalan keluar rumah lalu membuka pintu kereta.

"KAU NAK PERGI MANA?"

Teriakan Tuan Huang dibiarkan. Sungchan segera masuk kedalam kereta lalu memghidupkannya.

Kereta milik Puan Huang meluncur keluar dari perkarangan rumah tersebut.

"Hyung, tahan ya hyung."

Sungchan memandang cermin yang memantulkan wajah Chenle dan Jisung yang duduk dibahagian belakang.

"Jisung, kau ok?"

Jisung mengangguk didalam esakan. Dia masih terkesan dengan perbuatan ayahnya yang memukul renjun dengan teruk.

"Kenapa kau beria sangat nak keluar dari rumah tu?"

"AYAH PUKUL RENJUN DENGAN TERUK. KAU BUTA KE CHENLE? KAU NAK TUNGGU HYUNG MATI KENA PUKUL DULU KE BARU NAK KELUAR DARI RUMAH TU?"

Esakan Jisung semakin kuat. Dia memeluk tubuhnya yang bergetar. Chenle segera memeluk bahu Jisung untuk menenangkannya.

Sungchan memandang Renjun yang duduk disebelahnya.

Hyung...















Kenapa aku rasa cerita ni makin lama makin merepek sia



broken home S2 -renjunWhere stories live. Discover now