[4]

888 158 59
                                    

"kenapa kau balik lambat?"

Renjun menunduk. Jap. Dia rasa pelik. Selama ni family diorang tak kisah pun renjun nak balik pukul berapa.

"Tadi renjun pergi taman dengan Jeno, jaemin. Kitorang study kat sana."

"Tak payah nak tipu la Renjun."

Renjun mengepalkan penumbuknya. "Tak, ayah. Renjun tak tipu."

Kolar baju renjun ditarik kedalam. Kemudian ayahnya sengaja menolaknya hingga jatuh ke lantai.

"Aku nak kau cuci kereta aku."

Renjun membulatkan matanya. Dah malam kut buat apa nak cuci time macam ni?

"Tapi ayah-"

"Pergi jela Renjun." Kata ibunya dari ruang tamu.

Jujur renjun ingin katakan bahwa dia penat. Dia baru sahaja balik ke rumah. Belum sempat mandi lagi. Dia juga belum makan sejak tengah hari tadi. Hanya Jeno dan Jaemin sahaja yang makan.

Renjun mengangguk lalu masuk kedalam bilik. Dia meletakkan begnya diatas meja belajar lalu menukar baju sekolahnya ke t-shirt biasa.

Renjun berjalan ke stor belakang rumah lalu mengambil peralatan membasuh kereta. Renjun berdiri dihadapan kereta milik ayahnya lalu memulakan proses membasuh kereta.

"Nah."

Renjun menoleh. Dia yang tengah duduk mencangkung, mengangkat kepala.

"Ambik la. Chan tahu hyung tak makan lagi." Renjun tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Takpelah chan. Hyung tak lapar lagi."

Tipu kau, Renjun.

Sungchan menarik tangan hyungnya lalu membasuhnya. Dia meletakkan pinggan berisi nasi serta beberapa lauk kesukaannya ditangan Renjun.

Sungchan menarik renjun untuk duduk dibangku yang memang disediakan diluar rumah.

"Makan. Chan tahu hyung lapar."

Renjun tidak berkata apa apa. Dia memandang makanan yang berada ditangannya kemudian dia memandang Sungchan.

"Maafkan hyung."

Sungchan menoleh kemudian tertawa kecil. "Kenapa nak mintak maaf pulak?"

"Hyung.... takde apa apa lah. Thank you bawakkan makanan untuk hyung."

Sungchan memeluk bahu Renjun. "No problem."

Malam itu Sungchan dan Renjun sama sama membersihkan kereta Tuan Huang. Walaupun sudah berkali kali renjun melarang Sungchan untuk menolongnya.

•••

Pagi itu Renjun terbangun lebih awal dari kebiasaan. Dia merasakan kesakitan yang amat di bahagian pinggangnya. Renjun hanya membiarkannya sahaja kerana dia sering merasainya sebelum ini.

Dia bersiap untuk menuju kesekolah. Pintu pagar ditutup lalu dia berjalan kaki kesekolah yang jaraknya hanya 1km.

Mujur cuaca pada hari itu tidak panas.

"Eh renjun, kau dah siap math?"

Renjun mengeluarkan buku latihan matematiknya lalu menghulurkannya kepada Jeno.

"Eheheh thank you."

Jeno kembali duduk ketempat asalnya dihadapan meja jaemin dan Renjun.

Renjun memegang pinggangnya yang masih terasa sakit. Dia menundukkan kepala sambil meringis perlahan.

"Kau ok tak?" Jaemin perasan yang renjun menunduk dari tadi. Renjun menggeleng lalu tersenyum.

"Takde apa apa lah. Aku ok je."

Renjun memandang kehadapan lalu belajar seperti biasa. Sekali sekala dia mengusap pinggangnya untuk mengurangkan rasa sakit.

"Jun, aku ngan Jeno balik dulu tau." Renjun mengangguk ketika mereka bertiga berhenti dihadapan pagar sekolah.

Renjun berjalan ke arah berlawanan. Dia masih memegang pinggangnya.

Sepanjang perjalanan, renjun mengagahkan dirinya untuk berjalan walaupun sakit dipinggangnya berbisa.

Renjun membuka pintu pagar lalu meletakkan kasut ya dirak kasut. Kemudian dia membuka pintu rumah.

"Saya dah balik."

Renjun terus berjalan menuju kedalam bilik. Dia tahu waktu sebegini mesti adik adiknya sudah pulang. Mungkin mereka tengah menyiapkan kerja rumah diatas.

Pintu bilik ditutup. Renjun meletakkan begnya dibawah meja lalu dia membuka laci meja belajar.

Satu botol ubat diambil. Dia mengeluarkan dua pil yang berwarna putih lalu menelannya.

Botol air yang terletak didalam poket beg diambil lalu diminum.

Renjun menghela nafas lega. Ubat tahan sakit itu perlahan lahan membuatkan sakit dipinggangnya reda.

•••

Tok Tok Tok

"Hyung, jom makan." Jisung membuka pintu bilik Renjun. Renjun yang tengah belajar, menoleh.

"Ah..ok." renjun mengemas bukunya sebelum mengikut Jisung ke meja makan.

Mereka sekeluarga makan malam bersama sama. Sedang mereka menjamu selera, tiba tiba Tuan Huang membuka suara.

"Chenle, macam mana ujian?"

Chenle memandang Tuan Huang sebelum menjawab.

"Ok je."

"Result kamu macam mana? Sini tunjuk ayah nak tengok."

Chenle teragak agak sebelum berdiri lalu pergi keatas. Beberapa minit kemudian, dia turun kebawah dengan satu kertas ditangannya.

Chenle menyerahkan kertas tersebut kepada Tuan Huang sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya yang lain.

"Bagus. Macam ni lah anak ayah."

Chenle tersenyum lebar.

"Bukan macam hyung kamu yang seorang tu." Senyuman Chenle tiba tiba mati.

"Belajar pun tidak, balik rumah pun lambat. Mana nak berjaya macam tu. Entah entah dah besar nanti jadi pengemis."

Renjun terdiam. Dia tahu ayat itu ditujukan kepadanya. Dia hanya mampu menundukkan kepala.

Sungguh ayat itu membuat harinya terluka. Dia balik rumah lambat bukan saja saja. Dia belajar tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Sungchan melirik kearah Renjun yang terdiam. Dia meletakkan sayur kedalam pinggan renjun. Renjun tidak beriak apa apa.

Dia hanya mendengar celoteh ayahnya yang asyik membandingkan dirinya kepada adik adiknya. Dia hanya mampu menadah telinga.

Ingin sahaja Renjun menyudahkan makan malam lalu masuk kedalam bilik.





















broken home S2 -renjunWhere stories live. Discover now