Setiap kepingan kertas bewarna putih dikutip dengan cermat. Sementara mata hatinya membaca setiap ayat yang diberikan. Manakala ingatannya cuba menggabungkan kesemua clue yang dikumpul oleh mereka berdua. Dia hanya diperhati oleh sepasang mata.Flash memberikan gadis itu masa untuk berfikir walaupun mereka berdua tahu bahawa mereka sudah lambat untuk ke garisan penamat. Tapi apa yang difikirkan oleh Faye ketika itu lebih penting daripada ujian yang mereka sedang jalankan.
Langkahnya diatur perlahan melintasi hutan hijau yang hanya kedengaran bunyi serangga dan alam di dalam hutan tersebut. Matanya memerhati jauh di setiap kawasan hutan itu.
Mengapa, aku seperti pernah melihat kawasan ini?
Faye memandang ke arah burung-burung yang berterbangan di kawasan hutan tersebut.
'Cit cit cit' Burung-burung itu berhenti di satu dahan berhadapan dengan Faye. Seolah-olah memanggil Faye dan menegur gadis itu.Faye mendekati burung bewarna biru muda itu lalu perlahan-lahan dia menghulurkan tangannya. Burung itu memanjat tangan Faye dengan berhati-hati membuatkan jiwa Faye seperti tersentuh melihat perkara itu. Flash hanya mendiamkan dirinya memerhati gadis itu.
Burung biru muda itu kemudiannya terus terbang semula ke dahan pokok yang berlainan selepas dia seperti memperkenalkam dirinya semula kepada Faye. Entah kenapa,.. dia merasa sedih tiba-tiba.
Mengapa.?
Aku mengenali kamu semua ke?
Wajah Flash dikerling seketika. Flash hanya memberi wajah tanpa riaknya. Dapat dia perhatikan mata gadis itu sedang bergenang. Dia tidak mahu tanya mengapa, pasti ada sebab yang tersendiri.
Mereka berdua meneruskan perjalanan mereka di sebuah perkarangan air terjun yang terletak di dalam hutan. Bunyi air yang jatuh kebumi didengari jelas. Jiwanya kembali tenang. Faye hanya mampu menyembunyikan perasaan syahdunya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dengan dirinya. Seolah olah rohnya mengenali tempat ini lebih daripada jasadnya.
Sebuah perasaan yang sukar diungkap,
Rindu?
Seperti yang dijangka, masih banyak kad yang dijumpai oleh mereka sekitar kawasan ini. Faye mencapai sekepingkad putih yang terletak di celah batu berdekatan curam pinggiran air terjun itu. Selepas dapat mencapainya, ayat di dalam kertas putih itu dibaca
Please remember me.
Faye terdiam berdiri memerhati ayat di dalam kertas putih itu. Adakah ini merupakan clue juga?
Air matanya tiba-tiba jatuh tanpa disedari. Faye terkedu kemudian cepat-cepat dia mengesat air matanya.
Ayat ini...
Seperti pernah aku dengar suatu ketika dahulu..."Faye?" Flash memandang gadis itu dengan perasaan bersalah. Dia berasa kurang senang melihat gadis itu tiba-tiba mengeluarkan air mata tadi.
Faye tersenyum tawar memandang Flash. "Sorry... Jom.. Kita ke tempat seterusnya"
Flash risau akan keadaan gadis itu. Namun, mereka hanya meneruskan misi mereka sebelum masa tiba di saat akhir.
Di sudut yang berbeza,
Loren hanya tersenyum tawar memerhati Faye daripada kaca television Di bilik Persatuan Pelajar itu.Akhirnya kau jumpa juga kad tu..
^_________^^_________^^_________^
Setibanya di garisan penamat, pasukan Lazzy, Q dan Vi tiba paling awal di antara semua ahli pasukan kelasnya.
Sir Tidus hanya tersenyum memandang mereka yang kelihatan sudah gembira dan berpuas hati dengan kemenangan mereka.
Selepas itu, kumpulan kedua yang tiba ialah Angela, Kim dan Ayes.
YOU ARE READING
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-
Mystery / ThrillerBuku pertama: The Ace. Photographic Memory, the ability to remember information or visual images in great detail. Only 2 percent from 10 people have this ability. And.. I'm the one of 2 percent people. Cerita ini mengenai kelebihan yang aku ada. Sa...