9

7 1 0
                                    

"Dia berisiko untuk hilang ingatan kerana hentakkan yang berlaku di kepalanya. saya minta maaf."

"K-kenapa doktor?"

"Bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan. Dia keguguran. Saya minta maaf."

Mengingatkan kata-kata doktor yang merawat Moonbyul membuatkan Mingyu mengalirkan airmatanya. Dia sendiri langsung tak sangka. Perkahwinan ini membuahkan hasil. Tapi itu tidak lama.

Dia memandang Moonbyul yang masih belum sedar. Wayar-wayar berselirat dibadan wanita itu.

"Aku minta maaf byul. A-aku dah seksa kau selama kita hidup bersama."

"Aku hanya berpura-pura dalam perkahwinan kita. A-aku minta maaf."

Moonbyul yang separa sedar mengalirkan air mata. Dia tidak mampu membalas. Mingyu perasan butiran-butiran putih yang jatuh. Diseka air mata itu menggunakan ibu jarinya. Dia tersenyum perit.

"Aku tahu kau dengar. Mesti lepas ni kau benci aku kan? Dah tak ada kata-kata sayang dari mulut kau."

Air mata yang mengalir terus-terusan dibiarkan. Digenggam tangan isterinya erat. Muka disembamkan kekatil dan dia tertidur pada akhirnya.



















TBC
©jannaesthetic-

•【Purnama】•Where stories live. Discover now