Sudah beberapa hari berlalu semenjak aku mendapat tahu bahawa puteri bunian yang pernah cuba membunuh ku dahulu sudah menjadi pendamping kepada seorang lelaki.
Saka harimau cincin permata merah milik ku mengesahkan bahawa lelaki itu lebih kuat dari budak lelaki yang memiliki tiga saka genderuwo.
Apa yang lebih menggerunkan ialah lelaki itu bukan sahaja dapat menguasai tiga wanita bunian termasuk puteri tersebut malah turut memiliki seorang gadis yang juga memiliki pendampingnya sendiri.
Walaupun aku rasa tidak puas hati namun aku terpaksa akur dengan hakikat bahawa dalam dunia ghaib dan mistik sudah pasti ada orang yang berkemampuan dan lebih handal.
Kini aku cuma perlu tumpukan apa yang aku miliki sekarang.
Aku mendapat panggilan daripada seseorang yang mengakui sebagai peguam meminta aku datang ke rumah Adriana. Pelik juga kerana aku sudah beberapa kali cuba menghubunginya namun tidak dijawab.
Sambil memandu, hati aku berdebar-debar kerana menyangka pengaruh cincin pusaka milik ku sudah dilenyapkan dan Adriana mahu mengambil tindakan undang-udang terhadap ku.
Ketika tiba di sana aku disambut dengan seorang wanita yang memang kelihatan seperti seorang peguam namun kurang menarik perhatian. Cincin pusaka sudah pun tersarung di jari telunjuk kanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Encik Z. Nama saya Mariam. Saya berkhidmat sebagai peguam peribadi Cik Adriana untuk sebarang urusan yang dikehendakinya. Saya ada berita buruk. Cik Adriana sebenarnya ditahan wad kuarantin kerana dijangkiti Covid-19. She's right now in third stage."
"Apa?! Kenapa dia tak beritahu saya?!" aku bangun dari kerusi kerana terkejut. Jadi inilah punca Adriana tidak dapat dihubungi.
"Please calm yourself, Encik Z. Saya di sini membawa amanah daripada Cik Adriana. She left something for you in case anything bad happened," Mariam menyerahkan satu fail kepada ku.
"Ini......" aku terpinga-pinga apabila melihat kandungannya.
"Cik Adriana berpesan kepada saya untuk menyerahkan kunci mansion ni kepada Encik. You can stay here as long as you want. Dan ini kunci kereta yang Encik boleh gunakan. She said you can use any of them," Peguam itu meletakkan lima buah kunci kereta di atas meja. Porsche, Mercedes-Benz, Lamborghini, Audi dan BMW.
"And let me introduce someone to you," peguam itu memanggil seseorang masuk. Aku melihat ada seorang pemuda yang agak tampan namun kelihatan feminin mendekati. Dia memakai baju kemeja lengan panjang dan berseluar panjang. Tangannya memegang sebuah fail dokumen.
"Saya tak perlukan pembantu," aku rasa cemburu melihatnya. Adakah dia toyboy milik Adriana?
"Actually she's prepared by Cik Adriana for you," jelas Mariam.
"She.... maksud awak dia ni....." aku menelan air liur. Rupa-rupanya yang dihantar oleh Adriana adalah seorang perempuan bergaya seperti lelaki. Aku salah sangka kerana penampilannya yang berambut pendek.
"Anything else, Encik Z?" peguam itu bertanya. Aku menggelengkan kepala.
"Okay. Kalau Encik Z perlukan apa-apa boleh contact saya melalui nombor ni," Mariam meninggalkan kad di atas meja lalu meninggalkan kami berdua.
Aku hanya memerhatikan tomboi yang berdiri di hadapan ku. Dia kelihatan agak malu dan mengelakkan diri dari bertentang mata.
"Siapa nama kau?" tanya ku.
"Zuraiya" jawabnya ringkas.
Aku mendekati Zuraiya. Tangan kanan yang masih tersarung cincin di jari telunjuk aku rapatkan ke bawah dagunya. Wajahnya ku angkat sedikit untuk aku menatap lebih jelas. Aku melihat gerakan di bahagian tekaknya seperti menelan air liur.
YOU ARE READING
Cincin Permata Merah
ParanormalCerita hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Cerita ni dah tersimpan bertahun-tahun copy paste daripada laman web komikbiru. Tajuk asal dia Cincin Permata Biru tapi aku check kat google...