Faye memandang Uniform sekolah barunya.
Cantik!
Perfect!
Namun, lencana sekolah dilihat seketika oleh Faye. Tidak tahu mengapa tetapi dia merasakan seolah-olah dia pernah melihat lencana itu sebelum ini. Tetapi di mana ya?
Baju dicapai lalu dipakai oleh Faye dan dia turut memakai gelang yang diwajibkan untuk semua pelajar Xavier's School for Gifted Youngsters.
Gelang ini menandakan mereka merupakan pelajar sekolah tersebut. Dan fungsi gelang ini sangat banyak. Antaranya, sebagai kunci untuk mereka masuk ke mana-mana bilik di sekolah itu. Dan juga jika ada pelajar Xavier's School hilang, mereka akan mudah mencarinya dengan hanya detect location gelang yang dipakai pelajar itu. Gelang ini mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk para pelajar Xavier's School For Gifted Youngsters.
Gelang ini juga mempunyai label laser . Jika sesiapa membuka gelang ini, mereka akan berasa sakit di lengan dan meninggalkan label yang tidak boleh hilang di pergelangan tangan.Faye menarik nafasnya kemudian dia terus memakai gelang itu. Walaupun pada mulanya dia agak ragu-ragu. Kerana entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai gelang itu.
Setelah selesai lengkap berpakaian sekolah baru. Faye mencapai beg-begnya dan menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Adiknya Elise sudah lama berangkat ke sekolah pada hari itu.
YOU ARE READING
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-
Mystery / ThrillerBuku pertama: The Ace. Photographic Memory, the ability to remember information or visual images in great detail. Only 2 percent from 10 people have this ability. And.. I'm the one of 2 percent people. Cerita ini mengenai kelebihan yang aku ada. Sa...