Bab 1

4.6K 487 69
                                    

Pernah tak kau ada perasaan untuk mengingati semua benda yang berada di sekeliling tanpa sebarang penghalang.

Pernah tak kau rasa macam kau nak hafal satu buku teks sebab kau nak dapat A dalam exam.

Dan pernah tak kau rasa nak ada satu kuasa dan kelebihan dalam diri kau supaya kau berjaya dalam hidup ni.

Mesti pernah, macam itulah apa yang aku alami selama ini tetapi keadaan aku sedikit berbeza daripada orang lain. Nama aku Faye Mnemosyne yang bermaksud loyalty with Goddess of Memory. Aku mempunyai satu kelebihan yang tidak ramai ada di dunia ini iaitu fotografik memori.

 Aku mempunyai satu kelebihan yang tidak ramai ada di dunia ini iaitu fotografik memori

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada pagi itu burung berkicauan langit kebiruan dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Faye membuka matanya dan perkara pertama yang dilihat ialah siling biliknya.
Faye membetulkan kedudukannya dari baring ke duduk.

Jam loceng yang berada di atas meja kecil di sebelah katilnya dilihat kemudian Faye memandang ke arah phone yang turut berada di atas meja tersebut. Faye perasan akan perubahan yang berlaku iaitu kedudukan phonenya sedikit senget jika dibandingkan dengan semalam.

Tombol pintu turut dilihat olehnya dan kelihatan ada sedikit perubahan bahawa tempat pemegang tombol pintu itu teralih sedikit ke bawah dan pintu tidak tertutup rapat, bermakna ada seseorang yang masuk ke biliknya pada malam semalam.

Faye bangun daripada katil nya dan kemudian terus menuju ke tingkap biliknya. Kelihatan seekor kucing berwarna oren sedang merayau di sekitar kawasan rumahnya. Dia sedang mengiau mencari makanan yang ditinggalkan oleh orang. Kucing itu merupakan kucing yang datang ke kawasan perumahan itu beberapa minggu yang lepas dan Faye masih mengingati wajah kucing itu walaupun sudah lama. Dia tidak tahu mengapa tapi itulah yang dia fikirkan.

Faye kemudiannya melangkah keluar daripada biliknya dan menutup pintu. Selepas itu dia menuju ke arah dapur rumah dan kelihatan ibunya sedang memasak.

Ruang tamu yang bersebelahan dengan dapur dikerling.
Kelihatan adiknya, Elise sedang membaca novel di atas sofa berhadapan dengan television. Suasana ruang tamu seperti sebuah keluarga yang sedang menjalani kehidupan seharian mereka seperti biasa.

Faye menegur adiknya
"kau masuk bilik aku eh semalam"

Adiknya terkedu apabila kakaknya dapat mengetahui mengenai hal tersebut. Kemudian Elise cuba untuk mengawal wajahnya supaya rahsianya tidak terbongkar begitu sahaja. Sedaya upaya dia berlakon bagi mempertahankan dirinya.

Elise menjawab,  "mana ada!, macam mana kau tahu aku masuk bilik engkau? suka hati je tuduh"

"Aku tahulah aku nampak perubahan benda-benda dalam bilik aku...macam lah kau tak kenal kakak kau ni macam mana" balas Faye lalu dia mengambil tempat di salah satu sofa. Satu sudut dipandang olehnya kemudian dia mengeluh #.

( OWARINASHI ) - PhotoGraphic Memory (DITERBITKAN) ✓ -Preview only-Where stories live. Discover now