"Masuklah." Perempuan tua iaitu nenek Lee beralih ketepi sedikit setelah membuka pintu rumah kayu tersebut. Rumah itu berada tidak jauh dari pusat bandar namun tidak tersorok.
Ataupun lebih senang lagi, Renjun sekarang berada di sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.
Renjun tersenyum nipis lalu masuk kedalam ruang rumah tersebut. Dia memandang sekeliling.
Rumah ini agak tenang. Dengan aroma kopi yang memenuhi ruang rumah.
"Kamu duduk dulu ya, nenek nak buatkan air untuk kamu."
"Eh takpe nek, saya tak haus lagi."
Nenek Lee tersenyum lalu membuat isyarat tangan untuk renjun duduk semula. Renjun hanya akur. Dia meletakkan beg baju dan beg sekolahnya ketepi.
Dia termenung sebentar. Telefonnya tidak dibawa. Ianya masih berada di rumahnya.
•••
"Kau nak pergi mana, Sungchan?" Sungchan yang baru hendak memulas tombol pintu rumah terhenti. Dia menoleh kebelakang memandang kedua ibu bapanya serta Chenle yang duduk diruang tamu.
Jisung yang berada di dapur ikut menoleh.
"Cari renjun hyung."
"Tak payah."
"Kalau Sungchan tetap nak cari jugak?"
"Aku kata tak payah."
"Heh." Sungchan segera membuka pintu rumah. Dia baru sahaja hendak menyarungkan seliparnya, suara ayahnya membuatkan dia terhenti.
"Kau keluar dari rumah ni, kau sama je macam hyung kau."
Sungchan tidak menjawab dia memandang kearah seseorang yang berlari kearahnya dari arah dalam rumah.
"JISUNG!"
"Masuk dalam, Jisung."
"Tak. Sung taknak masuk dalam, sung nak ikut hyung." Jisung memandang anak mata Sungchan. Tuan Huang serta puan Huang berdiri dihadapan pintu memandang kearah kedua beradik tersebut.
"Kau-"
"Satu langkah lagi, kau berdua aku halau keluar dari rumah ni."
"Jom." Sungchan segera menarik lengan Jisung untuk mengikutinya. Sungchan tidak menariknya keluar, namun Sungchan menariknya kearah pintu rumah.
"H-hyung."
"Ok dengar sini. Biar aku je pergi cari renjun hyung, kau duduk rumah."
"Tapi hyung-"
"Aku taknak kau kena halau, Jisung. Aku nak kau duduk rumah. Biar aku je pergi. Aku tau aku tak mampu nak jaga kau nanti."
Kata Sungchan lalu berjalan keluar dari perkarangan rumah.
"JANGAN SESEKALI KAU BALIK."
•••
"Sedap?" Renjun mengangguk. Dia meneguk air sebelum menyudahkan makan malamnya. Renjun segera menolong nenek Lee membersihkan apa yang patut.
Renjun sudah membersihkan dirinya. Dia memutuskan untuk duduk diluar sebentar. Cuaca pada malam hari tidak terlalu sejuk.
Renjun duduk di pangkin rumah traditional Korea tersebut. Dia duduk sambil berpeluk lutut. Cahaya bulan menerangi malam yang gelap berserta dengan bintang yang berkelipan.
Sedang dia mengelamun, tiba tiba dia merasa ada seseorang memegang bahunya. Renjun menoleh lalu tersenyum.
"Cantik kan bulan tu?" Renjun mengangguk pada Nenek Lee. Nenek Lee duduk disebelahnya. Sama juga seperti dirinya, nenek Lee turut terpesona akan pemandangan langit malam.
Terpesona aku terpesona- ok serious.
"Kamu muda lagi. Patutnya kamu nikmati masa muda kamu." Kata kata nenek Lee membuatkan renjun terdiam.
"Kamu nak tau satu cerita?"
"Nak. Nenek ceritalah." Renjun teruja. Bukan selalu dia dapat mendengar cerita daripada orang lain apatah lagi ibu bapanya.
"Nenek ada cucu. Nenek ada banyak cucu tapi nenek ada seorang cucu yang special sangat bagi nenek. Nenek jaga dia dari dia kecil sampailah dia besar panjang...
Dia tak dapat kasih sayang langsung daripada mak ayah dia. Neneklah ayah, neneklah ibu dia. Dia selalu tanya mana mak ayah dia. Bila mak ayah dia nak ambil dia. Bila mak ayah dia nak datang...
Nenek selalu cakap "Kamu akan jumpa mak ayah kamu bila dah tiba masanya nanti." "
Renjun terdiam. Tidak lama kemudian nenek Lee menyambung semula ceritanya tadi.
"Sampailah suatu hari tu, dia jumpa mak ayah dia. Dia pergi tinggalkan nenek yang dah bertahun jaga dia. Dia dah bahagia dengan mak ayah dia sekarang-"
"Maksud nenek dia dah pergi? Dia dah tu ke?" Nenek Lee mengangguk dengan senyuman yang seakan akan mengalukan cucunya pergi.
"Dia pergi sebab dia sakit. Dia kuat macam kamu." Renjun tersenyum nipis. Air mata yang tidak henti mengalir dari tadi diusap.
"Kalau dia masih hidup, umur dia sekarang mesti dah 18 tahun." Renjun menepis air matanya. Umurnya dengan umur cucu nenek Lee sama.
"Dia pergi pada usia yang sungguh muda. Dia tak sempat nak nikmati kehidupan remaja dia. Kadang kadang nenek tertanya tanya...
Kenapa tuhan ambil nyawa dia dulu sebelum nenek. Nenek dah tua. Dia masih muda. Kenapa? Sebab Tuhan sayangkan dia lebih dari nenek sayangkan dia...
Dia memang pandai bergaul dengan orang kampung. Dia ceria orangnya. Bila orang kampung dapat tahu yang dia pergi, kampung ni bagaikan sunyi...
Nenek tahu orang kampung memang sayangkan dia. Dia selalu tolong orang kampung. Dia bagaikan permata kampung ni. Dialah matahari kampung ni...
Tapi kesunyian tu tak lama. Orang yang dah pergi, tak baik dikenang selalu. Suasana kampung kembali normal macam dahulu. Yang berbezanya, dia dah tiada nak isi kesunyian kampung ni."
"Nenek, boleh renjun nak tahu nama cucu nenek tu?"
"Lee Donghyuck. Orang kampung suka panggil dia Haechan." Kata nenek Lee sambil tersenyum.
"Cantik nama dia. Mesti dia bahagia sekarang kan nek?" Nenek Lee tidak menjawab. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.
Renjun memandang semula pemandangan langit malam itu. Cantik.
Renjun sungguh bangga dengan Haechan. Dia pergi dengan keadaan yang bahagia. Semua orang sayang akan dia. Bak kata nenek, dialah matahari tatkala hujan reda.
•••
Bodo gi mampus la kau sana oli London. Aku eyyy aku geram betul dengan si oli tu. Apa bodo eyy aku. Pale otak dia kiss kiss. Korang tengok tak video latest tiktok dia tu. Yang dia kiss kiss dengan video nct kat background dia tu. BODO TERCEMAR BHAI FYP AKU.
DAHLAH AKU NAK SAMAK BALIK FYP AKU.
YOU ARE READING
broken home S2 -renjun
Fanfic"aku tahu kau kuat, Renjun." "Hyung...aku takut..." ⚠️: Cerita ini hanyalah rekaan. Jangan dibawa sampai ke rl. (Baca broken home s1 dulu, baru baca yang ni.)