Part 13

10.4K 139 15
                                    

Aku bergegas pulang dan menuju terus ke rumah Maisarah. Kawasan rumahnya sedang dikepung oleh rentangan tali polis untuk menghalang orang lain masuk.

Aku bertanya dengan jiran-jiran sekeliling. Menurut mereka, salah seorang penghuni rumah membunuh rakan serumah yang lain sebelum membunuh diri. Mayat mereka sudah pun dihantar ke hospital.

Aku kembali ke dalam kereta dan membentak marah.

"Sial lah! Apa yang berlaku ni? Setahu aku, aku tak silap sarung cincin ni masa aku kongkek diorang. Kau ada kena mengena ke dengan kematian mereka?" aku menyoal saka harimau dengan rasa tak puas hati.

"Tiada kaitan dengan aku. Kalau kau mahu tahu, aku boleh bertanya dengan penghuni lain tempat ini untuk tahu hal sebenar," jawab saka harimau. Aku tahu dia maksudkan makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Saka harimau menghilang seketika sebelum muncul semula di sebelah ku.

"Kau lihat atas bumbung rumah itu."

Aku melihat ada satu lembaga yang berwarna kebiruan duduk di atas bumbung melambaikan tangan. Dari segi bentuknya kelihatan seperti watak jin dalam cerita Aladin.

"Apa benda tu?" tanya ku.

"Nama dia Arshad. Dia pengembara yang mengumpul cerita dan rahsia. Dia memberitahu kepada ku apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah itu," jawab saka harimau.

Aku: "Apa yang berlaku sebenarnya?"

Saka harimau: "Semasa ketiadaan kau, Maisarah dan yang lain memuaskan hawa nafsu dengan cara mereka sendiri. Namun Haslinda seperti tersedar dari pengaruh cincin permata merah dan tidak mahu turut serta. Dia hilang kawalan dan menikam Maisarah dan dua lagi rakannya dengan pisau dapur. Selepas mereka bertiga mati, Maisarah mula dikuasai nafsu namun dia cuba melawannya. Kerana tidak mampu menanggung kesan pukau yang membuatkan fikirannya separuh gila, Haslinda merodok pisau ke dalam kemaluannya sendiri sehingga nyawanya terkorban."

Aku: "Macam mana pula kuasa cincin ni boleh jadi lemah?"

Saka harimau: "Kau tidak menyetubuhi mereka dengan kerap, lebih-lebih lagi Haslinda yang masih lagi baru dikuasai. Kerana itu dia mampu tersedar untuk seketika dan cuba melawan walaupun nafsunya masih bergelora."

Tiba-tiba pintu kereta ku diketuk. Aku melihat ada seorang wanita yang berseragam polis berdiri di sebelah pintu kereta.

Aku: "Ya, Puan. Boleh saya bantu?"

Polis wanita itu bertanya kembali, "Ini kereta awak ke?"

Aku: "Ya. Ini kereta saya. Ada apa-apa masalah ke?"

Polis wanita: "Boleh Encik keluar terlebih dahulu? Saya ada beberapa soalan yang perlu ditanya."

Aku terpaksa keluar dari kereta tanpa sebarang bantahan kerana tidak mahu ada sebarang masalah dengan pihak polis.

"Nama saya Inspektor Athira," polis wanita itu memperkenalkan diri.

"Z," balas ku ringkas.

"Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan penghuni rumah di situ?"

"Saya dengan Maisarah rakan sekerja. Saya dapat tahu dia meninggal dunia daripada majikan saya jadi saya terus ke sini selepas balik dari kerja di luar daerah."

"Awak tahu apa-apa pasal aktiviti mereka di rumah tu?"

"Saya pernah datang ke rumah tu tapi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik pasal mereka."

"Baiklah. Kalau ada apa-apa maklumat yang awak tahu boleh hubungi saya." Inspektor Athira memberikan kad nama dan nombor telefon.

Aku melihat inspektor polis itu sempat menjeling ke arah nombor plat kereta ku.

Cincin Permata MerahWhere stories live. Discover now