Perpustakaan,
Faye dan lelaki yang dia temui tadi akhirnya mengambil keputusan untuk berbincang sesama mereka mengenai apa yang sebenarnya terjadi. Mereka duduk di sebuah meja berdekatan dengan rak buku sambil merenung antara satu sama lain.
"Ok kenalkan diri awak?" Ujar Faye sambil mengangkat kening memandang lelaki itu.
Lelaki itu hanya mengganguk lalu dia mula memperkenalkan dirinya "Nama aku Prince Hadraniel, biasa orang panggil Prince... So ikut kau lah nak panggil apa, kalau rasa tak selesa, panggil Ad pun boleh"
Faye mengganguk faham "aku panggil kau Prince lah" ujar Faye.
"You?" Soal Prince sambil merenung wajah cantik di depannya itu.
"Faye Mnemosyne..." balas Faye .
Prince hanya mengganguk faham lalu dia mengulang semula "Faye?"
Faye mengganguk-angguk kepalanya apabila sebutan Prince menyebut namanya dengan betul. Ya bukan senang untuk orang untuk mnyebut namanya dengan betul.
Keadaan di antara mereka kembali sunyi seketika. Prince menggosok-gosok tengkuknya kerana dia sendiri tidak tahu mahu meneruskan perbualan mereka bagaimana. Mereka sebenarnya masih keliru dengan apa yang terjadi sekarang. Namun kedua-dua daripada mereka mempunyai matlamat yang sama kerana hanya mereka sahaja yang menyedari perkara ini.
"Kenapa kita dapat surat tu?" Soal Faye yang cuba memecahkan kesunyian itu. Prince memandangnya lalu dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Aku tengok-tengok ada kat depan Rumah...depan sampul tu siap ada nama aku sekali" balas Prince. Faye mengimbas kembali apa yang ada di sampulnya . Ya sama sekali seperti yang Prince katakan bahawa ada nama mereka tertulis di hadapan sampul.
"Masalahnya sekarang... kita tak faham isi kandungan dia..." ujar Faye lagi. Dia sempat mengerling sekeliling perpustakaan itu. Habis semua buku dicarinya mengenai bahasa yang diletakkan dalam sampul itu. Namun satu pun dia tak jumpa. Bahasa seperti typo juga ada. Bagaimana mereka mahu faham?
"Itulah tu.." balas Prince. Masing-masing mulai pening kepala memikirkan masalah itu .
Sedang mereka berbual sesama sendiri tiba-tiba Faye perasan sesuatu perubahan yang berlaku di rak buku bahasa yang terletak di hujung sana.
Faye berpaling memandang ke arah rak itu. Kemudian serentak Faye dan Prince memandang sesama sendiri.
"Kau perasan kan?" Soal Faye. Mereka berdua yang mempunyai kelebihan yang sama itu perasan akan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.
Prince mengganguk kemudian mereka berdua sama-sama bangun dan menuju ke rak dimana ada satu buku yang hilang di rak tersebut."Tadi kat sini bukan ada buku warna hitam ke?" Soal Faye sambil memerhati tempat kosong yang ditinggalkan di rak itu.
"Yup,..." Balas Prince. Prince kemudiannya memerhati sekeliling perpustakaan itu. Mungkin ada seseorang yang masih ada di situ kerana perubahan di rak itu baru sahaja berlaku.
YOU ARE READING
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-
Mystery / ThrillerBuku pertama: The Ace. Photographic Memory, the ability to remember information or visual images in great detail. Only 2 percent from 10 people have this ability. And.. I'm the one of 2 percent people. Cerita ini mengenai kelebihan yang aku ada. Sa...