Faye terdiam melihat wajah di depannya itu.
Seperti dia mengenali wajah itu sebelum ini.
Tapi siapa dia?
Loren tersenyum kepada Faye. Dia dengan sopannya mempersilakan gadis itu untuk duduk.
Faye hanya mengganguk dan mengambil tempat di hadapan meja lelaki itu. Dia ada sebab tersendiri untuk berjumpa dengan lelaki itu. Kerana daripada tadi, dia perasan bahawa lelaki itu seperti sedang mencari-cari barang yang hilang.
Mata Faye ditenung seketika oleh Loren. Faye agak tergamam melihat mata cantik milik lelaki bernama Loren itu. Matanya berbeza dengan orang lain..
Seolah-olah dia mempunyai sesuatu di sebalik mata yang cantik itu.
"Kau memang tak ingat aku ke?" soal Loren sambil mengangkat kening memandang gadis di hadapannya itu.
Faye mengeleng.
Loren tersenyum lalu hanya mengganguk. Leptop di hadapannya kembali dilihat dan tangannya laju menaip sesuatu sambil diperhatikan oleh Faye.
Suasana di bilik Student Council itu sunyi kerana mereka semua sudah keluar menunjukkan kawasan sekolah itu kepada student-student baru seperti mereka. Sepanjang perjalanan ke blok A tadi, Faye dapat melihat ada beberapa kumpulan pelajar yang datang melawat ke sekolah ini. Mereka seperti membuat lawatan sambil belajar. Tetapi apa yang menghairankan ialah, Mereka seperti tidak menceritakan sepenuhnya tentang sekolah ini kepada orang luar.
Faye dapat merasakan banyak lagi perkara yang sekolah ini sembunyikan daripada orang luar.
"Kenapa aku macam kenal kau eh?" soal Faye hairan.
Loren memandang tepat ke arah mata gadis itu lalu tersenyum. Jari jemarinya berhenti menaip.
"Maybe..kita pernah jumpa kat mana-mana?" ujar Loren lalu kembali menyambung kerjanya. Faye hanya terdiam mendengar jawapan itu.
Then..apa maksud dia, yang aku ingat dia atau tidak?
"By the way, kenapa kau nak jumpa aku ni? kenapa tak ikut yang lain?" soal Loren.
Faye terdiam beberapa saat lalu barulah dia menjawab "kau ada hilang barang ke tadi?"
Loren hanya mengganguk.
"kau nampak ke apa yang hilang?" soal Loren. Dia sengaja menguji gadis itu. Dia sudah tahu apa kelebihan yang ada pada Faye, tetapi sengaja dia memberi beberapa soalan walaupun dia sudah tahu siapa yang mengambil barangnya yang hilang itu.
Ingatan Faye kembali mengimbas semula kejadian yang berlaku beberapa jam yang lepas ketika dia terlihat seorang pelajar lelaki yang kelihatan cemas, keluar daripada bilik student Council.
Faye kembali mengingati semula dan melihat dengan teliti dalam fikirannya gambaran yang berlaku ketika itu.
YOU ARE READING
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-
Mistero / ThrillerBuku pertama: The Ace. Photographic Memory, the ability to remember information or visual images in great detail. Only 2 percent from 10 people have this ability. And.. I'm the one of 2 percent people. Cerita ini mengenai kelebihan yang aku ada. Sa...