Bab 7

2.4K 351 36
                                    

Keesokan harinya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya,

Faye mengemas baju-bajunya ke dalam beg. Dia hanya memilih baju yang hendak dibawa ke hostel sahaja.

Elise iaitu adiknya yang baru balik daripada sekolah hanya memandang ke arah kakaknya yang sibuk menyusun baju ke dalam beg itu. Dia memandang pelik kakaknya.

"kakak nak pergi mana?" soal Elise lalu mengambil tempat di hujung katil. Wajah kakaknya dipandang beberapa kali. Dan kadang kala matanya memandang ke arah kelakuan kakaknya itu.

"Sekolah" balas Faye ringkas. Elise mengerutkan wajahnya. Dia berasa hairan mendengar hal itu.

Sejak bila kakak aku ni nak pergi sekolah?

Faye mencapai kad pelajar di dalam beg lalu merenung lama kad itu. Elise hanya memerhatikan kad yang diepegang oleh kakaknya seorang itu.

"Ouh, kau ada balik eh kad tu.." ujar Elise.

Faye seperti terkejut mendengar hal yang diperkatakan oleh adiknya.

"What do you mean by 'ada balik?'" Soal Faye.

Elise menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Dulu aku pernah nampak kau pegang kad tu.. tapi dah lama lah.. masa beberapa tahun yang lepas...tak sangka kau simpan lagi, and aku ingat sebab kau tak pernah tunjuk and bagitahu aku pun tu kad apa.."

Faye tergamam.

Apa yang dimaksudkan oleh Elise ni? Sedangkan ini kali pertama dia menerima kad ini! Kad pelajar Xavier's School for Gifted Youngsters.

Faye kembali menenangkan dirinya lalu menyambung mengemas baju-bajunya semula. Ingatannya asyik mengimbas kembali tentang perbualan yang didengarinya di Bilik Student Council semalam.

Apa kena mengena aku dengan diorang? and sekolah tu?

Elise kemudiannya bangun daripada birai katil itu dan menuju ke luar bilik. Sempat dia berpesan "jap lagi turun makan tau.."

Faye hanya mengganguk lalu Elise berlalu pergi.

Faye terhenti mengemas bajunya dan dia mengambil tempat duduk di atas katil. Dia sedaya upaya cuba mengingati wajah Loren. Dan semua ahli student Council.

Siapa mereka? Apa hubungan aku dengan mereka semua?

Faye membaringkan dirinya seketika lalu memejam matanya.
Dia cuba menenangkan dirinya seketika.

Bunyi deringan telefon mengejutkannya. Faye membuka matanya lalu mencapai phone yang berada di sebelah nya.

Nama si pemanggil dilihat.

Prince

Faye menjawab segera panggilan itu.

"Faye, sorry aku ganggu kau.. aku ada hal nak cakap ni" ujar Prince di talian.

"Go on" ujar Faye.

"Esok kau naik dengan siapa?" soal Prince.

Faye menggolekkan dirinya seketika di atas katil lalu membalas "tiada siapa"

"Tumpang aku jela" pelawa Prince.

"Nice" jawab Faye .

Prince hanya tergelak di talian.

"hmm ada lagi satu hal aku nak tanya kau" ujar Prince yang kedengaran bernada serious. Faye membetulkan kedudukannya daripada baring ke duduk.

"Apa dia?" tanya Faye.

"Semalam,... aku ternampak..gambar kau kat tempat senarai  Student Council.. orang lain tak perasan..aku je perasan.." cerita Prince kepada gadis itu dan Faye hanya mendengar dengan teliti.

Ketika itu Faye tidak tahu mahu memberi jawapan apa dan dia hanya mendiamkan dirinya untuk beberapa saat sambil menunggu Prince menghabiskan ceritanya.

"Aku rasa..macam ada benda tak kena.." ujar Prince.

"Maybe..muka orang tu serupa dengan aku?" Faye cuba menyedapkan hatinya.

Prince hanya mendiamkan diri setelah mendengar jawapan Faye. Dia tidak percaya jika itu pelanduk dua serupa. Tetapi dia percaya bahawa itu ialah Faye.

"Kau..ada rasa something wrong tak.." soal Prince.

Faye tidak membalas lalu dia berkata "Prince, aku kena pergi turun makan ni.. nanti aku call kau balik.."

Panggilan terus dimatikan oleh Faye. Prince hanya terdiam dan merenung nama Faye di skrin telefonnya.

Wajah Declan yang sedang memandangnya di sofa berhadapan dengannya dipandang. "I think dia sorokkan sesuatu.."

Declan terdiam seribu bahasa dan memandang setiap wajah rakan-rakannya itu.

_______________________________

Pada malam itu,

Faye menghadap leptopnya untuk mencari beberapa maklumat mengenai kelebihan yang dia ada.

Faye menguap beberapa kali membaca berbagai article mengenai Photographic Memory yang disebarkan di internet. Kebanyakan maklumat ini tidak semua boleh dipercayai.

Tetapi ketika itu, tiba-tiba sebuah article mengenai MP3 Experiment keluar di recommendation. Faye agak tertarik melihat tajuk article itu lalu dia membuka page tersebut dan mula membaca isi kandungannya.

4 years ago,

Hampir seluruh dunia tidak sabar menunggu kedatangan hari itu.

Iaitu hari The MP3 Experiment.

Hari The MP3 Experiment merupakan hari dimana beribu orang akan mendownload MP3 yang merupakan lagu serta campuran suara yang memberi arahan kepada semua untuk mereka lakukan apa pada masa yang sama.

Mereka akan diberi masa permulaan untuk menekan button 'play' di playlist masing-masing secara serentak contohnya seperti tepat pukul 4 petang , button 'play' haruslah ditekan. Mereka semua akan memakai earphone sepanjang hari itu dan hanya melakukan apa yang diarahkan melalui mp3 tersebut.

Ramai yang menyertai acara ini kerana ia sangat memberi tarikan kepada orang luar yang hairan melihat semua orang di sekeliling mereka melakukan semua benda yang sama pada masa yang sama.

Arahan di MP3 itu diberikan oleh seseorang bernama MOSYN.
Namun, semakin lama, The MP3 Experiment ini menjadi semakin pelik selepas beberapa tahun. Dan ia menjadi seperti mereka mengawal setiap pergerakan manusia.

Ada sesuatu yang tidak kena. Ramai yang menyatakan bahawa pembuat suara di dalam MP3 itu sudah tiada dan orang lain yang menggantikannya. Dan setelah itu, banyak kejadian ganas yang terjadi dan dilakukan secara beramai dalam masa serentak tanpa mereka semua ketahui.

Dan Berita tahun itu tergempar dengan beribu kes pembunuhan,penculikan dan rompakan yang berlaku secara serentak di seluruh dunia.

Dan MP3 Experiment bukan lagi disukai ramai tetapi kini ditakuti oleh ramai manusia.

Faye terkedu setelah membaca mengenai article tersebut.

Ada juga ye kes sebegini? peliknya.

Tetapi ketika itu. Ada sesuatu yang membuatkan Faye tidak mampu berkata-kata. Dia perasan sesuatu.

the real voice behind MP3 Experiment.

Name: Mosyn
Last located: Xavier's School for Gifted Youngsters

_________________________________
to be continue

....

( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-Where stories live. Discover now