Part 24

4.3K 74 6
                                    

Aku bergerak ke sebuah gym di bandar. Aku baru mendaftar dengan bayarannya diselesaikan oleh Adriana. Aku memang sengaja mahu membina badan supaya tidak diperkatakan orang sekeliling jika aku kelihatan bersama dengan Adriana.

Zuraiya sendiri yang memandu kereta untuk menghantar ku atas arahan Adriana selaku majikannya.

Tiada masalah dengan urusan senaman dan latihan kerana aku dipantau oleh seorang jurulatih wanita bernama Monica. Susuk tubuhnya memang mengagumkan kerana bentuk otot pejal di perut cukup membuatkan aku rasa rendah diri.

"Z, it's better if you keep all accessories in the locker," kata Monica. Dia menerangkan bahawa aku lebih baik tidak memakai sebarang perhiasan agar tidak mengganggu proses latihan dan mengelakkan sebarang kemalangan.

"Sorry, Miss Monica. This is family heirloom," aku tahu dia merujuk kepada cincin permata merah di jari telunjuk kanan. Cincin pusaka yang berpuaka itu tidak pernah lepas dari jari tangan ku. Ketika makan, tidur, berak, kencing atau mandi sekalipun memang aku sentiasa pastikan cincin itu lekat di jari.

"It's okay, Z. You could use this and put your ring on it," kata Monica sambil menghulurkan tali kalung yang boleh dipasang pada cincin.

"Ikut sahaja permintaannya. Asalkan aku tetap berdekatan maka tiada masalah untuk kau," suara saka harimau berbisik. Aku tersenyum lalu memasang tali kalung itu pada cincin dan menyarung di leher. Cincin yang tergantung aku masukkan di sebalik baju yang aku pakai.

Larian, tekan tubi, angkat berat semuanya diaturkan dalam sesi latihan. Aku perasan bahawa Monica sengaja merapatkan tubuhnya ketika menegur cara aku menggunakan peralatan di gym. Nyatalah pengaruh cincin puaka itu tetap berjalan walaupun aku tidak menyarungnya di jari. Cuma kesannya tidak membolehkan aku mengarahkan Monica untuk menurut kehendak ku. Hanya cukup untuk membuatkan jurulatih wanita bertubuh kekar tertarik untuk merapatkan diri.

Aku tidak mahu mempengaruhi jurulatih anggun dan sasa itu terus tunduk kepada ku. Aku akan datang dan menjalani latihan selama beberapa hari sambil memancing pandangannya. Aku juga menyedari bahawa Monica akan terasa gelisah jika aku menjarakkan diri. Sudah beberapa kali aku dapat merasakan nafasnya yang berhembus kerana dia seperti gemar menghidu bau tubuh ku yang berpeluh.

Aku berkenalan dengan seorang lagi pelanggan gym. Lelaki berkulit gelap dan berkepala botak bernama Joshua atau lebih gemar dipanggil Josh. Pada mulanya dia seakan mengejek bentuk tubuh ku yang kurus namun pengaruh cincin yang tetap bersama dengan ku membuatkan dia menjadi mesra dan senang diajak berbual.

Waktu rehat aku bersembang dengan Josh tentang minatnya terhadap wanita-wanita membina tubuh menjadi sasa. Josh ada beberapa gambar dan video yang sering dirakam secara rahsia ketika berada dalam gym.

Aku terbeliak melihat ada adegan Josh sedang dihenjut oleh seorang wanita bertubuh sasa dengan raut wajah yang unik seperti seorang berdarah campuran.

"Her name is Yuhara. One of the best fuck I ever get," kata Josh sambil mengeluh. "That was the last time we fuck actually."

"Where she is now?" aku bertanya.

Josh mengangkat bahu. "No idea. It's not like we have special relationship. Everything just casual. No special feeling. I only know her name. Not her background. So I don't even know where she is right now."

Josh menunjukkan gambar seorang lagi pelanggan gym. Seorang wanita yang sama berotot. Aku terbeliak kerana aku pernah melihatnya. Itu adalah wanita yang pernah membawa seekor anjing ketika berjoging. Dan saka harimau memberitahu ku bahawa anjing peliharaan wanita itu adalah jenis siluman anjing yang boleh berubah bentuk.

"Her name is Yuhanis," kata Josh.

"Is she like Yuhara's sister or something?" aku bertanya meminta kepastian.

Cincin Permata MerahWhere stories live. Discover now