Faye menghadap laptop. Terasa lenguh di tengkuk akibat terlalu lama menghadap skrin elektronik itu. Entah kenapa dia berada di sini ketika ini.
Akhirnya dia menyandarkan dirinya di sofa. Telefon dicapai lalu dia melihat sebuah noti yang baru masuk.
School Group
Madam Gee:
CONGRATULATIONS
to our beloved student
-Faye Mnemosyne
Sekali lagi telah mendapat
Straight A's.Student 1: agak dah
Student 2: warhh aku nak
Ada kelebihan macam diaStudent 3: makan apa
minah niStudent 4: BAPAK BIJAK
Student 5: Asal dia dah
Lama tak datang sekolah, but
Still result gempak nak
Mampus?!Faye hanya membaca pesanan-pesanan mereka tanpa perasaan. Dia kemudiannya meletakkan semula telefon di atas meja. Faye menuju ke arah tingkap biliknya.
Salji yang turun pada hari itu membuatkan suasana di negara itu begitu sejuk dan damai sekali. Faye hanya merenung suasana di luar rumah itu. Kelihatan ramai kanak-kanak kecil sedang berlari-lari sambil bermain dengan salji. Perkara itu membuatkan Faye tersenyum. Seronok ada kawan.
Dia tidak pernah merasa sekali pun bagaimana mempunyai seorang rakan. Apa agaknya perasaan bila ada rakan macam tu?Daripada kecil lagi semua orang takut mendekatinya kerana dia seperti mengetahui semua benda. Perkara itu membuatkan dia kehilangan ramai rakan. Disebabkan perkara itu, Faye hanya berkurung di bilik sahaja sepanjang tahun. Tidak mahu bercampur dengan sesiapa sekalipun. Hanya mahu keluarga sahaja sentiasa ada bersamanya.
Sedang dia memerhati suasana di luar, kelihatan ada seorang lelaki memandang ke arahnya . Faye terkejut seketika. Eh? dia pandang aku
Lelaki itu hanya merenung Faye yang berada di tingkap rumah itu.
Faye terdiam lalu otaknya terus menangkap wajah lelaki itu.Lelaki itu kemudiannya terus berlalu pergi dan hanya diperhati oleh Faye daripada tingkap rumahnya.
"Fayeeee!!!"
Suara Elise kedengaran di luar pintu biliknya mengganggu fokusnya pada lelaki tadi. Faye memandang ke arah Elise yang seperti terburu-buru menuju ke arahnya.
YOU ARE READING
( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-
Mystery / ThrillerBuku pertama: The Ace. Photographic Memory, the ability to remember information or visual images in great detail. Only 2 percent from 10 people have this ability. And.. I'm the one of 2 percent people. Cerita ini mengenai kelebihan yang aku ada. Sa...